Friday 24 October 2014

PROGRAM TRANSISI KERJAYA JUN - SEPTEMBER

Program Transisi Kerjaya telah disambung lagi dari bulan Mei sehingga September. Aktiviti ini dijalankan dengan jayanya pada hari Khamis bermula jam 10 pagi sehingga 12.30 tengah hari, Aktiviti ini sangat menunjukkan kerjasama antara pelajar dan guru. Program ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat masing-masing dalam aktviti yang dijalankan. Semoga Program Transisi Kerjaya ini akan tetap dijalankan pada tahun-tahun akan datang.

14 OGOS 2014

21 OGOS 2014


11 SEPTEMBER 2014



Wednesday 1 October 2014

MAJLIS MERAIKAN CIKGU YUS (MOHD YUSAINI BIN YAACOB)

Pada 25 September telah diadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan pertukaran seorang guru yang sangat berdedikasi dan disanjungi oleh pelajar-pelajar dan guru SMK Seri Tasik iaitu En. Mohd Yusaini bin Yaacob atau lebih dikenali sebagai Cikgu Yus. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelaras di SMK Segambut. Perpindahan beliau amat dirasai oleh semua warga PPKI sekolah. Tahniah di atas kenaikan pangkat ke sana bagi menyambung tugas sebagai pendidik dan menggalas tanggungjawab baru. Semoga Cikgu Yus diberi kesihatan yang baik dan terus berjaya menjadi pendidik yang disegani.



Tuesday 30 September 2014

PROGRAM TERAPI BERKUDA

Pada 24 September 2014, PPKI berpeluang mengikuti terapi berkuda yang dijalankan di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pelajar berpeluang menaiki kuda dengan diiringi oleh jurulatih berkuda yang berada di situ. Selain itu, pelajar dan guru juga turut berpeluang menaiki kereta kuda yang disediakan di situ.


PROGRAM TERAPI RENANG

Pada 22 September 2014, PPKI berpeluang mengikuti terapi renang yang dijalankan di Kolam Renang DBKL (Bandar Tun Razak). Pelajar-pelajar yang mengikuti terapi ini dapat mempelajari sedikit ilmu berenang yang diajar oleh pengajar renang di situ.


Tuesday 2 September 2014

PROGRAM FISIOTERAPI

Pada 28 Ogos 2014, PPKI SMK Seri Tasik telah menjalankan aktiviti fisioterapi. Program ini diadakan di Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Aktiviti dimulakan dengan menjalankan aktiviti memanaskan badan iaitu senamrobik yang dikendalikan oleh Pn. Nur Ain bersama Cik Siti Mariam. Kemudian pelajar berjalan di atas batu refleksologi. Aktiviti berjalan kaki di atas batuan refleksologi sangat bagus untuk pelajar-pelajar pendidikan khas. Aktiviti seterusnya ialah berjogging di sekitar kawasan taman. Aktiviti terakhir ialah sukaneka. Setelah selesai, semua guru dan pelajar ke Tesco Taman Midah untuk mobiliti dan menjamu selera. 


Friday 15 August 2014

LAWATAN KE ZOO NEGARA

Pada 12 Ogos yang lepas, PPKI telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara yang terletak di Kuala Lumpur. Perjalanan ke Zoo Negara adalah dengan menaiki bas. Kami bertolak dari sekolah pada jam 8.00 pagi dan lawatan berakhir pada jam 1.00 petang.

Selain dapat melihat haiwan-haiwan yang ada di situ, kami juga berpeluang melihat sendiri panda yang telah didatangkan dari Negara China. Ianya sungguh menarik dan menambah ilmu pengetahuan pelajar dan guru yang menyertai lawatan tersebut.


