Monday 26 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN 2012

         Pada 31 Oktober yang lepas telah berlangsung Jamuan Akhir Tahun 2012 di Restoran Coffe Box, Cheras. Majlis berlangsung dengan sangat meriah dengan kehadiran seramai 125 orang ibu bapa, murid, guru dan ppm. Tetamu jemputan adalah Pengerusi BAKEB, Pn. Rosnah Awang dan ahli keluarga mantan Pengetua Cemerlang, Pn. Hjh. Razana 'Aini Ali Dawam. Acara yang dijalankan adalah persembahan pelajar, penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar, penyampaian Cenderahati Jasamu Dikenang, Cabutan Bertuah dan beberapa lagi anugerah untuk guru dan ppm. Pada hari yang sama juga ppki turut membuat majlis sambutan Hari Lahir untuk Pn. Razana 'Aini.

 

PERTANDINGAN AKHIR BOLING 2012

        Pada 30 Oktober yang lepas telah  berlangsung Pertandingan Akhir Boling 2012 di Cosmic Bowl, Mid Valley. Pertandingan ini diadakan untuk memberi semangat dan memupuk minat pelajar dengan sukan boling. Semasa hari pertandingan ppki telah mendapat sumbangan sarapan pagi dan hamper daripada pihak TESCO. Selain itu, bayaran masuk ke Cosmic Bowl juga telah ditaja oleh ibu bapa pelajar iaitu Mohd Haziq. Pihak Cosmic Bowl juga telah memberi vaucer untuk bermain boling bagi para pemenang. Lebih memeriahkan pertandingan adalah sambutan hari lahir salah seorang pelajar, Hairul Haris.

 

Wednesday 17 October 2012

LAPORAN SEMINAR PENDEDAHAN KERJAYA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS & IBU BAPA

    Pada 13 Oktober yang lalu telah berlangsung Seminar Pendedahan Kerjaya Pelajar Pendidikan Khas & Ibu bapa. Seminar ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ibu bapa bagaimana dan di mana untuk mendapatkan peluang menyambung pelajaran ke peringkat kemahiran lanjutan dan latihan bekerja bagi anak-anak mereka selepas tamat persekolahan. Ceramah telah disampaikan oleh wakil  khusus daripada PLPP, Giat Mara, JKM dan PDK. Seminar ini mendapat sambutan yang di luar jangkaan dan mendapat  sokongan daripada ibu bapa dan mereka amat gembira kerana tidak perlu risau lagi tentang kerjaya dan masa depan anak mereka.

KARNIVAL KESENIAN PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2012

     Sukacita dimaklumkan  6 orang pelajar dan 2 orang guru/ppm  PPKI SMK Seri Tasik  telah dipilih untuk mewakili Kontinjen WPKL ke Karnival Kesenian Pendidikan Khas di Langkawi, Kedah.  Pertandingan tarian 1 Malaysia berlangsung  sengit dengan persembahan dari semua negeri. Pasukan tarian 1 Malaysia WPKL juga telah memberi persembahan yang terbaik namun kita hanya mendapat hadiah saguhati.
     Walau pun begitu kami  para guru di PPKI amat berbangga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan komited dengan tugasan mereka. Semasa di sana  para peserta dan guru telah  mengikuti semua program yang telah dirancang oleh pihak pengelola. Ucapan tahniah dan syabas kepada para pelajar dan guru-guru yang telah terlibat dalam program tersebut.

Tuesday 9 October 2012

JEMPUTAN KE SEMINAR PENDEDAHAN KERJAYA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS & IBU BAPA

           Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)  akan menganjurkan Seminar Pendedahan Kerjaya kepada pelajar pendidikan khas dan ibu bapa pada 13 Oktober 2012 (Sabtu). Semua pelajar dan ibu bapa dijemput hadir untuk mendengar maklumat terkini mengenai pendidikan khas dan kerjaya pelajar selepas tamat persekolahan nanti. Pelbagai agensi telah dijemput untuk memberi ceramah dan juga mengadakan pameran.

