Friday 30 March 2012

PERKHEMAHAN PENGAKAP PULAU REDANG, TERENGGANU



MATLAMAT
Memberi pendedahan dan membantu pelajar-pelajar PPKI dalam mempertingkatkan pendidikan sosial dan alam sekitar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu juga, membentuk pelajar-pelajar PPKI untuk mengamalkan nilai-nilai murni dan sikap positif dalam menjalinkan hubungan sosial dengan rakan sebaya dan masyarakat luar di peringkat asas.

OBJEKTIF
A. Meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar PPKI dalam penerokaan serta interaksi dengan persekitaran luar.
B. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar PPKI untuk bersosialisasi dan berkomunikasi dengan masyarakat luar.
C.  Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk.
D. Menanam elemen keyakinan diri untuk persediaan hidup berdikari dalam menempuh kehidupan seharian.
E. Memupuk kecekapan sosial untuk memelihara perhubungan baik dengan orang lain serta satu keharmonian dalam diri sendiri.
F.  Memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat luar terhadap keperluan psikososial pelajar-pelajar PPKI.
G. Memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar PPKI berinteraksi serta melakukan aktiviti bebas dan terancang.

TENTATIF PROGRAM


MASA

AKTIVITI
AHAD (1 APRIL 2012)
9.30 mlm

:
Bertolak ke Terengganu Darul Iman
ISNIN (2 APRIL 2012)
8.00 pg – 10.00 pg
:
Daftar masuk ke Pusat Kokurikulum Pulau Redang
10.00 pg – 12.00 tgh hr
:
Taklimat,Ice breaking & pasang khemah
12.00 tgh hr – 2.00 ptg
:
Makan tengah hari & solat
2.00 ptg – 4.00 ptg
:
Water confident
4.00 ptg – 6.00 ptg
:
Jungle trekking
6.00 ptg – 7.00 ptg
:
Pertandingan membina istana pasir
7.00 ptg – 8.00 mlm
:
Urus diri, solat & makan malam
8.00 mlm – 10.30 mlm
:
Permainan burung hantu/night walking
10.30 mlm

:
Pelajar tidur/post mortem
SELASA (3 APRIL 2012)
6.00 pg – 7.00 pg
:
Urus diri, solat & tazkirah
7.00 pg – 8.30 pg
:
Senamrobik & sarapan pagi
8.30 pg – 11.30 pg
:
Island hopping (Marine Park)
12.30 tgh hr – 2.00 ptg
:
Urus diri, solat & makan tengah hari
2.30 ptg – 4.00 ptg
:
Island hopping (Lima Island – snorkeling)
4.00 ptg – 7.00 mlm
:
Long Beach Resort & shopping
7.00 mlm – 10.30 mlm
:
Persembahan kebudayaan & BBQ
10.30 mlm

:
Pelajar tidur/post mortem
RABU (4 APRIL 2012)
6.00 pg – 7.00 pg
:
Urus diri, solat & tazkirah
7.00 pg – 8.30 pg
:
Senamrobik & sarapan pagi
8.30 pg – 9.30 pg
:
Majlis penutup, penyampaian sijil & cenderamata
9.30 pg – 10.30 pg
:
Mengemas peralatan
10.30 pg – 12.00 tgh hr
:
Daftar keluar Pusat Kokurikulum, Pulau Redang
12.00 tgh hr – 9.00 mlm
:
Lawatan ke Kuala Terengganu
9.30 mlm – 8.00 pg (khamis)
:
Bertolak balik ke sekolah

Saturday 24 March 2012

MINGGU KESIHATAN DAN KEBERSIHAN PPKI 2012

       Pada 26 hingga 30 Mac akan berlangsung Minggu Kesihatan dan Kebersihan PPKI di SMK Seri Tasik. Aturcara program adalah seperti berikut:

ISNIN (26 MAC 2012)

10.00 pagi – 12.30 tengah hari
:
Ceramah Kebersihan Gigi, Pameran 
dan Demonstrasi Gosok Gigi oleh
Pegawai Perubatan Klinik Gigi
Bandar Tun Razak
SELASA (27 MAC 2012)

10.00 pagi – 12.30 tengah hari
:
Pertandingan Mewarna dan 
Pertandingan 
Sudut Kesihatan di kelas PPKI
RABU (28 MAC 2012)

10.00 pagi – 12.30 tengah hari
:
Ceramah dan Pameran Kesihatan 
oleh
Dr. Anita bt. Sulong
Pegawai Perubatan PPUKM
KHAMIS (29 MAC 2012)

8.00 pagi – 9.00 pagi
:
Senamrobik oleh
Pn. Julaidah Ahmad & 
Guru Pelatih IPGIK
10.00 pagi – 12.30 tengah hari
:
Bengkel Senaman oleh
Pn. Julaidah Ahmad & 
Guru Pelatih IPGIK
JUMAAT (30 MAC 2012)

7.30 pagi – 9.00 pagi
 
:
Majlis Perasmian Penutup 
Minggu 
Kebersihan dan Kesihatan 
       

Ibu bapa dijemput hadir untuk mendengar ceramah kesihatan pada hari Rabu oleh Dr. Anita Sulong pada jam 10 pagi.