Friday 8 August 2014

Program Ihya Ramadhan dan Program Bubur Lambuk

Sepanjang bulan Ramadhan bermula 7 Julai hingga 24 Julai 2014, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Program Ihya Ramadhan. Pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan antaranya pertandingan tulisan khat, pertandingan melukis gambar masjid dan pertandingan nasyid. Sepanjang bulan Ramadhan juga guru-guru PPKI menyampaikan tazkirah kepada pelajar-pelajar Islam di surau SMK Seri Tasik semasa waktu rehat. Selain itu, projek membuat kuih raya iaitu Biskut Popia Nestum juga dijalankan untuk diberi kepada setiap pelajar. Selain projek membuat kuih raya, projek memasak juadah berbuka juga dijalankan. Antara menu yang dimasak ialah kuih popia goreng dan kek coklat. Pada tahun ini, satu lagi aktiviti tambahan yang telah dijalankan iaitu jualan amal. Jualan amal ini dijalankan dengan menjual baju, kasut, dan juga tudung terpakai dari guru-guru dan ibu bapa.




Selain itu, pelajar dan guru berkerjasama menyiapkan sampul duit raya yang juga akan dijual kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah.Program memasak bubur lambuk juga dijalankan dengan kerjasama Masjid Al-Najihin. Aktiviti terakhir dalam Program Ihya Ramadhan merupakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya yang disempurnakan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh Siti Liah Binti Che Muda.




Tuesday 1 July 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR 2014

Pada 27 Jun 2014 warga PPKI SMK Seri Tasik telah diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Lahir. Majlis ini diadakan di Bilik Hujrah Tasik 2 SMK Seri Tasik. Pelajar-pelajar, guru-guru dan PPM yang lahir pada bulan Januari hingga Disember diraikan dengan acara memotong kek dan penyampaian hadiah. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh. Siti Liah Binti Che Muda.



Tuesday 6 May 2014

HARI USAHAWAN SMK SERI TASIK 2014

     Selesai sudah Hari Usahawan SMK Seri Tasik bagi seisi 2014. Program ini telah diadakan pada 26 April 2014 di perkarangan sekolah. Jualan bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.
     Sambutan yang diberikan sangat membanggakan sekolah. Hasil jualan ini akan dikumpulkan dan dijadikan dana sekolah. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak juga sangat memuaskan hati semua.
Jom nikmati beberapa gambar sepanjang Hari Usahawan diadakan.......


Thursday 1 May 2014

PROGRAM KH TRANSISI KERJAYA FEBRUARI - MEI

        Setelah berlalunya perasmian KH Transisi Kerjaya pada 28 Januari 2014 yang lepas, aktiviti KH Transisi Kerjaya terus dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh guru-guru dan pelajar-pelajar PPKI.
Alhamdulillah program ini telah berjaya dijalankan oleh untuk 3 kali iaitu bermula dari Februari sehingga April.

20 Februari 2014

27 Februari 2014



3 April 2014

15 Mei 2014




Friday 25 April 2014

Lawatan ke Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua...

Seronok sungguh melihat gambar-gambar rombongan PPKI ke Pulau Pinang yang telah diadakan pada 22 hingga 24 April 2014. Berbagai tempat yang telah mereka lawati sepanjang berada di sana. 

Jomlah nikmati gambar-gambar ketika mereka berada di sana.....

Monday 21 April 2014

MINGGU AKADEMIK

Pada 8 hingga 11 April 2014, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Minggu Akademik. Sebanyak 6 panitia iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik, Panitia Sains, Panitia Pendidikan Seni dan Panitia Pendidikan Muzik telah mengadakan pelbagai aktiviti. Setiap panitia menyediakan aktiviti untuk 3 aras kategori murid iaitu aras tinggi, aras sederhana dan aras rendah.Oleh itu, semua pelajar terlibat dengan aktiviti yang dijalankan tanpa sebarang pengecualian. Semua guru, PPM dan pelajar telah menunjukkan kerjasama yang sangat baik. Pada 15 April pula diadakan majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang Minggu Akademik.