ATURCARA PROGRAM

MASA                            PROGRAM
7.45 pagi                      -    Pendaftaran Ibu bapa dan tetamu jemputan
8.30 pagi                      -    Taklimat EMK
9.00 pagi                      -    Bacaan Doa
                                          Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Badan Kebajikan PPKI
                                          Pn. Rosnah bt. Awang
                                          Ucapan perasmian oleh YDP PIBG
                                          Tuan Haji Rosli b. Bahari
9.30 pagi                      -    Ceramah 1 (JKM)
10.00 pagi                    -    Kudapan
10.30 pagi                    -    Ceramah 2 (PLPP)
11.30 pagi                    -    Ceramah 3 (Giat Mara)
12.00 tengah hari         -    Sesi Soaljawab
12.30 tengah hari         -    Bersurai

Monday 8 October 2012

HARI KELUARGA & MAJLIS HARI LAHIR

       Pada 4 Oktober  2012 yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan Hari Keluarga dan Majlis Hari Lahir warga PPKI di Wet Water World di Taman Tasik Shah Alam , Selangor. Murid-murid pendidikan khas sangat seronok dengan pelbagai permainan air yang terdapat di sana. Warga PPKI juga mengiucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua kerana sudi hadir ke program tersebut. Dalam program ini seramai 44 orang murid yang menyambut hari lahir pada bulan Jun hingga December telah diraikan dengan meriah sekali.

KEM MOTIVASI & KEPIMPINAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

      Pada 28 September hingga 1 Oktober 2012 telah berlangsung Kem Motivasi dan Kepimpinan di Kem Air Paabas, Melaka. Seramai 3 orang murid ppki SMK Seri Tasik telah terpilih untuk menyertai kem tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem tersebut adalah Latihan Dalam Kumpulan, Melawat Bandaraya Melaka, Malam Kebudayaan, Flying Fox dan aktiviti rintangan. Salah seorang murid Nurul Nabila Jamil telah terpilih menjadi Tokoh Mithali Berani kerana telah menunjukkan keberanian semasa tali flying fox terhenti di tengah-tengah. 

 

MAJLIS PERPISAHAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID EN HAIRONIZAM

       Pada 28 September yang lepas telah diadakan Majlis Perpisahan Pembantu Pengurusan Murid iaitu En Haironizam. Beliau sangat disayangi murid-murid dan disenangi oleh guru-guru. Perpindahan beliau amat dirasai seluruh warga PPKI. Beliau berpindah ke sekolah di daerah Kuala Lipis. Semoga maju jaya diucapkan kepada En. Haironizam.


KARNIVAL USAHAWAN PENDIDIKAN KHAS 2012

   Pada 26 September yang lalu, telah belangsung Karnival Usahawan Pendidikan Khas di Taman Tasik Titiwangsa. Tetamu Kehormat adalah Menteri Wilayah Persekutuan, YBM Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. PPKI SMK Seri Tasik telah mengambil bahagian dalam gerai jualan, pertandingan kebudayaan dan pertandingan mewarna batik. Bagi pertandingan kebudayaan ppki telah mendapat tempat ketiga. Bagi gerai jualan pula, ppki mendapat tempat ketiga Anugerah Gerai Paling Aktif dan Produktif serta tempat ketiga Anugerah Gerai Paling Ramai Penyertaan Pelajar.

Monday 1 October 2012

KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN

        Pada 13 - 16 September seramai 6 orang pelajar ppki SMK Seri Tasik telah menyertai Karnival Permainan di Terengganu. Antara acara yang disertai adalah bowling, futsal dan bola jaring. 

 

Thursday 20 September 2012

SAMBUTAN HARI RAYA 2012

           Sambutan Hari Raya pada tahun ini telah dijalankan pada 7 September 2012 bersamaan dengan 20 Syawal. Majlis diadakan di Bilik Hujrah Tasik 2 dan dihadiri oleh Datuk Syed Abdul Rahman Al Habshi. Beliau telah menyampaikan duit raya kepada murid PPKI yang hadir pada majlis tersebut. Murid juga membawa kuih raya masing-masing untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Murid yatim piatu dan miskin juga mendapat sumbangan Hari Raya.

Sunday 5 August 2012

Program Gotong royong Memasak Bubur Lambuk

Pada 2 Ogos 2012 yang lalu telah diadakan Program Gotong royong memasak bubur lambuk anjuran Masjid Al Najihin bersama SMK Seri Tasik. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Pelajar PPKI SMK Seri Tasik telah terlibat sama membersihkan bahagian dalam masjid dan memasak bubur lambuk bersama-sama pelajar arus perdana , guru-guru , ibubapa dan ajk masjid. Pihak sekolah juga telah menyumbangkan beras untuk program tersebut hasil sumbangan warga SMK Seri Tasik.

