Pada 10 Mac yang lalu, PPKI telah mengadakan aktiviti terapi renang di Kolam Desa Tasik, Kuala Lumpur.Seramai 26 orang pelajar dan 11 orang guru serta PPM telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 1:00 petang. Aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar ketika berada di dalam air dan secara tidka langsung pelajar dapat mempelajari kemahiran berenang.
Aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh jurulatih renang.
Pelajar membiasakan diri dengan kesejukan air kolam.
Guru membimbing pelajar melakukan aktiviti renang.
Pelajar memulakan aktiviti renang seperti yang ditunjukkan oleh jurulatih.
No comments:
Post a Comment