Saturday 22 March 2014

Kem Transformasi Minda

Pada 19 hingga 21 Mac 2014 yang lepas, PPKI telah menganjurkan Kem Transformasi Kendiri yang telah diadakan di perkarangan sekolah, Program ini diketuai oleh Cikgu Abdul Fatah Fahmi bin Abd Rahman dan dibantu oleh guru-guru praktikal dan guru-guru PPKI yang lain. Ianya diadakan selama 3 hari dan bermalam di dalam sekolah. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar PPKI.
     Kem Transformasi Minda ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama serta sambutan yang menggalakkan. Semoga program seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Tuesday 18 March 2014

Lawatan ke Farm in the City

    Seramai 26 pelajar, 8 orang ibu bapa dan 6 orang guru PPKI telah mengikuti lawatan ke Farm in the City pada 13 Mac yang lepas yang téletak di Seri Kembangan, Selangor. Lawatan ini bertolak pada jam 8.15 pagi selepas rombongan menimati sarapan pagi di kantin sekolah. Pelajar berpeluang melihat sendiri dan berpeluang memberi makanan kepada haiwan-haiwan yang terdapat di situ. Pengalaman yang mereka perolehi sangat berharga kerana berpeluang menyentuh dan menikmati sendiri tindak balas haiwan kepada manusia.
   Semoga tahun hadapan dan tahun seterusnya akan turut diadakan lawatan seperti ini.

Thursday 13 March 2014

MAJLIS PERASMIAN PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK MALAYSIA

     Bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana telah dijemput untuk bersama-sama meraikan perasmian Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
     Majlis berlangsung pada 6 Mac 2014 iaitu hari Khamis. Ianya bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam12.00 tengahari. Majlis ini turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin dan penaung Majlis Paralimpik Malaysia, Y.A.Bhg Tun Jeane Abdullah serta suaminya Tun Abdullah Badawi. Y.A.Bhg Tun Jeaane Abdullah juga turut menyempurnakan majlis tersebut dengan merasmikan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia.


Wednesday 5 March 2014

MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN PPKI (BAKEB)

   Mesyuarat BAKEB telah diadakan pada 1 Mac 2014 bertempat di Bilik Hujrah Tasik 2, SMK Seri Tasik. Seramai 28 orang ibu bapa atau penjaga yang telah hadir pada mesyurat tersebut. Mesyuarat bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Mesyuarat telah berjalan lancar dan pelantikan ahli jawatankuasa mendapat maklumbalas dan persetujuan sebulat suara dari semua ahli BAKEB.

Senarai AJK BAKEB 2014 :

Penasihat  : Pn. Hjh. Siti Liah binti Che Muda (Pengetua)
Penolong Kanan PPKI  : En. Rosli bin Omar
Pengerusi  : Pn. Morina binti Abdullah
Naib Pengerusi  : Pn. Hjh Razana Aini binti Ali Dawam
Setiausaha  : Pn. Noraini binti Sibaruddin
Bendahari / Juruaudit Guru: Pn. Norhayati binti Shamsuddin
AJK Kerja Guru  : 
1. Pn. Syazni Afiza binti Mohamad Daud
2. Pn. Nur Ain binti Mat Hassan
3. En. Abdul Fatah Fahmi bin Abdul Rahman
AJK Kerja Ibu Bapa  :
1. Pn. Jariyati binti Jahri
2. Pn. Low Kum Mooi
3. Pn.Zaiton Abu Bakar
4. En. Yakcop bin Hj. Jantan
AJK Kerja PPM  :
Pn. Nordalila binti Hassan

    Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjalankan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan PPKI kali ke-6 di SMK Seri Tasik.

Saturday 22 February 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK SERI TASIK

   Kejohanan Merentas Desa SMK Seri Tasik telah berlangsung pada 22 Februari 2014 di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 23 oarang pelajar PPKI terlibat mengikuti kejohanan ini. Kejohanan ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
   Acara dimulakan dengan taklimat serta aktiviti memanaskan badan dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah. Antara pelajar yang memenangi kejohanan tersebut ialah :

   Kategori Lelaki :
  1. Mohd Syafiq Aziz
  2. Nabil Sharafuddin
  3. Iman Assraf
  Kategori Perempuan :
  1. Nor Nabilah Jamil
  2. Nadzirah Rodzi
  3. Nor Haslinda  


Tahniah diucapkan kepada para pemenang Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini. Bagi yang belum memenanginya, bolehlah terus memcuba pada tahun hadapan...