Program gotong royong memasak bubur lambuk telah dihadiri oleh Penaung
Masjid Al Najihin Yg Bhg Datuk Syed Abdul Rahman Al Habshi . Beliau sempat
beramah mesra bersama semua pelajar yang terlibat dan berharap program ini
dapat diteruskan pada setiap bulan Ramadhan. Di akhir program Yg Bhg Datuk sudi menyampaikan bungkusan bubur lambuk kepada semua pelajar yang terlibat. Terima kasih kepada Yg Bhg Datuk dan Ustaz Aziz Mohamed Ketua Imam Masjid Al Najihin yang telah memberikan kerjasama sehingga program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

















Program Ihya Ramadhan PPKI

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini PPKI SMK Seri Tasik telah menganjurkan Program Ihya Ramadhan PPKI 2012. Pengisian program termasuklah aktiviti di surau iaitu  amali wuduk, solat dhuha dan tazkirah , hasilan kraftangan seperti sampul duit raya, bekas kuih dan ketupat perhiasan. Selain itu diadakan juga pertandingan hafazan , sajak dan pertandingan nasyid antara kelas.

PPKI SMK Seri Tasik juga menerima sumbangan kurma dari Syarikat Yusuf Taiyoob yang mana telah diagih-agihkan kepada semua warga SMK Seri Tasik. Pn. Hjh Siti Khalijah binti Hj. Isa Pengetua SMK Seri Tasik telah menyampaikan sumbangan kurma kepada semua wakil pelajar.










Monday 16 July 2012

LAPORAN MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2012

HARI PERTAMA

Program bermula dengan pelancaran Minggu Pendidikan Khas 2012 oleh Pn. Hjh Siti Khalijah binti Hj. Isa, Pengetua SMK Seri Tasik semasa perhimpunan pagi di Dataran Gemilang.  Pengisian program pertama ialah aktiviti  abseiling bersama pasukan bomba , cuba lihat pelajar-pelajar PPKI melakukan aktiviti tersebut , ucapan syabas untuk mereka.


HARI KEDUA

       Program MPK diteruskan dengan Acara 1Murid 1Sukan iaitu senamrobik 
se Malaysia yang diadakan di Dataran sekolah yang turut dihadiri oleh murid-murid dari sekolah lain. Selepas itu bermula pula pertandingan Futsal jemputan yang dimulakan dengan sepakan penalti oleh Pn. Hjh Khalijah Binti Hj. Isa sebagai simbolik perasmian.

Sebanyak 8 pasukan futsal telah menyertai pertandingan tersebut iaitu SMK Danau Kota, SMK Bandar Baru Sentul, SMK Yaacob Latif, SMK Bangsar, SMK Alam Damai, SMK Taman Yarl, SMK Seksyen 5 WM dan tuan rumah SMK Seri Tasik. Terima kasih kepada semua sekolah yang sudi menyertai jemputan kami. 



HARI KETIGA

      Hari kemuncak MPK 2012 ialah  Majlis Perasmian oleh Yg Bhg Dato' Hj. Khairil bin Awang Pengarah Pelajaran JPNWP yang sudi hadir di saat-saat akhir perkhidmatan beliau di JPNWP kerana dilantik menjawat Pengarah di Institut Aminuddin Baki.
       Ini juga satu sejarah kepada warga SMK Seri Tasik juga warga pendidikan khas julung-julung kalinya Program Minggu Pendidikan Khas dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Kehadiran Pengarah Pelajaran merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada semua Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
       Pengisian program MPK diteruskan dengan pertandingan akhir Futsal , klinik dan pertandingan memanah, riding basikal , pameran dari beberapa agensi dan  jualan amal
Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh pengetua SMK Seri Tasik. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua sekolah yang sudi hadirdan memberi sokongan pada hari ini.



HARI KEEMPAT

    Pengisian program hari ini ialah acara sukaneka tradisional, permainan dalaman, pertandingan mewarna  dan menghias/dekorasi kek yang terbuka pernyertaannya
kepada para pelajar , ibubapa dan guru.



HARI KELIMA

     Minggu Pendidikan Khas 2012 telah sampai ke penghujung. Majlis penutup disempurnakan oleh Pn. Hjh Khalijah binti Hj. Isa , pengetua SMK Seri Tasik , turut diadakan penyampaian hadiah untuk acara-acara yang telah dijalankan.
     Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan dan  kerjasama kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Minggu Pendidikan Khas 2012.

