Tuesday 18 June 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS KALI KE-15 WPKL

Pada 21 hingga 23 Mei 2013 telah diadakan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas kali ke-15 WPKL di Stadium Mini Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Matlamat kejohanan ini diadakan ialah untuk membantu mengembangkan semua aspek potensi pelajar-pelajar program pendidikan khas yang berteraskan semangat kesukanan ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar di bawah program ‘Satu Murid Satu Sukan’ yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat ini telah terbukti tercapai dengan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh atlit-atlit sekolah. 
       Atlet-atlet dari SMK Seri Tasik telah berjaya memecah beberapa rekod baru. Pungutan pingat yang diperolehi oleh SMK Seri Tasik ialah 8 emas, 6 perak dan 1 gangsa. SMK Seri Tasik telah berjaya memecah rekod baru sebanyak 7 acara iaitu dalam acara lompat jauh (Khairul Izwan Bin Zakaria), lontar peluru (Nur Amirah Binti Mohd Azmi), lompat tinggi (Mohd Syafiq Bin Aziz), larian 800M (Abd Latiff Bin Abdullah), lempar cakera (Mohd Nor Afiq Bin Nor Danif), larian 100M (Khairul Izwan Bin Zakaria) dan Quartet 4x100M. Pelajar-pelajar ini akan mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan di Kuantan Pahang. Jurulatih yang membimbing pelajar-pelajar ini ialah Pn. Julaidah Binti Ahmad dan En. Azli Bin Mohamad. Tambah menggembirakan ialah kemenangan sebagai johan perbarisan yang diuruselia cikgu Mohd Yusaini dan Cik Siti Mariam. Tahniah kepada pasukan PPKI SMK Seri Tasik.



KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS 2013

Pada 19 hingga 21 Mei 2013 telah berlangsung Karnival  Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Kebangsaan yang berlangsung di Melaka. Konsep pertandingan adalah 1 Malaysia yang melambangkan kepelbagaian kaum hidup harmoni yang digambarkan melalui gerak tari. Kumpulan-kumpulan tarian juga dianggotai oleh pelajar dari pelbagai kaum. Seramai 600 orang pelajar dari seluruh negeri terlibat dalam karnival ini. Acara yang dipertandingkan ialah acara anyaman bakul rotan untuk kategori akaldan  pendengaran, tarian 1 Malaysia untuk kategori akal dan pendengaran, nyanyian solo untuk kategori penglihatan dan melukis untuk kategori akal dan pendengaran. Seramai 5 orang pelajar PPKI SMK Seri Tasik terpilih dalam kumpulan tarian 1 Malaysia
        Kontijen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasukan Kuala Lumpur telah menggunakan muzik yang digabungkan daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia iaitu muzik etnik orang asli, Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Pelajar-pelajar SMK Seri Tasik yang terlibat ialah Nurul Nabila Bt Jamil, Nur Alia Najiha Bt Ahamed Sabli, Nurul Faidatul Amirah Bt Iezam, Abd Latiff Bin Abdullah dan Iman Assraf Bin Mohd Rafi. Pelajar-pelajar ini telah terlibat mewakili Kuala Lumpur untuk kali kedua. Pasukan Kuala Lumpur telah menjalani latihan selama 5 minggu di bawah bimbingan Pn. Julaidah Bt Ahmad dan 2 orang juru tarian yang didatangkan khas dari Akademi Seni dan Kebudayaan Kebangsaan (ASWARA).

Monday 17 June 2013

Jemputan Klinik dan Pertandingan Memanah Terbuka 2013

Sukacita dimaklumkan sempena program Minggu Pendidikan Khas , PPKI SMK Seri Tasik akan menganjurkan satu Klinik pendedahan dan seterusnya Pertandingan Memanah Terbuka kepada semua  Program PPKI yang berminat menyertainya seperti butiran berikut:

Tarikh      :     26 Jun                 - Klinik Memanah
                       27 Jun - 28 Jun   - Pertandingan & Penyampaian hadiah
Masa        :      8.30 pagi -  2.00 petang
Tempat    :      Padang Sekolah.

Acara Pertandingan Terbuka:

1. Perseorangan  -  1  Lelaki / perempuan
2. Bergu              -  2  Lelaki / perempuan
3. Berpasukan     -  4  Lelaki / perempuan


Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Rosli bin Omar 012-2935058 / En. Mohd Yusaini Yaakub 0126579276 . Penyertaan pada kali ini dikenakan yuran penyertaan RM 50.00 sahaja dan bilangan penyertaan  adalah terhad oleh itu hubungi kami segera .


 


 

Monday 10 June 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Pada 14 dan 15 Mei 2013, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Lawatan ini disertai oleh 6 orang guru, 3 orang PPM dan 26 orang pelajar PPKI. Selama 2 hari ini pelbagai aktiviti dijalankan. Perjalanan aktiviti dimulakan dengan lawatan penanda aras ke PPKI SMK Simpang Bekoh Jasin, Melaka. Kedatangan kami disambut mesra oleh warga SMK Simpang Bekoh. Guru-guru serta pelajar-pelajar dapat melihat hasil kerja dan perjalanan program PPKI SMK Simpang Bekoh di samping dapat bertukar-tukar pendapat untuk meningkatkan kecemerlangan program PPKI masing-masing.
          Selain itu, perlawanan persahabatan petanque juga diadakan untuk mengeratkan hubungan kemesraan antara 2 buah sekolah ini. Kemudian lawatan diteruskan dengan melawat Muzium Samudera, Muzium Maritim dan Menara Taming Sari di Bandar Hilir. Pada sebelah malam pula, pelajar-pelajar dibawa menaiki River Cruise. Pada 15 Mei pula, lawatan diteruskan dengan melawat Planetarium Melaka dan Taman Mini Malaysia di Ayer Keroh. Akhir sekali pelajar-pelajar dibawa menikmati makan tengahari di KFC Restoran Jejantas Ayer Keroh.

BENGKEL TARIAN BERSAMA ASWARA


Seramai 4 orang pelajar terpilih untuk mengikuti bengkel tarian yang dianjurkan oleh ASWARA sempena hari terbuka ASWARA 2013. Bengkel ini telah disertai oleh pelbagai lapisan pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah, Universiti dan juga insitut perguruan di sekitar Kuala Lumpur. Bengkel ini juga disertai oleh golongan belia daripada Singapura. Bengkel dijalan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Terdapat 4 jenis tarian yang diajar kepada para peserta iaitu, tarian zapin, tarian Cina, Kontemporari dan moden. Pelajar yang terlibat Nurul Nabila Bt Jamil, Nur Alia Najiha Bt Ahamed Sabli, Nurul Faidatul Amirah Bt Iezam dan Nazathilah bt Mohd Najib. Pelajar-pelajar ini di bawah bimbingan Pn Julaidah Bt Ahmad selaku guru Kelab Kesenian dan Kebudayaan PPKI SMK Seri Tasik.