Tuesday 1 September 2015

Program Mobiliti Dan Pertandingan Boling Akhir 2015

Pada 27 Ogos yang lalu telah berlangsung Pertandingan Boling Akhir dalam kalangan pelajar dan guru pendidikan khas di Pusat Boling Ballroom, Nu Sentral, KL Sentral Kuala Lumpur. Seramai kira-kira lebih 50 orang pelajar menyertai pertandingan ini. Selain daripada acara riadah dan rekreasi, program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar yang mungkin boleh diketengahkan dan digilap bakatnya. Pertandingan ini telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya. Hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh En. Rosli Bin Omar selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Integrasi SMK Seri Tasik. Bagi kategori pelajar gelaran juara disandang oleh Nur Aqilah Binti Mohamad manakala bagi kategori guru dijuarai oleh En. Azli Bin Mohamad. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang dan mengeratkan lagi hubungan antara guru, pelajar dan pembantu pengurusan murid.