Friday 15 August 2014

LAWATAN KE ZOO NEGARA

Pada 12 Ogos yang lepas, PPKI telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara yang terletak di Kuala Lumpur. Perjalanan ke Zoo Negara adalah dengan menaiki bas. Kami bertolak dari sekolah pada jam 8.00 pagi dan lawatan berakhir pada jam 1.00 petang.

Selain dapat melihat haiwan-haiwan yang ada di situ, kami juga berpeluang melihat sendiri panda yang telah didatangkan dari Negara China. Ianya sungguh menarik dan menambah ilmu pengetahuan pelajar dan guru yang menyertai lawatan tersebut.


Friday 8 August 2014

Program Ihya Ramadhan dan Program Bubur Lambuk

Sepanjang bulan Ramadhan bermula 7 Julai hingga 24 Julai 2014, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Program Ihya Ramadhan. Pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan antaranya pertandingan tulisan khat, pertandingan melukis gambar masjid dan pertandingan nasyid. Sepanjang bulan Ramadhan juga guru-guru PPKI menyampaikan tazkirah kepada pelajar-pelajar Islam di surau SMK Seri Tasik semasa waktu rehat. Selain itu, projek membuat kuih raya iaitu Biskut Popia Nestum juga dijalankan untuk diberi kepada setiap pelajar. Selain projek membuat kuih raya, projek memasak juadah berbuka juga dijalankan. Antara menu yang dimasak ialah kuih popia goreng dan kek coklat. Pada tahun ini, satu lagi aktiviti tambahan yang telah dijalankan iaitu jualan amal. Jualan amal ini dijalankan dengan menjual baju, kasut, dan juga tudung terpakai dari guru-guru dan ibu bapa.




Selain itu, pelajar dan guru berkerjasama menyiapkan sampul duit raya yang juga akan dijual kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah.Program memasak bubur lambuk juga dijalankan dengan kerjasama Masjid Al-Najihin. Aktiviti terakhir dalam Program Ihya Ramadhan merupakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya yang disempurnakan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh Siti Liah Binti Che Muda.