Tuesday 27 December 2011

Pendaftaran Pelajar Baru dan Mesyuarat Guru PPKI SMK Seri Tasik


Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran pelajar baru  dan mesyuarat guru PPKI  akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   :    3 Januari 2012 ( Selasa )
Masa     :    8.30 pagi  -  10.30 pagi (Pendaftaran Pelajar Baru PPKI )
                    10.30 pagi -  Mesyuarat Guru PPKI
Tempat :    Bilik Hujrah 2

Sehubungan itu, semua  guru PPKI  diminta hadir untuk bertugas dan menghadiri  mesyuarat berkenaan. Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh  Pengetua  Baru SMK Seri Tasik.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi PPKI SMK Seri Tasik.

Sekian, untuk perhatian dan tindakan

Monday 21 November 2011

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PPKI SMK Seri Tasik 2011


       Hari Inovasi  2011 Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan telah diadakan di Auditorium Tan Sri Rafie dan  dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Khairil Bin Hj. Awang iaitu Pengarah Pelajaran JPNWP. Pada hari tersebut telah menjadi kebanggaan kepada warga PPKI Seri Tasik kerana Kumpulan KIK sekolah kami  telah terpilih untuk membuat perbentangan projek kepada para hadirin yang terdiri daripada Guru Besar dan Pengetua dari seluruh Wilayah Persekutuan.. 
        Kumpulan KIK PPKI SMK Seri Tasik menggunakan  nama UNIK ini telah membuat persediaan rapi agar dapat membuat perbentangan yang terbaik yang juga merupakan kumpulan tunggal yang mewakili Sekolah Pendidikan Khas Integrasi. Kumpulan KIK ini telah mendapat penghargaan dari Dato" Pengarah dan beliau  sendiri telah  menyampaikan sijil-sijil kepada Pengetua baru SMK Seri Tasik  iaitu Pn. Hjh Siti Khalijah Binti Isa. Tahniah dan diharapkan kumpulan ini akan lebih berjaya di peringkat yang lebih tinggi.


Ahli-ahli kumpulan KIK SMK Seri Tasik  - UNIK



     En. Tarmizi dan En. Yusaini sedang membuat persiapan rapi untuk perbentangan.



 Pengetua baru SMK Seri Tasik sedang menerima penghargaan dari Dato' Pengarah JPNWP


                                   
   Ahli kumpulan yang lain  sentiasa membantu dalam kumpulan



 En. Tarmizi segak dan penuh keyakinan untuk membuat perbentangan



Perbentangan Kumpulan KIK PPKI SMK Seri Tasik - UNIK

                                     
  Lega dah selesai perbentangan boleh bergambar kenangan

Sunday 13 November 2011

Program Sehari di Rimba di Impian Country Resort, Hulu Langat Selangor

          Pada 10 November 2011 Program Pendidikan Khas Integrasi telah berlangsung Program Sehari di Rimba bertempat di Impian Country Resort, Jalan Agrotek Bt 14, Hulu Langat Selangor. Seramai 80 pelajar termasuk guru, PPM dan ibu bapa meriahkan program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah merekecipta sampan kertas untuk dihanyutkan ke dalam sungai, membina tugu daripada batu sungai, barbecue ayam, mandi-manda di sungai dan lain-lain. Program ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Antara sajian menarik hari tersebut ialah makan buah durian dan rambutan baramai-ramai.

 Impian Country Resort Hulu Langat, Selangor




Murid-murid bersedia untuk mendengar taklimat pembuka kata


                             
     Ucapan dari Penolong Kanan Pendidikan Khas, SMK Seri Tasik KL


Kerjasama ahli kumpulan semasa merekacipta sampan kertas bersama guru 

Menghanyutkan sampan kertas ke dalam sungai
      
  Hasil kerja kumpulan mendirikan tugu-tugu batu 

 

Aktiviti menyusun batu atas batu




































Possing bersama semua ahli kumpulan bersama guru-guru
  Masak-masak barbeque ayam, kerang sosej
       Mandi-manda di sungai
 
            Wakil kumpulan menerima hadiah

Friday 28 October 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR SERTA MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA CEMERLANG

Pada 25 Oktober yang lepas telah berlangsung Jamuan Akhir Tahun PPKI di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa. acara bermula pada jam 12 tengah hari. Pelajar dan ibu bapa yang hadir menaiki bas atau dengan kenderaan sendiri. Majlis ini juga turut meraikan persaraan Pengetua Cemerlang Pn. Hajah Razana 'Aini Ali Dawam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah acara memotong kek, penyampaian cenderahati kepada penyumbang dan cabutan bertuah. Setiap pelajar dan ibu bapa yang hadir mendapat buah tangan dan yang bertuah dapat mambawa pulang hadiah cabutan bertuah.

