Monday 26 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN 2012

         Pada 31 Oktober yang lepas telah berlangsung Jamuan Akhir Tahun 2012 di Restoran Coffe Box, Cheras. Majlis berlangsung dengan sangat meriah dengan kehadiran seramai 125 orang ibu bapa, murid, guru dan ppm. Tetamu jemputan adalah Pengerusi BAKEB, Pn. Rosnah Awang dan ahli keluarga mantan Pengetua Cemerlang, Pn. Hjh. Razana 'Aini Ali Dawam. Acara yang dijalankan adalah persembahan pelajar, penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar, penyampaian Cenderahati Jasamu Dikenang, Cabutan Bertuah dan beberapa lagi anugerah untuk guru dan ppm. Pada hari yang sama juga ppki turut membuat majlis sambutan Hari Lahir untuk Pn. Razana 'Aini.

 

PERTANDINGAN AKHIR BOLING 2012

        Pada 30 Oktober yang lepas telah  berlangsung Pertandingan Akhir Boling 2012 di Cosmic Bowl, Mid Valley. Pertandingan ini diadakan untuk memberi semangat dan memupuk minat pelajar dengan sukan boling. Semasa hari pertandingan ppki telah mendapat sumbangan sarapan pagi dan hamper daripada pihak TESCO. Selain itu, bayaran masuk ke Cosmic Bowl juga telah ditaja oleh ibu bapa pelajar iaitu Mohd Haziq. Pihak Cosmic Bowl juga telah memberi vaucer untuk bermain boling bagi para pemenang. Lebih memeriahkan pertandingan adalah sambutan hari lahir salah seorang pelajar, Hairul Haris.