Monday 17 February 2014

PROGRAM KECERGASAN BERSAMA PUSAT KOKURIKULUM KUALA LUMPUR

   Pada 13 Februari yang lepas, PPKI telah menjalankan Program Kecergasan di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur dan Tasik Titiwangsa. Program ini mendapat sokongan daripada Pusat Kokurikulum dalam menjalankan aktiviti-aktiviti ketika berada di sana. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senaman aerobik, berbasikal dan beriadah di Tasik Titiwangsa. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Wednesday 12 February 2014

PELANCARAN MENTOR MENTEE

Program Mentor Mentee PPKI telah pun dilancarkan pada 10 Februari hari Isnin di Dataran Gemilang SMK Seri Tasik. Ianya dilancarkan pada jam 8.00 pagi.
        Selain itu, penyampaian hadiah bagi kelas terbersih dan personaliti cemerlang Januari juga turut diadakan. Kelas terbersih telah dimenangi oleh kelas Cempaka. Manakala personaliti cemerlang pula ialah Nadhirah Abu Bakar.


Tuesday 4 February 2014

Pelancaran Program Transisi Kerjaya

 
 Pada 28 Januari 2014, PPKI telah melancarkan Program Transisi Kerjaya PPKI yang akan dijalankan sepanjang tahun 2014. Program ini telah dilancarkan oleh Pengetua sekolah, Pn, Hjh Siti Liah binti Che Muda. Antara program transisi yang akan dijalankan ialah mencuci kereta, perternakan, perkebunan, masakan, keusahawanan dan membuka kopitiam.


Wednesday 29 January 2014

APA ITU VLE FROG??

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE(Virtual Learning Environment) ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu!  

Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang VLE Frog, anda boleh menontot video berikut



untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh melayari laman web vle Frog Asia di http://www.frogasia.com/v3/

PANDUAN RINGKAS  LOG IN VLE FROG

  1. buka google Chrome ( Vle Frog hanya berfungsi dengan lancar menggunakan browser Google Chrome. Sekiranya anda tidak mempunyai Google Chrome, anda boleh download di sini) , 
  2. taipkan Yes 4G dan klik pada laman web Yes 4G.(http://www.yes.my/v3/index.do)
  3. Klik butang 1BestariNet ( terletak di bahagian atas paling kiri)
  4. Klik gambar log in yang terletak di sebelah kanan. Anda juga boleh terus login dengan menekan gambar di sebelah.    
  5. Taipkan Yes ID anda dan Password. Tekan butang Log in.
  6. Bagi pengguna yang baru log in kali pertama, sistem akan meminta anda menaip 'activation code' yang diberi.
  7. Klik menu My Frog VLE yang terdapat pada sebelah atas paling kiri atau pada quicklinks di sebelah kanan.
  8. Anda akan terus di bawa masuk ke Dashboard personal anda. Selamat mencuba.

Monday 27 January 2014

BOLING KALI PERTAMA 2014

   Pada 23 Januari 2014 yang lepas telah diadakan Program Mobiliti dan Bolingdi Cosmic Bowl, Midvalley. Pelajar dan guru bertolak dari sekolah pada jam 8.30 pagi ke Cosmic Bowl, Mid Valley, program berakhir pada jam 12 tengahari dan tiba di sekolah pada jam 1.00 petang.





Monday 13 January 2014

Minggu Orientasi 2014

             Pada 6 hingga 10 Januari telah berlangsung orientasi PPKI. Seramai 15 orang murid baru telah berdaftar di SMK Seri Tasik. Kini terdapat 97 orang murid, 17 orang guru dan 65orang PPM di PPKI. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah, Solat Dhuha, Jelajah 1 Sekolah, Pertandingan Karaoke, Gotong-royong, Ujian Diagnostik dan Majlis Penutup.

Thursday 2 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Selamat Tahun Baru kepada semua warga PPKI dan semua pembaca blog ini..
Semoga tahun ini memberi lebih semangat dan kerjasama kepada warga PPKI untuk terus menjayakan pelbagai program-program yang menarik.

Tahun Baru 
Harapan Baru
Semangat Baru..

SELAMAT TAHUN BARU 2014..