Wednesday 31 August 2016

Program Lawatan Ke Jakarta Bandung

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Tasik telah berjaya mengadakan program pengantarabangsaan iaitu Program Lawatan ke Jakarta Bandung yang bermula pada 25 Ogos sehingga 28 Ogos 2016 yang lalu. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar PPKI SMK Seri Tasik, guru-guru, PPM dan juga ibu bapa pelajar. Banyak tempat-tempat yang menarik telah dilawati antaranya melawat di Monas, Rumah Mode, Sekolah Dasar Tridaya Tunas Bangsa, Pasar Baru, membeli belah di Toko 3 dan D Fashion, melawat Kawah Putih, pusat barangan kulit Cibaduyut, Kartika Sari, dan Tanah Abang.