Wednesday 30 May 2012

LAPORAN LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS


Pada 21 Mei hingga 23 Mei 2012 yang lalu, sekali lagi PPKI SMK SERI TASIK menganjurkan Program Pendidikan Luar ke Cameron Highlands, Pahang. Seramai  32 orang pelajar, 11 orang guru dan 3 orang pembantu pengurusan murid telah mengikuti program ini. Para peserta telah bertolak seawal pagi iaitu pada pukul 8.00 pagi dan sampai di tempat penginapan (Hotel Regency) pada pukul 12.00 tengah hari.
Sepanjang 3 hari berada Di Cameron Highlands, para peserta  tidak melepaskan peluang  untuk melawat  pelbagai tempat yang menarik. Pada hari pertama bertarikh 21 Mei 2012, para peserta telah melawat TAMAN LEBAH dan TAMAN RAMA-RAMA. Pada sebelah malamnya pula para pelajar menjalani aktiviti LDK iaitu aktiviti menyampaikan pesanan.
Pada Hari Kedua iaitu 22 Mei 2012, para peserta berpeluang menjalankan aktivti bersama pihak MARDI. Di MARDI para peserta telah mengunjungi TAMAN ANGGUR, TAMAN DAPUR,LADANG CONTOH TANAMAN STRAWBERI,LAMAN BUNGA dan TAMAN ROS (ROSE GARDEN). Saat-saat yang paling dinantikan oleh semua para peserta ialah aktiviti memetik buah strawberi di STRAWBERY FARM. Pada sebelah malamnya para peserta sekali lagi menjalankan aktiviti LDK dan seterusya aktiviti makan strawberi dan coklat.
Pada hari ketiga bertarikh 23 Mei 2012 iaitu hari terakhir, para peserta tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Rose Valley dan  LADANG TEH BHARAT/BOH untuk melihat pemprosesan daun teh.Para peserta bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 2.00 petang dan tiba di perkarangan SMK SERI TASIK pada pukul 7.30 malam.
Sememangnya Program Pendidikan Luar Ke Cameron Hoghlands meninggalkan kenangan yang manis dan banyak pengalaman baru yang diperolehi oleh para pelajar PPKI terutamanya. Secara keseluruhannya program ini mencapai objekktifnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Mohamad Fazli bin Mohamad Ster selaku Penyelaras Program dan semua guru-guru, ppm dan pelajar PPKI SMK SERI TASIK yang sentiasa menyokong dan memberi kerjasama sepanjang melaksanakan program. JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUAN YANG MENJAYAKAN PROGRAM!!!

3 comments:

  1. tahniah kepada semua ajk dan guru2 dan PPM yang terlibat dalam menjayakan program lawatan ini. sebelum itu saya berbanyak2 mohon maaf kerana tidak dapat menyertai program lawatan ini.tahniah juga kepada cikgu fazli kerana berjaya merealisasikan program yang dirancang dengan lancar walaupun persediaan yang dilakukan dalam masa yang singkat dan ini adalah tugasan pertama cikgu fazli dalam mengendalikan lawatan luar daripada Kuala Lumpur. namun begitu kita sentiasa ingat bahawa kejayaan yang datang adalah dari kerjasama ahli kumpulan... TEAMWORK.. SYABAS SEKALI LAGI KEPADA CIKGU FAZLI DAN AJK KERJA SEMUA..

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada cikgu fazli...terbaik..

    ReplyDelete
  3. this was really help ful tq

    ReplyDelete