Tuesday 17 December 2013

KARNIVAL JOM KASIH 'ISTIMEWA UNTUK MU'

       Pada 17 November yang lepas berlangsungnya Karnival Jom Kasih di Pusat Menunggang Kuda Orang Kurang Upaya cawangan DBKL, Tasik Titiwangsa. Seorang pelajar PPKI, adik Mariyah Afifah Yakcop telah terpilih untuk menyertai karnival ini sebagai pemberi cenderahati kepada tetamu kehormat. Selain itu, Mariyah juga turut terlibat dalam sukan Gymkana kanak-kanak istimewa yang diadakan semasa karnival tersebut. Tetamu kehormat yang hadir adalah YTM Raja Dato' Seri Azureen ibni Sultan Azlan Shah, Penaung Pertubuhan Menunggang Kuda OKU Malaysia

PERTANDINGAN BOLING AKHIR 2013

          Pada 12 November yang lepas telah diadakan Pertandingan Boling Akhir PPKI 2013 di Cosmic Bowl, Midvalley. Pertandingan ini adalah acara tahunan menjelang akhir tahun. Selain pelajar, guru dan ppm juga turut serta dalam pertandingan ini. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga turut sama memeriahlan majlis.Warga PPKI juga mendapat sumbangan berbentuk 'goodie bag' dan sarapan pagi daripada pihak AEON BIG. Semua pemenang membawa pulang piala dan hadiah sampingan. 

Wednesday 4 December 2013

SPECIAL OLIMPICS EDUCATION CONFERENCE 2013

Pada 25 hingga 27 November 2013 telah berlangsung Special Olympics Education Conference anjuran Special Olympics Kuala Lumpur. Conference ini telah berlangsung di Aloaf Hotel, KL Sentral, Kuala Lumpur. Conference ini melibatkan semua organisasi berkaitan pendidikan khas dari dalam dan luar Negara. 
          Pada 26 November, telah berlangsung  jamuan makan malam ‘Special Olympics Gala Dinner’. Jamuan makan malam ini bertujuan untuk mengutip dana bagi tabung Special Olympics Kuala Lumpur. Beberapa orang artis telah mengambil bahagian dalam persembahan malam tersebut. Pasukan Senamseni PPKI SMK Seri Tasik telah dijemput untuk membuat persembahan juga. Pasukan ini merupakan Pasukan Senamseni yang menggabungkan senamrobik dan tarian di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Pn Julaidah Bt Ahmad. Persembahan senamseni ini telah dijayakan  oleh para pelajar PPKI bermasalah pembelajaran. Pasukan ini juga mendapat tajaan penginapan di Hotel ALoaf KL Sentral di sepanjang conference ini berlangsung.
             Menteri Belai dan Sukan, En Khairi Jamaluddin, Datuk Razaleigh Hamzah dan Datuk Shahrizat Abd Jalil merupakan tetamu kehormat pada malam tersebut memberikan tepukan gemuruh untuk pasukan ini.
Syabas dan tahniah kepada pasukan senamseni PPKI SMK Seri Tasik kerana Berjaya membuat persembahan dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang kesenian dan kebudayaan.