Sunday 28 April 2013

MINGGU AKADEMIK PPKI SMK SERI TASIK 2013

Pada 8 hingga 12 April 2013, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Minggu Akademik. Sebanyak 6 panitia iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik, Panitia Sains, Panitia Pendidikan Seni dan Panitia Pendidikan Muzik telah mengadakan pelbagai aktiviti. Setiap panitia menyediakan aktiviti untuk 3 aras kategori murid iaitu aras tinggi, aras sederhana dan aras rendah.Oleh itu, semua pelajar terlibat dengan aktiviti yang dijalankan tanpa sebarang pengecualian. Semua guru, PPM dan pelajar telah menunjukkan kerjasama yang sangat baik. Pada 11 April pula diadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara dan Planetarium Negara. Semua pelajar sangat seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI MUZIUM NEGARA DAN PLANETARIUM NEGARA

Bersempena Minggu Akademik PPKI SMK Seri Tasik, PPKI telah menjalankan satu program lawatan sambil belajar ke Muzium Negara dan Planetarium Negara pada 11 April 2013. Semua guru, PPM dan pelajar terlibat dengan lawatan ini. Lawatan ini memberi manfaat kepada pelajar. Banyak ilmu pengetahuan tentang sejarah Malaysia diketahui di Muzium Negara. Di Planetarium Negara semua pelajar didedahkan dengan ilmu Sains yang sangat berguna. 

Friday 26 April 2013

HARI KEUSAHAWANAN 2013

Pada 13 April 2013 SMK Seri Tasik telah mengadakan Hari Keusahawanan. Semua guru dan pelajar telah mengambil peluang untuk menjana pendapatan tidak ketinggalan warga PPKI SMK Seri Tasik. Guru-guru dan pelajar-pelajar PPKI bekerjasama menyediakan makanan untuk dijual. Antara makanan yang dijual ialah air bandung cincau, roti john, potato wedges, sosej dan roti sosej. Selain daripada dapat menjana pendapatan PPKI, ia juga memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar ke arah kerjaya mereka. Di samping menjual barangan berbentuk makanan, PPKI juga telah membuka gerai tambahan untuk jualan buku yang dijual dengan harga yang berpatutan.

PROGRAM SCHOOL BASED OCCUPATIONAL THERAPHY

Pelatih Program Jurupulih Cara Kerja dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buluh Selangor telah menganjurkan Program School Based Occupational Theraphy bersama guru-guru dan pelajar-pelajar PPKI SMK Seri Tasik. Program ini telah diadakan pada 16 April 2013 di Dewan Hujrah Tasik 2 SMK Seri Tasik. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya sukaneka dan ceramah. Tiga slot ceramah telah dijalankan untuk guru-guru iaitu Peranan Terapi Cara Kerja Di Sekolah, Medium Intervensi Terapi Cara Kerja di Sekolah (Hands On) dan Persekitaran Yang Sesuai dalam Kelas bagi Kanak-kanak Istimewa. Program ini dapat meningkatkan kesedaran guru mengenai peranan dan medium rawatan terapi kerja.

Monday 15 April 2013

PERTANDINGAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS JPWP KUALA LUMPUR

Pertandingan Petanque Pendidikan Khas telah diadakan dengan anjuran bersama Unit Pendidikan Khas JPWP dan Program Integrasi Pendidikan Khas SMK Segambut.Sebanyak 21 buah sekolah di seluruh Kuala Lumpur telah mengambil bahagian. PPKI SMK Seri tasik tidak ketinggalan menghantar pasukan untuk bertandingan dalam kejohanan ini. Pasukan PPKI SMK Seri Tasik terdiri daripada 2 orang guru dan 4 orang pemain. Pasukan petanque PPKI SMK Seri Tasik tidak mengecewakan. Kejayaan besar diperolehi hasil latihan dan tumpuan semasa pertandingan walaupun cuaca amat panas diikuti hujan. Kejayaan diperolehi dalam acara single dan bergu. Pasukan ini telah merangkul pingat emas dalam kategori lelaki dan wanita bergu danpingat gangsa dirangkul dalam kategori lelaki dan perempuan single. Pasukan ini dijangka akan mewakili Kuala Lumpur dalam pertandingan petanque pendidikan khas peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei di Melaka.