Tuesday 22 January 2013

PELANCARAN KELAB TAEKWONDO PPKI SMK SERI TASIK

PPKI SMK Seri Tasik meneruskan program dengan menubuhkan Kelab Taekwondo PPKI. Pihak PPKI berbesar hati kerana Majlis Pelancaran Kelab Taekwondo telah dilakukan sendiri oleh puan pengetua Pn. Hjh Siti Liah Binti Che Muda pada perhimpunan pagi ni di Dataran Cemerlang. Tahniah kepada Setiausaha Kokurikulum Pn. Julaidah Ahmad dan Guru Penasihat Kelab Taekwondo Pn. Rosmi Binti Mohd Ghazi kerana berjaya merealisasikan kelab ini. Ramai pelajar PPKI yang telah menyatakan minat untuk menyertai kelab ini yang dikendalikan bersama Jawatankuasa Badan Kebajikan PPKI (BAKEB).
 

Monday 21 January 2013

BANTUAN PUTERI UMNO

' Terima kasih daun keladi '.... Pada hari ini semua pelajar PPKI SMK Seri Tasik berasa bertuah kerana telah menerima sumbangan berupa bekas pensel untuk kegunaan mereka. Sumbangan tersebut telah diterima daripada Cik Zauyah Binti Zainuddin, Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkap Ketua Puteri UMNO Bandar Tun Razak. Pihak PPKI mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Pada 18 Januari 2013 yang lalu semua pelajar SMK Seri Tasik termasuk pelajar PPKI telah menerima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM 100. Pada hari tersebut ibu bapa setiap pelajar diminta hadir ke sekolah untuk menerima sumbangan tersebut. Sumbangan ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan pelajar.
 

Sunday 20 January 2013

FISIOTERAPI

          Pada 17 Januari seramai 13 orang guru bersama 5 orang PPM dan 70 orang pelajar PPKI SMK Seri Tasik telah menjalankan aktiviti fisioterapi. Program ini diadakan di Taman Tasik Sri Permaisuri. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh Cik Siti Mariam bersama Pn. Syazni. Kemudian pelajar berjogging di sekitar kawasan tasik. Aktiviti terakhir ialah sukaneka. Setelah selesai, semua guru dan pelajar ke Tesco Taman Midah untuk mobiliti dan menjamu selera.  

Monday 14 January 2013

ORIENTASI 2013

         Pada 2 hingga 4 Januari telah berlangsung orientasi ppki. Seramai 17 orang murid baru telah berdaftar di SMK Seri Tasik. Kini terdapat 97 orang murid, 13 orang guru dan 6 orang ppm di ppki. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah, Solat Dhuha, Jelajah 1 Sekolah, Pertandingan Karaoke, Gotong-royong, Ujian Diagnostik dan Majlis Penutup.