Thursday 29 September 2016

Program Karnival Usahawan Pendidikan Khas Peringkat JPWPKL 2016

            PPKI SMK Seri Tasik telah menyertai Program Karnival Usahawan Pendidikan Khas peringkat JPWPKL 2016 pada 28 September 2016 iaitu hari Rabu di Aeon Shopping Mall AU2 Setiawangsa. Pelajar, guru-guru dan PPM bergerak ke sana dengan menaiki dua buah bas dan bertolak seawal jam 6.30 pagi bagi Bas A manakala Bas B bertolak pada jam 7.30 pagi.

            PPKI SMK Seri Tasik telah membuka gerai jualan yang bernombor 31. Antara menu yang dijual adalah burger ayam madu, burger daging wagyu, roti sosej dan golden wedges. Aktiviti jualan bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Pelajar telah diagihkan mengikut kumpulan kecil dan dipantau oleh seorang guru untuk satu kumpulan tersebut. Sebanyak 65 buah sekolah Pendidikan Khas Kuala Lumpur telah menyertai karnival ini. Pelbagai pertandingan kemahiran turut dipertandingkan seperti acara solekan pengantin Bollywood, ukiran buah tembikai, sireh junjung, menghias kek pengantin, bunga telur, pakaian beragam dan pertandingan nyanyian lagu. PPKI SMK Seri Tasik juga telah bergabung dengan PPKI SK TTDI untuk membuat persembahan rekorder dan angklung semasa majlis pelancaran. Lagu yang dipersembahkan adalah Rasa Sayang dan Tian Mi Mi. Pelajar bergerak pulang ke sekolah pada jam 12.00 tengah hari bagi Bas B dan 1.00 petang bagi Bas A.
































Sunday 25 September 2016

Program Belajar Sambil Melawat Ke KL Bird Park Kuala Lumpur


        Program Lawatan Sambil Belajar ke KL Bird Park telah berjaya dilaksanakan pada 22 September 2016 (Khamis) dari jam 9.00 pagi sehingga 1 petang. Seramai 26 orang pelajar menyertai bersama ibu bapa beserta tujuh orang guru dan dua orang PPM. Peserta bertolak ke tempat lawatan dengan menaiki sebuah bas. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di KL Bird Park ialah berjalan menyaksikan pelbagai jenis spesis burung di sepanjang laluan yang telah disediakan, aktiviti memberi makan burung, menangkap gambar bersama burung dan menyaksikan persembahan burung di akhir lawatan sebelum pulang ke sekolah.