Pada 17 November yang lepas berlangsungnya Karnival Jom Kasih di Pusat Menunggang Kuda Orang Kurang Upaya cawangan DBKL, Tasik Titiwangsa. Seorang pelajar PPKI, adik Mariyah Afifah Yakcop telah terpilih untuk menyertai karnival ini sebagai pemberi cenderahati kepada tetamu kehormat. Selain itu, Mariyah juga turut terlibat dalam sukan Gymkana kanak-kanak istimewa yang diadakan semasa karnival tersebut. Tetamu kehormat yang hadir adalah YTM Raja Dato' Seri Azureen ibni Sultan Azlan Shah, Penaung Pertubuhan Menunggang Kuda OKU Malaysia.
Tuesday, 17 December 2013
PERTANDINGAN BOLING AKHIR 2013
Pada 12 November yang lepas telah diadakan Pertandingan Boling Akhir PPKI 2013 di Cosmic Bowl, Midvalley. Pertandingan ini adalah acara tahunan menjelang akhir tahun. Selain pelajar, guru dan ppm juga turut serta dalam pertandingan ini. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga turut sama memeriahlan majlis.Warga PPKI juga mendapat sumbangan berbentuk 'goodie bag' dan sarapan pagi daripada pihak AEON BIG. Semua pemenang membawa pulang piala dan hadiah sampingan.
Wednesday, 4 December 2013
SPECIAL OLIMPICS EDUCATION CONFERENCE 2013
Pada 25
hingga 27 November 2013 telah berlangsung Special Olympics Education Conference
anjuran Special Olympics Kuala Lumpur. Conference ini telah berlangsung di Aloaf
Hotel, KL Sentral, Kuala Lumpur. Conference ini melibatkan semua organisasi
berkaitan pendidikan khas dari dalam dan luar Negara.
Pada 26
November, telah berlangsung jamuan makan
malam ‘Special Olympics Gala Dinner’. Jamuan makan malam ini bertujuan untuk
mengutip dana bagi tabung Special Olympics Kuala Lumpur. Beberapa orang artis
telah mengambil bahagian dalam persembahan malam tersebut. Pasukan
Senamseni PPKI SMK Seri Tasik telah dijemput untuk membuat persembahan juga. Pasukan
ini merupakan Pasukan Senamseni yang menggabungkan senamrobik dan tarian di
bawah bimbingan dan tunjuk ajar Pn Julaidah Bt Ahmad. Persembahan senamseni ini
telah dijayakan oleh para pelajar PPKI
bermasalah pembelajaran. Pasukan
ini juga mendapat tajaan penginapan di Hotel ALoaf KL Sentral di sepanjang
conference ini berlangsung.
Menteri
Belai dan Sukan, En Khairi Jamaluddin, Datuk Razaleigh Hamzah dan Datuk
Shahrizat Abd Jalil merupakan tetamu kehormat pada malam tersebut memberikan
tepukan gemuruh untuk pasukan ini.
Syabas
dan tahniah kepada pasukan senamseni PPKI SMK Seri Tasik kerana Berjaya membuat
persembahan dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
Wednesday, 13 November 2013
JAMUAN AKHIR TAHUN PPKI 2013
Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun PPKI pada 7 November 2013 di The Junction Bistro, MH Hotel PGRM. Pelajar-pelajar PPKI diraikan dalam majlis ini.
Wednesday, 6 November 2013
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM
Pada 31 Oktober yang lepas telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM di Dewan Sekolah Menengan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan En. Tajuddin b. Mohd Mor. Pada majlis ini murid PPKI Muhammad Johan Arash b. Abu Mansor telah mendapat tempat kedua bagi kategori Sekolah Menengah Integrasi. Johan telah membaca sebanyak 500 lebih buah buku dan telah mendapat Anugerah NILAM peringkat sekolah seterusnya mengalahkan murid arus perdana. Hadiah yang diterima adalah sijil penyertaan dan wang tunai sebanyak RM130. Tahniah diucapkan dan semoga kemenangan ini akan membakar semangat Johan untuk terus mambaca.
Tuesday, 5 November 2013
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
Pada 22 hingga 24 Oktober, telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Pendidikan Khas 2012 di Dynasty Hotel, Kuala Lumpur. Program Pendidikan Khas SMK Seri Tasik telah mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk pencalonan Anugerah Cemerlang Permainan Berkumpulan.
Alhamdulillah.....PPKI SMK Seri Tasik telah berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cemerlang Permainan Berkumpulan 2012. Puan Pengetua Pn. Hjh. Siti Liah telah mewakili sekolah sekaligus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menerima anugerah tersebut. Syabas PPKI SMK Seri Tasik.....
Alhamdulillah.....PPKI SMK Seri Tasik telah berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cemerlang Permainan Berkumpulan 2012. Puan Pengetua Pn. Hjh. Siti Liah telah mewakili sekolah sekaligus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menerima anugerah tersebut. Syabas PPKI SMK Seri Tasik.....
Selain menerima anugerah, PPKI SMK Seri Tasik juga terlibat di dalam menjayakan majlis ini. Beberapa orang guru dan pelajar PPKI SMK Seri Tasik telah terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pendaftaran dan Penginapan serta Ahli Jawatankuasa Persembahan. Seramai 5 orang guru telah dilantik sebagai AJK Pendaftaran dan Penginapan manakala AJK Persembahan seramai 2 orang guru bersama 8 orang pelajar. Persembahan daripada pelajar PPKI SMK Seri Tasik tidak mengecewakan para hadirin sebaliknya mendapat tepukan yang sangat gemuruh dan pujian daripada hadirin. Guru-guru dan pelajar-pelajar PPKI SMK Seri Tasik telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan jayanya.
Monday, 28 October 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)