Sunday 5 August 2012

Program Gotong royong Memasak Bubur Lambuk

Pada 2 Ogos 2012 yang lalu telah diadakan Program Gotong royong memasak bubur lambuk anjuran Masjid Al Najihin bersama SMK Seri Tasik. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Pelajar PPKI SMK Seri Tasik telah terlibat sama membersihkan bahagian dalam masjid dan memasak bubur lambuk bersama-sama pelajar arus perdana , guru-guru , ibubapa dan ajk masjid. Pihak sekolah juga telah menyumbangkan beras untuk program tersebut hasil sumbangan warga SMK Seri Tasik.

Program gotong royong memasak bubur lambuk telah dihadiri oleh Penaung
Masjid Al Najihin Yg Bhg Datuk Syed Abdul Rahman Al Habshi . Beliau sempat
beramah mesra bersama semua pelajar yang terlibat dan berharap program ini
dapat diteruskan pada setiap bulan Ramadhan. Di akhir program Yg Bhg Datuk sudi menyampaikan bungkusan bubur lambuk kepada semua pelajar yang terlibat. Terima kasih kepada Yg Bhg Datuk dan Ustaz Aziz Mohamed Ketua Imam Masjid Al Najihin yang telah memberikan kerjasama sehingga program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

















Program Ihya Ramadhan PPKI

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini PPKI SMK Seri Tasik telah menganjurkan Program Ihya Ramadhan PPKI 2012. Pengisian program termasuklah aktiviti di surau iaitu  amali wuduk, solat dhuha dan tazkirah , hasilan kraftangan seperti sampul duit raya, bekas kuih dan ketupat perhiasan. Selain itu diadakan juga pertandingan hafazan , sajak dan pertandingan nasyid antara kelas.

PPKI SMK Seri Tasik juga menerima sumbangan kurma dari Syarikat Yusuf Taiyoob yang mana telah diagih-agihkan kepada semua warga SMK Seri Tasik. Pn. Hjh Siti Khalijah binti Hj. Isa Pengetua SMK Seri Tasik telah menyampaikan sumbangan kurma kepada semua wakil pelajar.