Monday 15 February 2016

Aktiviti Mobiliti dan Boling

Program Aktiviti Mobiliti dan Boling telah dilaksanakan dengan jayanya pada 28 Januari yang lalu. Penglibatan daripada murid sangat memberangsangkan iaitu seramai 62 orang murid terlibat. Program ini merupakan program mobiliti yang pertama untuk tahun ini namun berlangsung di tempat yang sama seperti tahun lalu iaitu di Ballroom Nu Sentral. Semua pelajar bergembira pada hari berkenaan dan dalam masa yang sama beberapa bakat baru dapat dikenalpasti untuk digilap. Terima kasih kepada para ibu bapa / penjaga yang turut memberikan komitmen terhadap aktiviti sekolah yang sebegini.