Pada 10 Mac yang lalu, PPKI telah mengadakan aktiviti terapi renang di Kolam Desa Tasik, Kuala Lumpur.Seramai 26 orang pelajar dan 11 orang guru serta PPM telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 1:00 petang. Aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar ketika berada di dalam air dan secara tidka langsung pelajar dapat mempelajari kemahiran berenang.
Aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh jurulatih renang.
Pelajar membiasakan diri dengan kesejukan air kolam.
Guru membimbing pelajar melakukan aktiviti renang.
Pelajar memulakan aktiviti renang seperti yang ditunjukkan oleh jurulatih.
Pendidikan khas merupakan satu usaha yang berterusan untu melahirkan insan yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemampuan, berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ditubuhkan pada 6 Januari 2003. Bermula dengan 14 orang pelajar dan 3 orang guru. Namun bilangan warga PPKI semakin bertambah saban tahun dan kini mempunyai 78 orang pelajar dan 18 orang guru. Mulai tahun 2008 ppki telah menerima seramai 5 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
Pada 26 Mac lalu, sekolah telah mengadakan aktiviti merentas desa di Taman Tasik Permaisuri. Seramai 17 pelajar PPKI telah menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 10:30 pagi.
Antara pelajar yang mengikuti program bergambar bersama En. Rosli
Guru-guru yang terlibat.
Pelajar menunjukkan kesungguhan ketika berlari.
Pelajar menunggu majlis penyampaian hadiah.
Pemenang tempat ketiga
Pemenang tempat kedua
Pemenang tempat pertama
Pelajar bergambar bersama hadiah yang berjaya diperolehi.
Pada 9 Mac lepas, sebahagian warga ppki telah menjalankan aktiviti terapi berkuda di Ampang Polo Club, selangor. Seramai 16 orang guru dan PPM telah menyertai aktiviti tersebut dan seramai 20 pelajar mengikuti program tersebut.
Pelajar berjaya mengatasi perasaan takut ketika menunggang kuda
Guru dan jurulatih membimbing pelajar naik ke atas kuda
Bermula febuari 2011, PPKI SMK Seri Tasik telah memulakan aktiviti jualan selepas waktu P&P, iaitu Kopitiam PPKI. Kopitiam ini dibuka setiap selasa, rabu dan khamis setiap minggu. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menambah pendapatan dan secara tidak langsung dapat mendidik pelajar untuk berniaga.
Guru-guru sedang menjalankan aktiviti jualan
Antara menu kopitiam adalah air berperisa, float, sandwich dan roti ais krim