Friday 19 July 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR DAN HARI GURU 2013

Pada 28 Jun 2013 warga PPKI SMK Seri Tasik telah diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Lahir dan Hari Guru. Majlis ini diadakan di Bilik Hujrah Tasik 2 SMK Seri Tasik. Pelajar-pelajar, guru-guru dan PPM yang lahir pada bulan Januari hingga Jun diraikan dengan acara memotong kek dan penyampaian hadiah. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh. Siti Liah Binti Che Muda. Pada hari yang sama juga, guru-guru PPKI SMK Seri Tasik diraikan dengan Majlis Sambutan Hari Guru. Guru-guru telah menyanyikan lagu keramat iaitu "Kami Guru Malaysia".

KLINIK MEMANAH DAN PERTANDINGAN MEMANAH TERBUKA ANJURAN PPKI SMK SERI TASIK

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Tasik telah menganjurkan Klinik Memanah pada 26 Jun dan Pertandingan Memanah Terbuka pada 27 Jun bertempat di Padang SMK Seri Tasik. Klinik Memanah telah dikendalikan oleh jurulatih memanah MSSM iaitu En. Nordin Bin Yusopp dan En. Rosli Bin Amir. Ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi membantu menjayakan program yang dianjurkan oleh PPKI SMK Seri Tasik. Pelajar-pelajar PPKI SMK Seri Tasik sangat teruja dan seronok mengikuti klinik ini. Pada keesokan harinya diadakan pula Pertandingan Memanah Terbuka antara sekolah-sekolah berdekatan iaitu SMK Taman Yarl, Methodist Boy School, SMK Seri Ampang dan juga sekolah penganjur SMK Seri Tasik. Pertandingan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar PPKI tentang aktiviti memanah di samping mengeratkan hubungan antara warga PPKI SMK Seri Tasik dan sekolah-sekolah lain. Walaupun keadaan cuaca yang kurang baik akibat jerebu, namun aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar.

MINGGU PENDIDIKAN KHAS SMK SERI TASIK 2013

Pada 23 hingga 28 Jun yang lepas, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Minggu Pendidikan Khas. Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan selama hampir seminggu. Aktiviti yang dirancang telah dapat berjalan dengan jayanya. Antara aktiviti yang diadakan ialah Majlis Sambutan Hari Lahir dan Sambutan Hari Guru untuk warga PPKI, pertandingan seperti pertandingan permainan dalaman, pertandingan melukis dan mewarna poster, Klinik Memanah, kuiz akademik dan Pertandingan Memanah Terbuka. Walaupun keadaan cuaca yang kurang baik akibat jerebu, namun syukur alhamdulillah, semua aktiviti telah berjaya terlaksana seperti yang dirancang. Terima kepada semua warga PPKI SMK Seri Tasik kerana telah berjaya menjayakan program tahunan ini....

Sunday 14 July 2013

MAJLIS MERAIKAN EN. MOHD FAZLI

Pada 9 Julai telah diadakan satu majlis untuk meraikan pertukaran salah seorang warga pendidik SMK Seri Tasik yang telah banyak menabur jasa dan bakti demi kejayaan PPKI SMK Seri Tasik. Beliau yang diraikan iaitu En. Mohd Fazli B. Mohd Ster yang telah berpindah ke negeri asal beliau iaitu Perak Darul Ridzuan. Beliau telah bertukar ke SMK Seri Ampang. En. Mohd Fazli telah mula mengajar di SMK Seri Tasik pada awal tahun 2010. Beliau seorang guru yang bertanggungjawab, berdedikasi dan penyayang. Kehilangan beliau di SMK Seri Tasik amat dirasai oleh semua warga SMK Seri Tasik terutamanya warga PPKI. Semoga En. Mohd Fazli akan terus berjaya dan terus mencurahkan ilmu di sekolah yang baru..'Jika ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi...Jika ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi'....  

Wednesday 10 July 2013

KARNIVAL BOLA SEPAK CEREBRAL PALSY (CP) MSN

Satu kejohanan bola sepak Cerebal Palsy (CP) telah berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) pada 15 Jun 2013. Kejohanan ini adalah bertujuan langkah pertama MSN untuk memilih dan menubuhkan Pasukan Bolasepak Cerebal Palsy Negara. Majlis Sukan Negara merancang untuk menubuhkan pasukan ini sebagai persediaan Temasya Sukan SEA di Myanmar dan kejohanan-kejohanan seterusnya. Seorang pelajar SMK Seri Tasik telah mewakili pasukan CP Pesron K. L di bawah latihan dan pengurusan Pn Julaidah Bt Ahmad. Pasukan ini terdiri daripada pelajar dan remaja sekolah. Diantaranya Mohd Nabil B Rusli dari SMK Bandar Tasik Selatan dan Mohd Noraiman B Noraffendi dari SMK Yaakob Latif. Tahniah dan syabas buat Abd Rahman kerana pasukannya telah mendapat Naib Juara dalam kejohanan tersebut.

Monday 1 July 2013

BENGKEL TARIAN INTERNATIONAL DANCE DAY DI AKADEMI SENI DAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (ASWARA)


Seramai 4 orang pelajar terpilih untuk mengikuti bengkel tarian yang dianjurkan oleh ASWARA sempena hari terbuka ASWARA 2013. Bengkel ini telah disertai oleh pelbagai lapisan pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah, Universiti dan juga insitut perguruan di sekitar Kuala Lumpur. Bengkel ini juga disertai oleh golongan belia daripada Singapura. Bengkel dijalan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Terdapat 4 jenis tarian yang diajar kepada para peserta iaitu, tarian zapin, tarian Cina, Kontemporari dan moden. Pelajar yang terlibat Nurul Nabila Bt Jamil, Nur Alia Najiha Bt Ahamed Sabli, Nurul Faidatul Amirah Bt Iezam dan Nazathilah Bt Mohd Najib. Pelajar-pelajar ini dibawah bimbingan Pn Julaidah Bt Ahmad selaku guru Kelab Kesenian dan Kebudayaan PPKI SMK Seri Tasik.

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN

Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas Kebangsaan telah berlangsung di Kuantan, Pahang pada 9 hingga 13 Jun 2013. Kontijen Kuala Lumpur telah menghantar 49 orang atlit terdiri daripada Bermasalah Pembelajaran, Penglihatan dan Pendengaran. Seramai 6 orang atlit terdiri daripada pelajar PPKI SMK Seri Tasik, Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar tersebut ialah Khairul Izwan Bin Zakaria, Mohd Syafiq Bin Aziz, Mohd Norafiq Bin Nordanif, Abd Latiff Bin Abdullah, Nur Amirah Binti Mohd Azmi dan Nurul Nabila  Binti Jamil. Atlit-atlit ini telah menjalani latihan selama 3 bulan dibawah bimbingan Pn Julaidah Bt Ahmad selaku jurulatih  olahraga. Atlit-atlit ini juga telah memenangi 8 pingat semasa kejohanan padang dan balapan  peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini.
           Kontijen K. Lumpur telah menginap di di D’embassy Hotel Aprtment dan kejohanan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Pada tahun ini, pencapaian atlit dari SMK Seri Tasik  amat membanggakan apabila Nur Amirah Bt Mohd Azmi telah memenangi 2 pingat gangsa dalam  acara lempar cakera dan lontar peluru kategori Perempuan Senior (Bermasalah Pembelajaran).
Tahniah SMK Seri Tasik!