Wednesday 17 October 2012

LAPORAN SEMINAR PENDEDAHAN KERJAYA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS & IBU BAPA

    Pada 13 Oktober yang lalu telah berlangsung Seminar Pendedahan Kerjaya Pelajar Pendidikan Khas & Ibu bapa. Seminar ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ibu bapa bagaimana dan di mana untuk mendapatkan peluang menyambung pelajaran ke peringkat kemahiran lanjutan dan latihan bekerja bagi anak-anak mereka selepas tamat persekolahan. Ceramah telah disampaikan oleh wakil  khusus daripada PLPP, Giat Mara, JKM dan PDK. Seminar ini mendapat sambutan yang di luar jangkaan dan mendapat  sokongan daripada ibu bapa dan mereka amat gembira kerana tidak perlu risau lagi tentang kerjaya dan masa depan anak mereka.

KARNIVAL KESENIAN PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2012

     Sukacita dimaklumkan  6 orang pelajar dan 2 orang guru/ppm  PPKI SMK Seri Tasik  telah dipilih untuk mewakili Kontinjen WPKL ke Karnival Kesenian Pendidikan Khas di Langkawi, Kedah.  Pertandingan tarian 1 Malaysia berlangsung  sengit dengan persembahan dari semua negeri. Pasukan tarian 1 Malaysia WPKL juga telah memberi persembahan yang terbaik namun kita hanya mendapat hadiah saguhati.
     Walau pun begitu kami  para guru di PPKI amat berbangga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan komited dengan tugasan mereka. Semasa di sana  para peserta dan guru telah  mengikuti semua program yang telah dirancang oleh pihak pengelola. Ucapan tahniah dan syabas kepada para pelajar dan guru-guru yang telah terlibat dalam program tersebut.

Tuesday 9 October 2012

JEMPUTAN KE SEMINAR PENDEDAHAN KERJAYA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS & IBU BAPA

           Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)  akan menganjurkan Seminar Pendedahan Kerjaya kepada pelajar pendidikan khas dan ibu bapa pada 13 Oktober 2012 (Sabtu). Semua pelajar dan ibu bapa dijemput hadir untuk mendengar maklumat terkini mengenai pendidikan khas dan kerjaya pelajar selepas tamat persekolahan nanti. Pelbagai agensi telah dijemput untuk memberi ceramah dan juga mengadakan pameran.

ATURCARA PROGRAM

MASA                            PROGRAM
7.45 pagi                      -    Pendaftaran Ibu bapa dan tetamu jemputan
8.30 pagi                      -    Taklimat EMK
9.00 pagi                      -    Bacaan Doa
                                          Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Badan Kebajikan PPKI
                                          Pn. Rosnah bt. Awang
                                          Ucapan perasmian oleh YDP PIBG
                                          Tuan Haji Rosli b. Bahari
9.30 pagi                      -    Ceramah 1 (JKM)
10.00 pagi                    -    Kudapan
10.30 pagi                    -    Ceramah 2 (PLPP)
11.30 pagi                    -    Ceramah 3 (Giat Mara)
12.00 tengah hari         -    Sesi Soaljawab
12.30 tengah hari         -    Bersurai

Monday 8 October 2012

HARI KELUARGA & MAJLIS HARI LAHIR

       Pada 4 Oktober  2012 yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan Hari Keluarga dan Majlis Hari Lahir warga PPKI di Wet Water World di Taman Tasik Shah Alam , Selangor. Murid-murid pendidikan khas sangat seronok dengan pelbagai permainan air yang terdapat di sana. Warga PPKI juga mengiucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua kerana sudi hadir ke program tersebut. Dalam program ini seramai 44 orang murid yang menyambut hari lahir pada bulan Jun hingga December telah diraikan dengan meriah sekali.

KEM MOTIVASI & KEPIMPINAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

      Pada 28 September hingga 1 Oktober 2012 telah berlangsung Kem Motivasi dan Kepimpinan di Kem Air Paabas, Melaka. Seramai 3 orang murid ppki SMK Seri Tasik telah terpilih untuk menyertai kem tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem tersebut adalah Latihan Dalam Kumpulan, Melawat Bandaraya Melaka, Malam Kebudayaan, Flying Fox dan aktiviti rintangan. Salah seorang murid Nurul Nabila Jamil telah terpilih menjadi Tokoh Mithali Berani kerana telah menunjukkan keberanian semasa tali flying fox terhenti di tengah-tengah. 

 

MAJLIS PERPISAHAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID EN HAIRONIZAM

       Pada 28 September yang lepas telah diadakan Majlis Perpisahan Pembantu Pengurusan Murid iaitu En Haironizam. Beliau sangat disayangi murid-murid dan disenangi oleh guru-guru. Perpindahan beliau amat dirasai seluruh warga PPKI. Beliau berpindah ke sekolah di daerah Kuala Lipis. Semoga maju jaya diucapkan kepada En. Haironizam.


KARNIVAL USAHAWAN PENDIDIKAN KHAS 2012

   Pada 26 September yang lalu, telah belangsung Karnival Usahawan Pendidikan Khas di Taman Tasik Titiwangsa. Tetamu Kehormat adalah Menteri Wilayah Persekutuan, YBM Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. PPKI SMK Seri Tasik telah mengambil bahagian dalam gerai jualan, pertandingan kebudayaan dan pertandingan mewarna batik. Bagi pertandingan kebudayaan ppki telah mendapat tempat ketiga. Bagi gerai jualan pula, ppki mendapat tempat ketiga Anugerah Gerai Paling Aktif dan Produktif serta tempat ketiga Anugerah Gerai Paling Ramai Penyertaan Pelajar.

Monday 1 October 2012

KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN

        Pada 13 - 16 September seramai 6 orang pelajar ppki SMK Seri Tasik telah menyertai Karnival Permainan di Terengganu. Antara acara yang disertai adalah bowling, futsal dan bola jaring.