Sunday 12 May 2013

KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS 2013

Unit Pendidikan Khas JPWP telah menganjurkan Karnival Permainan Pendidikan Khas 2013. Pertandingan ini bertujuan untuk memilih pemain mewakili WPKL dalam Karnival Permainan Pendidikan Khas peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Negeri Sembilan. SMK Seri Tasik tidak ketinggalan menghantar pemain untuk mewakili sekolah sekaligus mewakili Zon Pudu. Dua permainan telah dipertandingkan bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dan pendengaran iaitu futsal dan bola jaring. Kejohanan ini telah berlangsung di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Keramat. Pertandingan Futsal telah diadakan pada 3 hingga 4 April dan SMK Seri Tasik telah berjaya menjadi johan bagi kategori Bermasalah Pembelajaran. Bola jaring pula pertandingan diadakan pada 7 dan 8 April dan pelajar-pelajar SMK Seri Tasik yang telah mewakili Zon Pudu berjaya mendapat naib johan. Kejayaan ini telah menyemarakkan lagi semangat pelajar-pelajar untuk terus maju dalam menceburi sukan permainan ini.