Monday 2 July 2012

Jemputan Minggu Pendidikan Khas 2012

          Sukacita dimaklumkan PPKI SMK Seri Tasik akan mengadakan Minggu Pendidikan Khas (MPK) 2012. Program MPK ini merupakan program tahunan dan pelbagai aktiviti telah dirancang sebagai pengisian yang diharap dapat mencapai matlamat dan objektif Menjana Kecemerlangan Modal Insan Istimewa. Semua warga pendidikan khas dijemput untuk hadir dan mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan  yang diadakan.

         PPKI SMK Seri Tasik juga amat berbesar hati dengan sokongan penuh semua pihak guru dan pentadbir khususnya Puan Pengetua SMK Seri Tasik yang bersetuju menjemput Dato' Pengarah Pelajaran sendiri untuk merasmikan Minggu Pendidikan Khas 2012 ini. Butiran tentatif adalah seperti berikut:
TENTATIF PROGRAM

 
TARIKH/HARI
AKTIVITI/PROGRAM
MASA
SASARAN
9 JULAI 2012
ISNIN
 
- Majlis Pelancaran
  Minggu Pendidikan Khas.
7.20 pagi – 8.30 pagi
Semua pelajar
guru, PPM
Ibu bapa
- Pertandingan mewarna/
  mengecop batik
- Gotong - royong PPKI
9.00 pagi – 12.30 tgh
10 JULAI 2012
SELASA
- Pelancaran Senamrobik
  1M1S Se Malaysia 
7.20 pagi – 9.30 pagi
Semua pelajar
- Pertandingan Futsal terbuka
- Pertandingan Permainan
  Dalaman
- Jualan Amal
10.00 pagi – 12.30 tgh
11 JULAI 2012
RABU
- Majlis Perasmian MPK
- Pemeriksaan Perbarisan
- Persembahan Pelajar PPKI &
  Gamelan sekolah.
- Pameran –PDK, Cheshire,
   NGO-NGO lain
- Lawatan ke Program Transisi
- Jualan Amal
 
8.00 pagi – 9.30 pagi
Semua pelajar
guru, PPM
Ibu bapa
- Final Futsal
- Pertandingan Memanah
   terbuka
- Laporan video
10.00 pagi – 12.30 tgh
12 JULAI 2012
KHAMIS
- Sukaneka tradisional
- Jualan Amal
8.00 pagi – 9.30 pagi
Semua pelajar
guru, PPM
Ibu bapa
- Pertandingan dekorasi kek
  Terbuka untuk Guru/PPM/Ibu
  dan pelajar
9.00 pagi – 12.30 tgh
13 JULAI 2012
JUMAAT
 
- Majlis Penutup
- Penyampaian Hadiah
7.20 pagi – 8.30 pagi
Semua pelajar
- Persembahan Boneka DBP
- Tayangan Video
10.00 pagi – 12.30 tgh
                                            

Selamat datang kepada semua warga pendidikan khas dan harapan kami program ini dapat berjalan dengan lancar dan cemerlang.



Wednesday 30 May 2012

MAJLIS PERPISAHAN GURU PPKI


Tanhiah diucapkan kepada 2 orang guru PPKI yang telah telah mendapat mendapat penempatan di negeri yang dipohon  iaitu En. Ahmar Tarmizi bin Che Mat yang bertukar ke SMK CHERANG KUKU, KELANTAN dan Pn. Siti Fatimah bt Ahmad ke SMK TENGKU SULEIMAN, PERLIS. Semoga dua orang guru ini tidak akan melupai detik-detik dan kenangan manis sepanjang berada di SMK SERI TASIK. SELAMAT BERKHIDMAT DI TEMPAT BARU.

