Monday 20 June 2011

WAKIL MALAYSIA KE ATHENS, GREECE




    Atlit sekolah, Mohd Syafiq Aziz telah berjaya melayakkan diri untuk menjadi wakil Malaysia ke Kejohanan Special Olympics Musim Panas Peringkat Dunia di Athens, Greece. Kejohanan ini berlangsung selama 14 hari bermula 20 Jun hingga 5 Julai 2011. Acara yang disertai adalah kayak individu dan kayak duo ( 200 meter & 500 meter). 

      Mohd Syafiq telah menjalani latihan selama 6 bulan di bawah jurulatih pusat kokurikulum JPWP dan Persatuan Kayak Malaysia dan mengikuti latihan terakhir selama 4 hari di Kota Kinabalu, Sabah. Doa buat Mohd Syafiq supaya selamat pergi dan balik serta membawa berita gembira dari Athens. 

KEMENANGAN BUAT MOHD SYAFIQ AZIZ!!!


MOHD SYAFIQ BIN AZIZ pelajar SMK Seri Tasik, Kuala Lumpur yang mewakili Special Olympics Malaysia telah memenangi pingat EMAS dalam acara kayak KT 200m Race Singles Tourist yang telah berlansung di Schinias Olympic Rowing & Conoeing Center dalam kejohanan Special Olympics World Summer Games Athens 2011.

Tempat ke-2 - Ireland, 3 - Germany, 4 -Chinese Taipei & 5 - Greece. Syafiq juga menduduki tempat ke-4 dam acara KT 500m Race Singles Tourist.

Thursday 2 June 2011

LAWATAN PENDIDIKAN LUAR KE SABAH

Pada 22-26 Mei, seramai 35 orang pelajar, guru dan ppm telah berpeluang menyertai lawatan sambil belajar ke Sabah. Pelbagai aktiviti dijalankan selama 5 hari mereka di sana. Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke SMK Datu Padukan Mat Salleh di Ranau, melawat DBP cawangan Kota Kinabalu, melawat ke Taman Kinabalu, mencuba urutan ikan di Sungai Ikan dan membeli barangan kraf di Pasar Filipina. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru  yang menjayakan aktiviti ini khasnya Pengetua Cemerlang SMK Seri Tasik, Pn. Hajah Razana Aini Ali Dawam.

Sebelum berlepas ke Sabah
Ketika di dalam kapal

 Sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu
 Bergambar di Yayasan Sabah

Pasar Kraftangan di Kota Belud

Makan tengah hari di kaki Gunung Kinabalu

Taman Kinabalu
Berlatar belakang Gunung Kinabalu yang diselimuti kabus

Pasar segar di kaki gunung
Di hadapan chalet

Pemandangan gunung yang jelas



Lawatan ke SMK Mat Salleh, Ranau

Persembahan koir dari pelajarnya


Permainan music chair dan tarian patung

Jamuan ringan
Bergambar bersama guru dan ppm
 Urutan ikan di Sungai Ikan
 Ladang teh Sabah

Lawatan ke DBP Sabah

 





MAJLIS PENUTUP TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS

Pada 20 Mei telah berlangsung majlis  penutup Tilawah Al-Quran yang berlangsung di SMK Seri Tasik. Majlis penutup berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua guru. Sejuta penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

 
Persiapan pentas

 Pentas untuk majlis penutup
 Tetamu kehormat tiba
 Timbalan pengarah pelajaran merasmikan majlis penutup
 Pengacara majlis 
 Bacaan Al-Quran dari pelajar masalah penglihatan
 Antara pemenang yang menerima hadiah
 Penghargaan buat tetamu kehormat
 Persembahan majlis penutup oleh pemenang acara nasyid. 


 

KLINIK MEMANAH PPKI SMK SERI TASIK

Pada 10 dan 11 Mei yang  lepas, ppki telah mengadakan klinik memanah untuk pelajarnya. Peluang ini amat bermakna kepada pelajar dan dapat memberi pengalaman yang baru kepada mereka untuk mencuba aktiviti memanah. Kebanyakan pelajar tidak pernah mencuba untuk memanah dan mereka sangat teruja ketika pertama kali memegang alatan memanah.

Alatan untuk memanah

 Pelajar duduk dalam kumpulan

Pelajar mencuba untuk memanah

 Guru juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba
 Pelajar yang berjaya memenangi pertandingan yang diadakan


Antara jurulatih yang menerima penghargaan


Kegembiraan terpancar selepas aktiviti.