Monday, 11 January 2016

Minggu Orientasi 2016

Selamat Tahun Baru 2016. Sesi persekolahan telah bermula dan banyak aktiviti yang telah diatur untuk sepanjang tahun 2016. Selamat kembali ke sekolah dan selamat datang kepada 15 orang pelajar baru. Seperti kebiasaan, program pertama bagi PPKI SMK Seri Tasik adalah program Minggu Orientasi daripada 4 Januari hingga 8 Januari 2016. Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar baru meneroka dan membiasakan diri dengan persekitaran sekolah dan fasa peralihan antara alam sekolah rendah dan menengah. Disamping itu mereka boleh beramah mesra dengan pelajar lama untuk mewujudkan semangat kekitaan antara mereka. Antara program sepanjang Minggu Orientasi telah digarap dalam bentuk video seperti yang dilampirkan bersama.


Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir

Program penutup PPKI bagi tahun 2015 adalah program Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir. Program ini dilaksanakan bagi memberi penghargaan kepada semua warga PPKI SMK Seri Tasik dan berlangsung dengan begitu meriah. Setiap murid, guru dan PPM menerima hadiah dan cenderahati kenang kenangan daripada penganjur. Diharap tahun program-program bagi tahun 2016 akan lebih cemerlang lagi.



















Lawatan Sambil Belajar Ke Singapura

Pada 8 September yang lalu telah berlangsung satu program lawatan dan kali ini lawatan ini melibatkan ke luar negara iaitu ke Singapura. Seramai hampir 50 individu terlibat termasuk guru dan pembantu pengurusan murid. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar istimewa pengalaman melancong disamping dapat memperbaiki dan mengaplikasikan teknik komunikasi. Disamping itu, program kolaborasi dan pertukaran budaya juga telah dijalankan. Rombongan dari Seri Tasik turut singgah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit yang terletak dalam daerah Kulai Jaya Johor. Di sana para pelajar dapat beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan. Walaupun waktu membataskan lawatan ke Kota Singa ini, namun para pelajar dapat bergembira dan meneroka USS Studio di sana. Banyak pengalaman menarik yang tercipta. Diharap lawatan antarabangsa sebegini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.



















Tuesday, 1 September 2015

Program Mobiliti Dan Pertandingan Boling Akhir 2015

Pada 27 Ogos yang lalu telah berlangsung Pertandingan Boling Akhir dalam kalangan pelajar dan guru pendidikan khas di Pusat Boling Ballroom, Nu Sentral, KL Sentral Kuala Lumpur. Seramai kira-kira lebih 50 orang pelajar menyertai pertandingan ini. Selain daripada acara riadah dan rekreasi, program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar yang mungkin boleh diketengahkan dan digilap bakatnya. Pertandingan ini telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya. Hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh En. Rosli Bin Omar selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Integrasi SMK Seri Tasik. Bagi kategori pelajar gelaran juara disandang oleh Nur Aqilah Binti Mohamad manakala bagi kategori guru dijuarai oleh En. Azli Bin Mohamad. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang dan mengeratkan lagi hubungan antara guru, pelajar dan pembantu pengurusan murid.