Tetamu jemputan, guru-guru, pelajar, ibu bapa dan PPM menikmati hidangan
  Majlis penyampaian hadiah hari lahir dan acara memotong kek
 Antara pemenang cabutan bertuah
 Antara penerima Cenderahati Khas PPKI
Cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada para penyumbang
Penyampaian hadiah pelajar tahun akhir
Gimik acara memotong kek Pengetua

Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 1Malaysia 2011

Pada 18 hingga 22 Oktober yang lalu telah berlangsung Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 1Malaysia 2011 di Stadium Bola Sepak, Cheras, KL. Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur merupakan tuan rumah pada kejohanan kali ini. Pelajar PPKI SMK Seri Tasik juga tidak melepaskan peluang melibatkan diri dalam kejohanan ini. Selain itu, pelajar PPKI juga melibatkan diri semasa majlis perasmian dan penutup kejohanan kali ini.  Majlis perasmian pemvukaan ini telah disempurnakan oleh Dato' Haji Khairil bin Hj. Awang, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan.
Perbarisan membawa bendera kejohanan oleh pelajar PPKI SMK Seri Tasik

 Acara menaikkan bendera

 Larian obor oleh pelajar sindrom down
Obor dinyalakan oleh Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan




Thursday 29 September 2011

JAMUAN HARI RAYA 2011 BERSAMA DATUK SYED ABDUL RAHMAN ALHABSHI

Pada 9 September yang lepas telah diadakan sambutan hari raya bersama Yang Berbahagia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi; Pengerusi NGO Bandar Tun Razak. Kunjungan Datuk telah memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya dengan sumbangan duit raya kepada pelajar. Pengetua Cemerlang Puan Razana Aini dan Puan Zuruwati juga tidak ketinggalan memberi sumbangan duit raya pada majlis tersebut. 

Tujuan majlis ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya pelajar ppki. Majlis sambutan ini adalah rentetan daripada program yang telah dijalankan sepanjang bulan ramadhan yang lepas seperti membuat kuih untuk berbuka puasa, membuat kuih raya dan membuat kraftangan seperti menganyam ketupat dan membuat kad raya. Selain daripada itu, tujuan majlis ini adalah untuk menyampaikan sumbangan hari raya kepada para pelajar terutamanya kepada pelajar miskin dan anak yatim. 

Pelajar menikmati kuih raya yang dibawa dari rumah
 Keluarga Mohd Haziq turut memberi sumbangan duit raya
 Ketibaan Yang Berbahagia Datuk
 Sumbangan duit raya daripada Yang Berbahagia Datuk dan Puan Pengetua
 Antara pelajar yang menerima duit raya
 Para jemputan khas menikmati jamuan hari raya
 Pelajar menikmati hidangan yang ditaja oleh Puan Pengetua
 Yang Berbahagia Datuk merasmikan kolam ikan dengan melepaskan 50 ekor anak ikan
 Warga PPKI bergambar bersama Yang Berbahagia Datuk

Friday 12 August 2011

HARI USAHAWAN 2011

Pada 30 Julai yang lalu telah dijalankan Hari Usahawan 2011. PPKI telah membuka sebuah gerai yang menjual makanan dan minuman. Ketua gerai adalah Pn Salbiah dan dibantu oleh guru dan pelajar. Menu yang dijual adalah Sosej 1 Malaysia, Ice Blended, Air Bandung Cincau dan Roti John. Walaupun hujan lebat, tetapi sambutan tetap menggalakkan. Pelajar juga memberi kerjasama dalam membantu menjual makanan dan minuman.

Banner gerai PPKI

 Hujan lebat pada hari kejadian
 Antara pelajar dan guru yang menjaga gerai

Bahagian penyediaan makanan

 Pengunjung gerai yang sudi membeli

Sunday 3 July 2011

MINGGU PENDIDIKAN KHAS SMK SERI TASIK TERBARU

             Bermula pada 4 Julai hingga 8 Julai 2011 akan berlangsung Minggu Pendidikan Khas peringkat sekolah. pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya adalah Majlis Hari Lahir pelajar, Pertandingan Memasak, Pertandingan Mewarna Batik, Cari Perkataan dan Gambar Tersembunyi, Sukaneka dan pelbagai lagi acara yang menarik. Program ini merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh pelajar kerana menyajikan pelbagai acara menarik yang tidak mungkin dilepaskan.

               Program ini telah berjalan dengan jayanya dan meninggalkan kenangan yang manis buat semua pelajar ppki. Antara aktiviti yang membuat pelajar teruja adalah Majlis Hari Lahir kerana pelajar yang diraikan mendapat pelbagai jenis hadiah yang boleh digunakan setiap hari. Selain itu, aktiviti mewarna batik memberikan pengalaman yang baru kepada pelajar. Pelajar dapat merasai bagaimana teknik yang digunakan untuk mewarna batik. Ketika majlis penutup pula telah diadakan Perarakan Pengantin oleh pelajar ppki. Majlis ini telah menarik minat pelajar dan guru SMK Seri Tasik untuk menonton gelagat pelajar ppki. 

Kek yang di bawa oleh pelajar
Pelajar bergambar bersama Puan Pengetua
Beg hadiah untuk pelajar
Aktiviti mewarna batik
Hasil batik oleh pelajar ppki
Sukaneka menyusun tin
Pelajar sangat seronok dengan sukaneka ini
Peraasmian sudut media ppki yang telah menerima sumbangan 7 buah komputer dari Pn Rosnah Awang, wakil DBP.