Monday 16 July 2012

LAPORAN MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2012

HARI PERTAMA

Program bermula dengan pelancaran Minggu Pendidikan Khas 2012 oleh Pn. Hjh Siti Khalijah binti Hj. Isa, Pengetua SMK Seri Tasik semasa perhimpunan pagi di Dataran Gemilang.  Pengisian program pertama ialah aktiviti  abseiling bersama pasukan bomba , cuba lihat pelajar-pelajar PPKI melakukan aktiviti tersebut , ucapan syabas untuk mereka.


HARI KEDUA

       Program MPK diteruskan dengan Acara 1Murid 1Sukan iaitu senamrobik 
se Malaysia yang diadakan di Dataran sekolah yang turut dihadiri oleh murid-murid dari sekolah lain. Selepas itu bermula pula pertandingan Futsal jemputan yang dimulakan dengan sepakan penalti oleh Pn. Hjh Khalijah Binti Hj. Isa sebagai simbolik perasmian.

Sebanyak 8 pasukan futsal telah menyertai pertandingan tersebut iaitu SMK Danau Kota, SMK Bandar Baru Sentul, SMK Yaacob Latif, SMK Bangsar, SMK Alam Damai, SMK Taman Yarl, SMK Seksyen 5 WM dan tuan rumah SMK Seri Tasik. Terima kasih kepada semua sekolah yang sudi menyertai jemputan kami. 



HARI KETIGA

      Hari kemuncak MPK 2012 ialah  Majlis Perasmian oleh Yg Bhg Dato' Hj. Khairil bin Awang Pengarah Pelajaran JPNWP yang sudi hadir di saat-saat akhir perkhidmatan beliau di JPNWP kerana dilantik menjawat Pengarah di Institut Aminuddin Baki.
       Ini juga satu sejarah kepada warga SMK Seri Tasik juga warga pendidikan khas julung-julung kalinya Program Minggu Pendidikan Khas dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Kehadiran Pengarah Pelajaran merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada semua Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
       Pengisian program MPK diteruskan dengan pertandingan akhir Futsal , klinik dan pertandingan memanah, riding basikal , pameran dari beberapa agensi dan  jualan amal
Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh pengetua SMK Seri Tasik. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua sekolah yang sudi hadirdan memberi sokongan pada hari ini.



HARI KEEMPAT

    Pengisian program hari ini ialah acara sukaneka tradisional, permainan dalaman, pertandingan mewarna  dan menghias/dekorasi kek yang terbuka pernyertaannya
kepada para pelajar , ibubapa dan guru.



HARI KELIMA

     Minggu Pendidikan Khas 2012 telah sampai ke penghujung. Majlis penutup disempurnakan oleh Pn. Hjh Khalijah binti Hj. Isa , pengetua SMK Seri Tasik , turut diadakan penyampaian hadiah untuk acara-acara yang telah dijalankan.
     Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan dan  kerjasama kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Minggu Pendidikan Khas 2012.

Monday 2 July 2012

Jemputan Minggu Pendidikan Khas 2012

          Sukacita dimaklumkan PPKI SMK Seri Tasik akan mengadakan Minggu Pendidikan Khas (MPK) 2012. Program MPK ini merupakan program tahunan dan pelbagai aktiviti telah dirancang sebagai pengisian yang diharap dapat mencapai matlamat dan objektif Menjana Kecemerlangan Modal Insan Istimewa. Semua warga pendidikan khas dijemput untuk hadir dan mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan  yang diadakan.

         PPKI SMK Seri Tasik juga amat berbesar hati dengan sokongan penuh semua pihak guru dan pentadbir khususnya Puan Pengetua SMK Seri Tasik yang bersetuju menjemput Dato' Pengarah Pelajaran sendiri untuk merasmikan Minggu Pendidikan Khas 2012 ini. Butiran tentatif adalah seperti berikut:
TENTATIF PROGRAM

 
TARIKH/HARI
AKTIVITI/PROGRAM
MASA
SASARAN
9 JULAI 2012
ISNIN
 
- Majlis Pelancaran
  Minggu Pendidikan Khas.
7.20 pagi – 8.30 pagi
Semua pelajar
guru, PPM
Ibu bapa
- Pertandingan mewarna/
  mengecop batik
- Gotong - royong PPKI
9.00 pagi – 12.30 tgh
10 JULAI 2012
SELASA
- Pelancaran Senamrobik
  1M1S Se Malaysia 
7.20 pagi – 9.30 pagi
Semua pelajar
- Pertandingan Futsal terbuka
- Pertandingan Permainan
  Dalaman
- Jualan Amal
10.00 pagi – 12.30 tgh
11 JULAI 2012
RABU
- Majlis Perasmian MPK
- Pemeriksaan Perbarisan
- Persembahan Pelajar PPKI &
  Gamelan sekolah.
- Pameran –PDK, Cheshire,
   NGO-NGO lain
- Lawatan ke Program Transisi
- Jualan Amal
 
8.00 pagi – 9.30 pagi
Semua pelajar
guru, PPM
Ibu bapa
- Final Futsal
- Pertandingan Memanah
   terbuka
- Laporan video
10.00 pagi – 12.30 tgh
12 JULAI 2012
KHAMIS
- Sukaneka tradisional
- Jualan Amal
8.00 pagi – 9.30 pagi
Semua pelajar
guru, PPM
Ibu bapa
- Pertandingan dekorasi kek
  Terbuka untuk Guru/PPM/Ibu
  dan pelajar
9.00 pagi – 12.30 tgh
13 JULAI 2012
JUMAAT
 
- Majlis Penutup
- Penyampaian Hadiah
7.20 pagi – 8.30 pagi
Semua pelajar
- Persembahan Boneka DBP
- Tayangan Video
10.00 pagi – 12.30 tgh
                                            

Selamat datang kepada semua warga pendidikan khas dan harapan kami program ini dapat berjalan dengan lancar dan cemerlang.