Sunday 11 February 2018

Larian Tasik 2018

Larian Tasik 2018 telah dijalankan pada 9 Februari 2018 di SMK Seri Tasik.
Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.


























Thursday 15 June 2017

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1438 H / 2017 M

PPKI Seri Tasik telah mengadakan sambutan Program Ihya Ramadhan 1438 H/ 2017 M. Program ini telah berlangsung pada 13 Jun - 22 Jun 2017.
Antara pengisian program termasuklah:
  • Tazkirah, 
  • Kraftangan (Sampul Duit Raya), 
  • Masakan (Juadah Berbuka & Biskut Raya)
  • Pertandingan Kraftangan (Kad Raya)
  • Pertandingan Nasyid, Tilawah Al-Quran & Hafazan
  • Lawatan ke Rumah Kebajikan PSIAKU Azwar
Gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung.




Sunday 19 February 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017

        Kejohanan Merentas Desa 2017 telah berjaya dilaksanakan pada 17 Februari 2017 (Jumaat). Pelajar mula berkumpul di Dataran Gemilang pada jam 7.30 pagi dan bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan aktviti seterusnya. pada jam 8.15 pagi, aktiviti dimulakan dengan sesi memanaskan badan yang diketuai oleh Cikgu Salihin dan wakil pelajar setiap rumah sukan. Seterusnya, pelajar bergerak ke Gelanggang Serbaguna untuk berkumpul sebelum dilepaskan ke garisan permulaan. Pada jam 8.45 pagi, pelajar dilepaskan mengikut kategori dan berlari mengikut laluan yang telah disediakan. Pelajar PPKI yang berjaya mendapat piala Johan bagi kategori lelaki ialah Muhammad Aidil Hakim, Naib Johan ialah Muhammad Iqmal dan tempat ketiga ialah Mohd Ifwat Ukail. Manakala bagi kategori perempuan pula ialah Yashna a/p Awli untuk Johan, Puteri Diyana, Naib Johan dan yang ketiga ialah Nur Aqilah.











Tuesday 14 February 2017

MAJLIS PERLANTIKAN KETUA DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN PPKI 2017

Majlis Perlantikan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan bagi peringkat aliran PPKI telah berjaya dilaksanakan pada 16 Januari 2017 (Isnin) bertempat di Dewan Terbilang selepas rehat.
Majlis telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu En. Azmi bin Miskah.
Seramai 12 orang ketua tingkatan dan 12 orang penolong ketua tingkatan telah dilantik bagi mewakili kelas masing-masing.

Manakala Majlis Perlantikan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan bagi peringkat sekolah pula telah diadakan pada 6 Februari 2017 (Isnin) di Dataran Cemerlang.













PENDAFTARAN DAN MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM PPKI 2017

Sesi pendaftaran dan Mesyuarat Agung Kokurikulum PPKI 2017 telah dilaksanakan pada 17 Januari 2017 (Selasa) di Dewan Terbilang SMK Seri Tasik jam 1.00 petang. 
Pada hari tersebut, pelajar dikehendaki mendaftarkan diri untuk Kelab Sukan dan Permainan.

Seterusnya diikuti dengan perjumpaan Persatuan Badan Beruniform pada hari berikutnya iaitu pada 18 Januari 2017.

Manakala pada 19 Januari 2017 ialah perjumpaan bagi Kelab Kebudayaan.

Ibu bapa pelajar boleh merujuk jadual aktiviti kokurikulum pelajar PPKI yang telah diedarkan kepada pelajar pada awal tahun.

Selasa - Perjumpaan Kelab Sukan dan Permainan
Rabu - Persatuan Badan Beruniform Pengakap
Khamis - Kelab Kebudayaan

* Perjumpaan diadakan bermula jam 1.00 tengah hari sehingga 1.40 tengah hari.









MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PPKI 2016


Monday 10 October 2016

Hari Sukan Negara dan Sukan Balapan Sekolah 2016

        Pada 8 Oktober 2016 yang lalu iaitu pada hari Sabtu, SMK Seri Tasik telah berjaya melaksanakan acara Sukan Balapan Sekolah dan menyahut seruan negara untuk sama-sama menyambut Hari Sukan Negara. Program dimulakan dengan senaman aerobik di Dataran Cemerlang yang diketuai oleh Cikgu Julaidah. Semua pelajar PPKI yang hadir turut menyertai bersama dengan pelajar arus perdana yang lain. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama membuat senaman aerobik.

        Kemudian, program diteruskan lagi dengan acara seterusnya di Padang Sekolah SMK Seri Tasik. Pelajar bergerak ke padang setelah tamatnya senaman aerobik. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah. Seterusnya, bacaan doa oleh wakil pelajar dan disusuli dengan persembahan silat. Kemudian, ucapan dari pengetua (Pn. Faizah Binti Hassan) dan YDP PIBG. Sejurus tamat ucapan, acara balapan diteruskan dengan acara yang pertama bagi kategori PPKI iaitu acara 50m lelaki dan perempuan, 100m lelaki dan perempuan dan akhir sekali 200m lelaki dan perempuan. Acara bagi kategori arus perdana menyusul sebaik sahaja kategori PPKI tamat. Kemudian, acara pembahagian hadiah kepada pemenang yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap acara. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat dan kepada yang tidak berjaya, masih ada peluang di masa akan datang. Program tamat sejurus sahaja pengerusi majlis mengumumkan juara rumah sukan bagi tahun ini iaitu Rumah Sukan Bendahara.