Wednesday 21 March 2012

AKTIVITI TERAPI BERENANG PPKI


Program aktiviti terapi berenang ini telah dimulakan pada 22 Mac 2012 di Kompleks Sukan Desa Tasik. Mengikut perancangan yang dibuat oleh pengurusan PPKI, program berenang akan diadakan sebanyak 6 kali dalam tahun 2012. Program ini merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah untuk pelajar-pelajar PPKI. Terdapat seramai 23 orang pelajar telah berjaya menyertai aktiviti terapi berenang yang pertama ini. Berharap program berenang  ini dapat memberi peluang kepada pelajar – pelajar berkeperluan khas untuk merasai pengalaman berada di kolam renang.

OBJEKTIF 
  1. Membantu pemulihan asas pelajar yang memerlukan bantuan pemulihan secara terapi air 
  2. Meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar PPKI SMK Seri Tasik dalam penerokaan serta interaksi dengan persekitaran luar.   
  3. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar PPKI  untuk bersosialisasi dan berkomunikasi dengan masyarakat luar  
  4. Memperkembangan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat majmuk  
  5. Menanam elemen keyakinan diri untuk persediaan hidup berdikari dalam menempuh kehidupan seharian. 
TENTATIF PROGRAM AKTIVITI TERAPI BERENANG

            MASA                                                  AKTIVITI
           8.00 - 8.30 pagi                                   Menaiki bas dan bertolak
           8.30 –  11.00  pagi                              Sampai di Kolam renang
                                                                      - Taklimat guru
                                                                      -  Memanaskan badan
                                                                      -  Berenang/ Aktiviti Air
                                                                      -  Urus diri/ Mandi                               
          11.00 – 11.45 pagi                            - Makan tengah hari
          11.45 -  12.30 tengah hari                - Bertolak pulang ke sekolah
     

Monday 5 March 2012

MINGGU PEPERIKSAAN BULAN MAC

Salam Satu Malaysia..
          Makluman kepada semua warga PPKI minggu ini adalah Minggu 
Peperiksaan  yang bermula dari 5 Mac hingga 9 Mac 2012. Pelajar Khas 
PPKI seperti pelajar-pelajar lain juga terpaksa menjawab soalan-soalan 
yang telah disediakan oleh para guru.Selamat menjawab diucapkan kepada
semua pelajar PPKI semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

Saturday 3 March 2012

MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN (BAKEB) PPKI SESI 2012/2013


         Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, Mesyuarat Agung Badan Kebajikan (BAKEB) PPKI Sesi 2012/2013  dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Tahniah kepada Jawatankuasa pelaksana, kepada ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir jutaan terima kasih diucapkan. Kehadiran ibubapa dan penjaga ternyata membuktikan sokongan dan keperihatinan mereka terhadap PPKI SMK Seri Tasik.
Setingi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Pengetua Pn. Hjh Siti Khalijah bt Hj. Isa kerana sudi merasmikan dan bersama-sama melibatkan diri dalam mesyuarat BAKEB PPKI hingga selesai.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi BAKEB Pn. Rosnah Bte Awang kerana telah dilantik semula untuk menerajui BAKEB. Ini menunjukkan kepercayaan para ibubapa dan penjaga atas kecemerlangan kepimpinan beliau pada sesi yang lalu juga kepada ahli Jawatatankuasa BAKEB yang baru dilantik. Semoga dengan pelantikan kalian  dapat memperkasakan lagi BAKEB ke arah yang lebih cemerlang demi membantu “Merealisasikan Kecemerlangan Insan Istimewa “ anak-anak istimewa PPKI SMK Seri Tasik.

Friday 2 March 2012

LAWATAN DAN PROGRAM KECERGASAN DI PUSAT KOKURIKULUM KUALA LUMPUR

       Aktiviti pada minggu ini diteruskan lagi dengan Program Kecergasan di  Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur pada 1 Mac 2012.Aktiviti yang pertama dimulakan dengan aktiviti Senamrobik yang dikendalikan oleh Cikgu Julaidah bt Ahmad. Aktiviti diteruskan dengan Corporate Games iaitu untuk membina kerjasama kumpulan(team building).
    Setiap guru kumpulan harus sentiasa menekankan kerjasama dan kerja berpasukan (motivasi) kepada pelajar-pelajarnya.Setiap kumpulan perlu melaksanakan empat aktiviti  di 4 Stesen yang telah disediakan dan dibantu oleh Jurulatih terpilih.Secara keseluruhannya semua aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan baik. Ternyata program ini telah memberi kesan yang positif terhadap semua pelajar dan guru. Para pelajar dan guru begitu teruja dan seronok ketika melaksanakan semua aktiviti tersebut.
     Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar, guru dan pembantu pengurusan murid kerana telah memberi kerjasama dan begitu bermotivasi bagi menjayakan Program Kecergasan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih  kepada Jurulatih-jurulatih Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur kerana sudi menerima dan meluangkan masa bersama-sama PPKI SMK Seri Tasik.Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Azmi  kerana telah menaja  KFC kepada para pelajar yang terlibat.

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN PPKI 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa  Badan Kebajikan (BAKEB) PPKI SMK Seri Tasik akan mengadakan Mesyuarat Agung Sesi 2012/2013 seperti ketetapan berikut:

          Tarikh   :    3 Mac  2012 ( Sabtu )
          Masa     :    8.30 pagi  -  11.30 pagi                
          Tempat  :    Bilik Hujrah 2
          Perasmi :    Pengetua SMK Seri Tasik

Sehubungan itu, semua  ibubapa dan penjaga murid pendidikan khas  dijemput  menghadiri  mesyuarat berkenaan. 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi PPKI SMK Seri Tasik.

Sekian, untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.