Wednesday 30 May 2012

MAJLIS PERPISAHAN GURU PPKI


Tanhiah diucapkan kepada 2 orang guru PPKI yang telah telah mendapat mendapat penempatan di negeri yang dipohon  iaitu En. Ahmar Tarmizi bin Che Mat yang bertukar ke SMK CHERANG KUKU, KELANTAN dan Pn. Siti Fatimah bt Ahmad ke SMK TENGKU SULEIMAN, PERLIS. Semoga dua orang guru ini tidak akan melupai detik-detik dan kenangan manis sepanjang berada di SMK SERI TASIK. SELAMAT BERKHIDMAT DI TEMPAT BARU.

LAPORAN LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS


Pada 21 Mei hingga 23 Mei 2012 yang lalu, sekali lagi PPKI SMK SERI TASIK menganjurkan Program Pendidikan Luar ke Cameron Highlands, Pahang. Seramai  32 orang pelajar, 11 orang guru dan 3 orang pembantu pengurusan murid telah mengikuti program ini. Para peserta telah bertolak seawal pagi iaitu pada pukul 8.00 pagi dan sampai di tempat penginapan (Hotel Regency) pada pukul 12.00 tengah hari.
Sepanjang 3 hari berada Di Cameron Highlands, para peserta  tidak melepaskan peluang  untuk melawat  pelbagai tempat yang menarik. Pada hari pertama bertarikh 21 Mei 2012, para peserta telah melawat TAMAN LEBAH dan TAMAN RAMA-RAMA. Pada sebelah malamnya pula para pelajar menjalani aktiviti LDK iaitu aktiviti menyampaikan pesanan.
Pada Hari Kedua iaitu 22 Mei 2012, para peserta berpeluang menjalankan aktivti bersama pihak MARDI. Di MARDI para peserta telah mengunjungi TAMAN ANGGUR, TAMAN DAPUR,LADANG CONTOH TANAMAN STRAWBERI,LAMAN BUNGA dan TAMAN ROS (ROSE GARDEN). Saat-saat yang paling dinantikan oleh semua para peserta ialah aktiviti memetik buah strawberi di STRAWBERY FARM. Pada sebelah malamnya para peserta sekali lagi menjalankan aktiviti LDK dan seterusya aktiviti makan strawberi dan coklat.
Pada hari ketiga bertarikh 23 Mei 2012 iaitu hari terakhir, para peserta tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Rose Valley dan  LADANG TEH BHARAT/BOH untuk melihat pemprosesan daun teh.Para peserta bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 2.00 petang dan tiba di perkarangan SMK SERI TASIK pada pukul 7.30 malam.
Sememangnya Program Pendidikan Luar Ke Cameron Hoghlands meninggalkan kenangan yang manis dan banyak pengalaman baru yang diperolehi oleh para pelajar PPKI terutamanya. Secara keseluruhannya program ini mencapai objekktifnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Mohamad Fazli bin Mohamad Ster selaku Penyelaras Program dan semua guru-guru, ppm dan pelajar PPKI SMK SERI TASIK yang sentiasa menyokong dan memberi kerjasama sepanjang melaksanakan program. JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUAN YANG MENJAYAKAN PROGRAM!!!

Friday 4 May 2012

MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA GURU PELATIH

Pada hari ini satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan dua orang guru pelatih yang telah berjaya menamatkan latihan mengajar mereka di PPKI SMK SERI TASIK. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dayang Nur Hadziah binti Awang Saufi dan Siti Wan Aminah bt. Wan Nordin kerana banyak membantu dan memberi kerjasama semasa menjalani latihan mengajar di PPKI SMK SERI TASIK. Tidak ketinggalan terima kasih diucapkan kepada Cik Besira Bibi yang bertindak sebagai Guru Pembimbing. Terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan  guru dan pembantu pengurusan murid yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan majlis ini.Tahniah kepada  Pn. Rosmi kerana menyediakan makanan yang sedap kepada kami semua.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PPKI

Latihan Dalam Perkhidmatan untuk guru PPKI telah berjaya dilaksanakan pada hari Khamis  bertarikh 3 Mei 2012 bertempat di Perpustaakan Mini PPKI SMK SERI TASIK. LDP ini dikendalikan oleh 2 orang guru yang sedang menjalani praktikum di PPKI SMK SERI TASIK.Slot pertama disampaikan oleh Dayang Nur Hadziah binti Awang Saufi iaitu tentang OCCUPATIONAL THERAPHY dan STRESS MANAGEMENT.Slot kedua diteruskan oleh Siti Wan Aminah bt. Wan Nordin iaitu tentang BEHAVIORIAL MODIFICATION.Ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua guru pelatih ini kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi semasa berada di Cardif University dan Bangor University. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua guru dan pembantu pengurusan murid yang sentiasa memberi sokongan bagi menjayakan LDP pada kali ini.

Tuesday 1 May 2012

HARI USAHAWAN SMK SERI TASIK

            Hari Usahawan SMK Seri Tasik telah berjaya dijalankan pada 28 April 2012 (Sabtu). PPKI juga turut menyertai dengan membuat jualan makanan 'nasi campur' dan minuman (Tau Fu Fa, Air Soya dan Air Asam Boi) pada hari tersebut. PPKI juga mengambil kesempatan ini berterima kasih kepada ibu bapa yang memberi sumbangan secara tunai dan bahan mentah dalam penyediaan jualan makanan ini. Dengan adanya sokongan dan kerjasama dari ibu bapa, guru-guru dan PPM dapat menyediakan pelbagai jenis lauk-puak yang enak untuk jualan ini. PPKI juga ingin berterima kasih banyak-banyak dan gembira kerana mendapat sambutan dan sokongan dari semua guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa dengan menbeli makanan 'nasi campur' dan minuman pada hari tersebut.
            Berharap sokongan dan kerjasama dari semua pihak dapat diteruskan dan ditingkatkan pada masa yang akan datang demi kebaikan pelajar-pelajar PPKI!