LAPORAN LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS


Pada 21 Mei hingga 23 Mei 2012 yang lalu, sekali lagi PPKI SMK SERI TASIK menganjurkan Program Pendidikan Luar ke Cameron Highlands, Pahang. Seramai  32 orang pelajar, 11 orang guru dan 3 orang pembantu pengurusan murid telah mengikuti program ini. Para peserta telah bertolak seawal pagi iaitu pada pukul 8.00 pagi dan sampai di tempat penginapan (Hotel Regency) pada pukul 12.00 tengah hari.
Sepanjang 3 hari berada Di Cameron Highlands, para peserta  tidak melepaskan peluang  untuk melawat  pelbagai tempat yang menarik. Pada hari pertama bertarikh 21 Mei 2012, para peserta telah melawat TAMAN LEBAH dan TAMAN RAMA-RAMA. Pada sebelah malamnya pula para pelajar menjalani aktiviti LDK iaitu aktiviti menyampaikan pesanan.
Pada Hari Kedua iaitu 22 Mei 2012, para peserta berpeluang menjalankan aktivti bersama pihak MARDI. Di MARDI para peserta telah mengunjungi TAMAN ANGGUR, TAMAN DAPUR,LADANG CONTOH TANAMAN STRAWBERI,LAMAN BUNGA dan TAMAN ROS (ROSE GARDEN). Saat-saat yang paling dinantikan oleh semua para peserta ialah aktiviti memetik buah strawberi di STRAWBERY FARM. Pada sebelah malamnya para peserta sekali lagi menjalankan aktiviti LDK dan seterusya aktiviti makan strawberi dan coklat.
Pada hari ketiga bertarikh 23 Mei 2012 iaitu hari terakhir, para peserta tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Rose Valley dan  LADANG TEH BHARAT/BOH untuk melihat pemprosesan daun teh.Para peserta bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 2.00 petang dan tiba di perkarangan SMK SERI TASIK pada pukul 7.30 malam.
Sememangnya Program Pendidikan Luar Ke Cameron Hoghlands meninggalkan kenangan yang manis dan banyak pengalaman baru yang diperolehi oleh para pelajar PPKI terutamanya. Secara keseluruhannya program ini mencapai objekktifnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Mohamad Fazli bin Mohamad Ster selaku Penyelaras Program dan semua guru-guru, ppm dan pelajar PPKI SMK SERI TASIK yang sentiasa menyokong dan memberi kerjasama sepanjang melaksanakan program. JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUAN YANG MENJAYAKAN PROGRAM!!!

Friday 4 May 2012

MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA GURU PELATIH

Pada hari ini satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan dua orang guru pelatih yang telah berjaya menamatkan latihan mengajar mereka di PPKI SMK SERI TASIK. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dayang Nur Hadziah binti Awang Saufi dan Siti Wan Aminah bt. Wan Nordin kerana banyak membantu dan memberi kerjasama semasa menjalani latihan mengajar di PPKI SMK SERI TASIK. Tidak ketinggalan terima kasih diucapkan kepada Cik Besira Bibi yang bertindak sebagai Guru Pembimbing. Terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan  guru dan pembantu pengurusan murid yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan majlis ini.Tahniah kepada  Pn. Rosmi kerana menyediakan makanan yang sedap kepada kami semua.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PPKI

Latihan Dalam Perkhidmatan untuk guru PPKI telah berjaya dilaksanakan pada hari Khamis  bertarikh 3 Mei 2012 bertempat di Perpustaakan Mini PPKI SMK SERI TASIK. LDP ini dikendalikan oleh 2 orang guru yang sedang menjalani praktikum di PPKI SMK SERI TASIK.Slot pertama disampaikan oleh Dayang Nur Hadziah binti Awang Saufi iaitu tentang OCCUPATIONAL THERAPHY dan STRESS MANAGEMENT.Slot kedua diteruskan oleh Siti Wan Aminah bt. Wan Nordin iaitu tentang BEHAVIORIAL MODIFICATION.Ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua guru pelatih ini kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi semasa berada di Cardif University dan Bangor University. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua guru dan pembantu pengurusan murid yang sentiasa memberi sokongan bagi menjayakan LDP pada kali ini.

Tuesday 1 May 2012

HARI USAHAWAN SMK SERI TASIK

            Hari Usahawan SMK Seri Tasik telah berjaya dijalankan pada 28 April 2012 (Sabtu). PPKI juga turut menyertai dengan membuat jualan makanan 'nasi campur' dan minuman (Tau Fu Fa, Air Soya dan Air Asam Boi) pada hari tersebut. PPKI juga mengambil kesempatan ini berterima kasih kepada ibu bapa yang memberi sumbangan secara tunai dan bahan mentah dalam penyediaan jualan makanan ini. Dengan adanya sokongan dan kerjasama dari ibu bapa, guru-guru dan PPM dapat menyediakan pelbagai jenis lauk-puak yang enak untuk jualan ini. PPKI juga ingin berterima kasih banyak-banyak dan gembira kerana mendapat sambutan dan sokongan dari semua guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa dengan menbeli makanan 'nasi campur' dan minuman pada hari tersebut.
            Berharap sokongan dan kerjasama dari semua pihak dapat diteruskan dan ditingkatkan pada masa yang akan datang demi kebaikan pelajar-pelajar PPKI!



