Monday 24 August 2015

Aktiviti Terapi Berkuda

Aktiviti Terapi Berkuda.

Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah satu kaedah untuk membantu
pelajar untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.Ia bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas dalam mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Terapi berkuda juga merupakan satu jenis terapi yang akan meransang perkembangan pelajar-pelajar disamping para pelajar dapat mengenali kuda dengan lebih dekat. Aktiviti terapi berkuda ini dijalankan di Unit Rekreasi Berkuda DBKL bertempat di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.













Program Ihya Ramadan PPKI 2015

Sepanjang bulan Ramadan yang lalu, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Program Ihya Ramadhan. Pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan antaranya pertandingan melukis gambar masjid, membuat kraftangan dan pertandingan nasyid. Sepanjang bulan Ramadhan juga guru-guru PPKI menyampaikan tazkirah kepada pelajar-pelajar Islam di surau SMK Seri Tasik semasa waktu rehat. Selain itu, projek membuat kuih raya dan juadah berbuka juga dijalankan untuk diberi kepada setiap pelajar.Para pelajar juga diberikan kad raya untuk dihias dan akan dihantar kepada ibubapa melalui pos. Aktiviti terakhir dalam Program Ihya Ramadhan merupakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya yang disempurnakan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh Siti Liah Binti Che Muda. Aktiviti sepanjang Program Ihya Ramadan PPKI 2015 ini telah dirangkumkan dalam bentuk video untuk tontonan bersama.




Aktiviti Riadah Air Di Pusat Ko-Kurikulum, Kuala Lumpur.

'Water Confident' atau keyakinan terhadap air merupakan kunci utama dalam menyelamatkan diri ketika berhadapan saat-saat genting di dalam situasi kecemasan di dalam air. Para pelajar di ajar cara-cara asas untuk menyelamatkan diri dan langkah-langkah keselamatan yang berkaitan dengan sukan air. Mereka juga diperkenalkan dengan aktiviti berkayak dan diselia oleh jurulatih yang cekap. Aktiviti ini telah dijalankan di Taman Tasik Titiwangsa dan diselia oleh jurulatih Pusat Ko-Kurikulum Kuala Lumpur.










Aktiviti Terapi Renang

Aktiviti Terapi Renang

Berenang merupakan salah satu bentuk terapi dan telah terbukti berkesan melancarkan peredaran darah dalam tubuh manusia. Dalam konteks pendidikan khas juga berenang merupakan satu riadah yang dapat membantu dalam perkembangan koordinasi otot kaki dan tangan serta sistem pernafasan pelajar. Pelajar-pelajar PPKI Smk Seri Tasik juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan terapi renang ini. Keselamatan pelajar menjadi keutamaan dan pihak sekolah juga turut menggunakan khidmat fasilitator renang terlatih.







Sunday 23 August 2015

Lawatan Ke Pusat Konsevasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang


Gajah merupakan haiwan yang dilindungi berikutan jumlahnya yang berkurangan akhir-akhir ini. Kami tidak melepaskan peluang untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman sehari bersama gajah-gajah ini. Ramai yang teruja dan gembira melihat sendiri haiwan ini. Para pelajar berpeluang untuk memberi sendiri makanan seperti tebu dan kekacang kepada gajah-gajah ini. Mereka juga dapat menyaksikan bagaimana gajah makan, mandi dan terhibur dengan persembahan yang dilakukan oleh gajah. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang berharga dan tiada di tempat lain.







Lawatan Sambil Belajar Ke Kolej Komuniti Selayang

Latihan dan pembelajaran yang berterusan selepas alam persekolahan merupakan kunci utama dalam mempersediakan diri menempuh alam pekerjaan. Sehubungan itu, unit kurikulum dan kerjaya mengambil langkah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kolej Komuniti Selayang. Kolej ini merupakan salah satu kolej yang menawarkan kursus-kursus kepada pelajar atau golongan OKU terutamanya dalam bidang kulinari, bakeri, perhotelan dan sebagainya. Diharap para pelajar akan terbuka minda akan laluan latihan lanjutan mereka setelah meninggalkan alam persekolahan nanti.









Aktiviti Mobiliti dan Boling

Pada 26 Mac yang lalu telah berlangsung aktiviti mobiliti dan boling bagi kali kedua di NU Sentral. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar berhadapan dengan persekitaran sebenar di luar sekolah. Mereka diberi peluang membiasakan diri untuk menggunakan kenderaan awam disamping berkomunikasi dengan dunia luar. Peluang ini juga dapat digunakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam arena sukan boling agar mereka yang berbakat dapat diberikan latihan yang lebih intensif