Friday 29 July 2016

Hari Kelima Minggu Pendidikan Khas 2016

Majlis Perasmian Penutupan MPK 2016
&
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri


Majlis bermula pada jam 10.00 pagi sebaik sahaja tetamu tiba di Bilik Hujrah Tasik 2. Antara tetamu yang hadir ialah mantan pengetua SMK Seri Tasik iaitu Pn. Hjh Siti Liah Binti Che Muda (Mantan Pengetua SMK Seri Tasik), Pn. Hjh Zuruwati Binti Awang (PK Tadbiran & Kurikulum) dan Pn. Che Zaviah Binti Abdullah (PK Hal Ehwal Murid). Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPWPKL, En. Hamizar Bin Abd Hadi. Selain itu, AJK Badan Kebajikan PPKI  (BAKEB) turut hadir ke majlis ini. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis, dan diikuti dengan bacaan doa oleh En. Azli bin Mohamad. Seterusnya, Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu En. Azmi bin Miskah menyampaikan ucapan . Berikutnya, doa makan dibaca oleh pelajar PPKI iaitu Putra Mohd Alif Bin Saadin dan para hadirin mula menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Sambil menikmati jamuan hari raya, para hadirin disajikan dengan lagu-lagu hari raya dan beberap orang pelajar juga turut berkaroke lagu aidil fitri. Kemudian, acara penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang bagi semua pertandingan yang telah dijalankan iaitu pertandingan memasak, pertandingan futsal, sukaneka, pertandingan boling, dan pertandingan mewarna batik. Akhir sekali, ucapan perasmian penutup oleh Ketua Unit Pendidikan Khas JPWKL iaitu En. Hamizar Bin Abd Hadi.

Hiasan meja pelajar
Ketibaan jemputan yang terdiri daripada Pn. Zuruwati Awang PK Tadbiran & Kurikulum,
Pn. Che Zaviah Abdullah PK HEM dan Pn. Hjh. Siti Liah Che Muda Mantan Pengetua SMK Seri Tasik
dengan diiringi oleh Cikgu Lim Chin Yin SU Kurikulum PPKI

Baccan doa oeh En. Azli

Ucapan oleh En. Azmi bin Miskah PK Pendidikn Khas

Tetamu jemputan menjamu selera bersama Ketua Unit Pendidikan Khas JPWPKL

Persembahan rekorder oleh pelajar PPKI yang dipimpin oleh Cikgu Lim Chin Yin

Bacaan doa makan oleh adik Putra Mohamad Alif

Cikgu Noraini binti Sibaruddin sebagai pengacara majlis

Guru dan pelajar menikmati juadah yang disediakan

Karaoke lagu raya

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan MPK2016




Penyampaian hadiah MPK2016 oleh Pn. Zuruwati binti Awang PK Tadbiran & Kurikulum

En. Hamizar Abd. Hadi (Ketua Unit Pendidikan Khas) menyampaikan hadiah pemenang.


Terima kasih

Johan Pertandingan Boling MPK2016 Kategori Guru dan PPM

Ucapan Perasmian Penutupan MPK2016 oleh Ketua Unit Pendidikan Khas








Suasana Hari Raya


Pentadbir SMK Seri Tasik meraikan tetamu jemputan


Gambar kenangan Ketua Unit Pendidikan Khas  bersama barisan Pentadbir SMK Seri Tasik dan mantan Pengetua 

    

Thursday 28 July 2016

Hari Keempat Minggu Pendidikan Khas 2016

Persiapan Tempat Untuk Majlis Penutupan MPK 2016


Persiapan telah bermula seawal jam 8 pagi setelah tamat perhimpunan harian dan tamat pada waktu rehat. Kerja-kerja persiapan termasuklah menghias tempat Majlis Sambutan Hari Raya, penyediaan awal untuk jamuan, dan sebagainya. Semua pelajar dan guru berganding bahu menyiapkan kerja-kerja yang telah dirancang.











Pertandingan Mewarna Batik


Pada 28 Julai 2016 iaitu pada hari Khamis, acara yang diadakan sempena Minggu Pendidikan Khas ialah Pertandingan Mewarna Batik. Penyelaras bagi aktivitu ini ialah Cikgu Julaidah bt Ahmad. Pelajar PPKI telah dibahagikan kepada 18 kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh tiga atau empat orang pelajar. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 1 set peralatan mewarna beserta sekeping plat batik yang telah siap dicanting di atas kain kaftan. Para pelajar dikehendaki menyiapkan dalam tempoh satu jam setengah. Acara dimulakan pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Objektif pertandingan ini diadakan ialah bagi mencungkil bakat terpendam yang ada dalam diri pelajar serta menyemai semangat bekerjasama antara ahli pasukan. Para pelajar menunjukkan kesungguhan dan minat bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Setiap kumpulan akhirnya berjaya mewarnakan batik masing-masing dengan baik dan menarik. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada akhir minggu ini.