Wednesday 25 April 2012

LAWATAN KE SKYBRIDGE & AQUARIA KLCC

        Pada 17 April yang lalu murid PPKI telah membuat lawatan ke Skybridge dan Aquaria KLCC. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang suasana di bangunan tinggi dan hidupan di dalam lautan. Murid-murid sangat teruja kerana ini adalah pengalaman pertama mereka. Tiada apa yang lebih bermakna dari pengalaman yang diperolehi di sana.


FISIOTERAPI DI TASIK PERMAISURI

       Pada 12 april yang lalu murid PPKI telah menjalankan aktiviti fisioterapi di Taman Tasik Titiwangsa. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan murid-murid sangat gembira kerana dapat menjalankan aktiviti di luar kelas.

 

Friday 30 March 2012

PERKHEMAHAN PENGAKAP PULAU REDANG, TERENGGANU



MATLAMAT
Memberi pendedahan dan membantu pelajar-pelajar PPKI dalam mempertingkatkan pendidikan sosial dan alam sekitar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu juga, membentuk pelajar-pelajar PPKI untuk mengamalkan nilai-nilai murni dan sikap positif dalam menjalinkan hubungan sosial dengan rakan sebaya dan masyarakat luar di peringkat asas.

OBJEKTIF
A. Meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar PPKI dalam penerokaan serta interaksi dengan persekitaran luar.
B. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar PPKI untuk bersosialisasi dan berkomunikasi dengan masyarakat luar.
C.  Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk.
D. Menanam elemen keyakinan diri untuk persediaan hidup berdikari dalam menempuh kehidupan seharian.
E. Memupuk kecekapan sosial untuk memelihara perhubungan baik dengan orang lain serta satu keharmonian dalam diri sendiri.
F.  Memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat luar terhadap keperluan psikososial pelajar-pelajar PPKI.
G. Memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar PPKI berinteraksi serta melakukan aktiviti bebas dan terancang.

TENTATIF PROGRAM


MASA

AKTIVITI
AHAD (1 APRIL 2012)
9.30 mlm

:
Bertolak ke Terengganu Darul Iman
ISNIN (2 APRIL 2012)
8.00 pg – 10.00 pg
:
Daftar masuk ke Pusat Kokurikulum Pulau Redang
10.00 pg – 12.00 tgh hr
:
Taklimat,Ice breaking & pasang khemah
12.00 tgh hr – 2.00 ptg
:
Makan tengah hari & solat
2.00 ptg – 4.00 ptg
:
Water confident
4.00 ptg – 6.00 ptg
:
Jungle trekking
6.00 ptg – 7.00 ptg
:
Pertandingan membina istana pasir
7.00 ptg – 8.00 mlm
:
Urus diri, solat & makan malam
8.00 mlm – 10.30 mlm
:
Permainan burung hantu/night walking
10.30 mlm

:
Pelajar tidur/post mortem
SELASA (3 APRIL 2012)
6.00 pg – 7.00 pg
:
Urus diri, solat & tazkirah
7.00 pg – 8.30 pg
:
Senamrobik & sarapan pagi
8.30 pg – 11.30 pg
:
Island hopping (Marine Park)
12.30 tgh hr – 2.00 ptg
:
Urus diri, solat & makan tengah hari
2.30 ptg – 4.00 ptg
:
Island hopping (Lima Island – snorkeling)
4.00 ptg – 7.00 mlm
:
Long Beach Resort & shopping
7.00 mlm – 10.30 mlm
:
Persembahan kebudayaan & BBQ
10.30 mlm

:
Pelajar tidur/post mortem
RABU (4 APRIL 2012)
6.00 pg – 7.00 pg
:
Urus diri, solat & tazkirah
7.00 pg – 8.30 pg
:
Senamrobik & sarapan pagi
8.30 pg – 9.30 pg
:
Majlis penutup, penyampaian sijil & cenderamata
9.30 pg – 10.30 pg
:
Mengemas peralatan
10.30 pg – 12.00 tgh hr
:
Daftar keluar Pusat Kokurikulum, Pulau Redang
12.00 tgh hr – 9.00 mlm
:
Lawatan ke Kuala Terengganu
9.30 mlm – 8.00 pg (khamis)
:
Bertolak balik ke sekolah