Sunday, 24 February 2013

MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN (BAKEB) PPKI

Mesyuarat Agung Badan Kebajikan (BAKEB) PPKI telah diadakan pada 23 Februari 2013 yang lalu. Mesyuarat ini diadakan untuk pemilihan AJK 2013/2014  . Mesyuarat bermula pada pukul 8.00 pagi di Bilik Hujrah Tasik 2, puan pengetua SMK Seri Tasik Pn. Hjh Siti Liah Binti Che Muda telah sudi merasmikan mesyuarat tersebut. Seramai 36 orang ibu bapa telah hadir pada mesyuarat kali ini. Di akhir mesyuarat Pn. Hjh Rosnah Binti Awang masih kekal sebagai Pengerusi Badan Kebajikan PPKI sesi 2013/2014 bersama  beberapa ajk baru. Pihak PPKI mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK yang terpilih.
 

MAJLIS DOA SELAMAT PPKI SMK SERI TASIK

Satu program kerohanian PPKI telah diadakan iaitu Majlis Doa Selamat , amali wuduk dan Solat Dhuha pada 22 Februari 2013. Objektif program untuk memohon keberkatan daripada Ilahi dalam melaksanakan pelbagai program/aktiviti PPKI di samping itu dapat melatih para pelajar cara mengambil wuduk dan solat Dhuha dengan betul. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin di tapak perhimpunan bersama pelajar-pelajar dan guru-guru aliran perdana. Selesai doa semua pelajar dan guru PPKI berkumpul di surau sekolah. Program dimulakan dengan para pelajar didedahkan dengan cara mengambil wuduk yang betul dan seterusnya menunaikan Solat Sunat Dhuha. Selesai solat  cikgu Azli memberi tazkirah tentang adab-adab terhadap ibubapa, penjaga. Program diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh En. Azli Bin Mohamad. Selesai program para pelajar dijamu dengan nasi lemak bungkus. 

 


Tuesday, 19 February 2013

PERJUMPAAN PERTAMA MENTOR-MENTEE

Perjumpaan kali pertama Program Mentor-mentee telah diadakan pada 7 Februari. Semua pelajar diminta berada di dalam kumpulan bersama mentor masing-masing. Aktiviti yang dijalankan pada perjumpaan pertama ini ialah Rantai Nama dan Membentuk Kumpulan. Semua pelajar telah menunjukkan kerjasama yang baik semasa aktiviti dijalankan.

Tuesday, 5 February 2013

BOWLING FIRST ROUND

        Program Mobiliti dan Latihan Boling merupakan program bulanan yang sentiasa menarik minat semua murid pendidikan khas. Oleh itu  pada 31 Januari yang lalu  PPKI SMK Seri Tasik telah memulakan  aktiviti boling yang pertama di Cosmic Bowl  Megamall Mid Valley. Bermula dari Stesen komuter Salak Selatan seramai 54 orang murid bersama 10 orang guru dan 6 orang PPM telah menaiki komputer menuju ke Mid Valley.  Sampai di Mega Mall semua murid guru dan PPM bersarapan terlebih dahulu dan memulakan aktiviti boling sekitar jam 10.30 pagi. Semua murid telah menunjukkan minat dan kesungguhan semasa bermain boling. Bagi murid yang kurang mahir, mereka sentiasa dibantu oleh guru-guru dan PPM. Aktiviti boling berakhir  jam 12.30 tengahari, selepas itu semua murid , guru dan PPM bergerak pulang ke sekolah.
 
.

Sunday, 3 February 2013

PELANCARAN PROGRAM MENTOR-MENTEE PPKI SMK SERI TASIK 2013

"Menjana Kecemerlangan Modal Insan Istimewa" merupakan moto PPKI SMK Seri Tasik. Oleh itu untuk merealisasikan moto tersebut PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Program Mentor-Mentee atau program bapa/emak angkat kepada pelajar-pelajar PPKI. Majlis Pelancaran Program Mentor-Mentee telah diadakan pada 4 Februari 2013 dan dirasmikan oleh pengetua SMK Seri Tasik Pn. Hjh Siti Liah Bt. Che Muda. Semua guru dan 95 orang pelajar pendidikan khas terlibat dalam program ini. Sesungguhnya kita hanya merancang yang terbaik untuk pelajar-pelajar PPKI semoga Allah memberkatinya.