Monday 20 June 2011

WAKIL MALAYSIA KE ATHENS, GREECE




    Atlit sekolah, Mohd Syafiq Aziz telah berjaya melayakkan diri untuk menjadi wakil Malaysia ke Kejohanan Special Olympics Musim Panas Peringkat Dunia di Athens, Greece. Kejohanan ini berlangsung selama 14 hari bermula 20 Jun hingga 5 Julai 2011. Acara yang disertai adalah kayak individu dan kayak duo ( 200 meter & 500 meter). 

      Mohd Syafiq telah menjalani latihan selama 6 bulan di bawah jurulatih pusat kokurikulum JPWP dan Persatuan Kayak Malaysia dan mengikuti latihan terakhir selama 4 hari di Kota Kinabalu, Sabah. Doa buat Mohd Syafiq supaya selamat pergi dan balik serta membawa berita gembira dari Athens. 

KEMENANGAN BUAT MOHD SYAFIQ AZIZ!!!


MOHD SYAFIQ BIN AZIZ pelajar SMK Seri Tasik, Kuala Lumpur yang mewakili Special Olympics Malaysia telah memenangi pingat EMAS dalam acara kayak KT 200m Race Singles Tourist yang telah berlansung di Schinias Olympic Rowing & Conoeing Center dalam kejohanan Special Olympics World Summer Games Athens 2011.

Tempat ke-2 - Ireland, 3 - Germany, 4 -Chinese Taipei & 5 - Greece. Syafiq juga menduduki tempat ke-4 dam acara KT 500m Race Singles Tourist.

1 comment:

  1. mari kito pakat2 naikkan nama PPKI/SMKST sapa puncak gunun kinabalu la pulok..

    ReplyDelete