Program Lawatan Sambil Belajar ke KL Bird Park telah berjaya dilaksanakan pada 22 September 2016 (Khamis) dari jam 9.00 pagi sehingga 1 petang. Seramai 26 orang pelajar menyertai bersama ibu bapa beserta tujuh orang guru dan dua orang PPM. Peserta bertolak ke tempat lawatan dengan menaiki sebuah bas. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di KL Bird Park ialah berjalan menyaksikan pelbagai jenis spesis burung di sepanjang laluan yang telah disediakan, aktiviti memberi makan burung, menangkap gambar bersama burung dan menyaksikan persembahan burung di akhir lawatan sebelum pulang ke sekolah.
Sunday, 25 September 2016
Wednesday, 31 August 2016
Program Lawatan Ke Jakarta Bandung
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Tasik telah berjaya mengadakan program pengantarabangsaan iaitu Program Lawatan ke Jakarta Bandung yang bermula pada 25 Ogos sehingga 28 Ogos 2016 yang lalu. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar PPKI SMK Seri Tasik, guru-guru, PPM dan juga ibu bapa pelajar. Banyak tempat-tempat yang menarik telah dilawati antaranya melawat di Monas, Rumah Mode, Sekolah Dasar Tridaya Tunas Bangsa, Pasar Baru, membeli belah di Toko 3 dan D Fashion, melawat Kawah Putih, pusat barangan kulit Cibaduyut, Kartika Sari, dan Tanah Abang.
Subscribe to:
Posts (Atom)















