Sunday 24 March 2013

PROGRAM KECEMERLANGAN JATI DIRI DI KEM WIRAJAYA, SG. CONGKAK

         Pada 12 hingga 14 Mac yang lepas PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Program Kecemerlangan Jati Diri di Kem Wirajaya, Sg Congkak, Hulu Langat. Seramai 38 orang murid, 4 guru pengiring dan seorang pembantu pengurusan murid telah menyertai program ini. Murid-murid yang terpilih untuk menyertainya adalah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan. Program yang julung-julung kali diadakan ini  dirancang khusus untuk pelajar PPKI bertujuan untuk memotivasikan murid agar menjadi murid yang rajin, cekap, berdisiplin dan mempunyai sifat kepimpinan. Selain itu dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan. 
            Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam di sana, antaranya  LDK, 'Night Walk', memasak dan solat di dalam hutan serta pertandingan melibatkan antara kumpulan. Alhamdulillah program  ini juga mendapat perhatian pihak Unit Pendidikan Khas JPNWP , yang mana pada  Majlis Penutup Program , Ketua Unit Pendidikan Khas Tuan Hj. Sauki @ Saufi bin Yusoff telah sudi meluangkan masa untuk hadir bersama Puan Pengetua, Pn. Hjh. Siti Liah Che Muda dan PK HEM Tuan Hj. Khiruddin Abdullah bagi memeriahkan majlis. Beliau amat berharap program seperti ini dapat diteruskan dan dapat melibatkan bilangan pelajar serta program PPKI yang lain. Tahniah dan syabas kepada Setiausaha HEM En. Mohd Yusaini Yaakub bersama Ajk Pelaksana program juga ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada  jurulatih Kem Wirajaya kerana telah berjaya mengadakan program ini.

Sunday 3 March 2013

PRA PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI 2013

        Pada 27 hingga 28 Februari 2013 telah diadakan aktiviti Pra Perkhemahan Pengakap PPKI SMK Seri Tasik bertempat di Dataran Cemerlang SMK Seri Tasik. Turut serta dalam perkhemahan pada kali ini ialah Pasukan Pengakap Arus Perdana yang dipimpin oleh Cikgu Azlizan  dan Pasukan Pengakap dari SMK Yaacob Latif bersama Cikgu Nawawi selaku pasukan pengakap jemputan. Acara perasmian pembukaan dan penutup Pra Perkhemahan ini telah  dilakukan oleh Pn. Hjh Siti Liah Bt. Che Muda, iaitu pengetua SMK Seri Tasik.
       Pelbagai aktiviti menarik  telah dijalankan antaranya kawad kaki, kursus asas manik kayu 2, aktiviti explorace race, aktiviti kerja amal, kursus lencana pengakap, senamrobik, kemahiran ikhtiar diri dan gotong-royong. Syabas dan Tahniah kepada semua ahli pasukan pengakap yang telah mengambil bahagian juga terima kasih kepada Jurulatih Utama , penceramah , Kem Komanden Cikgu Zulkefli serta Ajk Kerja yang telah bekerja keras untuk menjayakan aktiviti Pra Perkhemahan pada kali ini..... terima kasih cikgu...........
.