Sunday 5 August 2012

Program Gotong royong Memasak Bubur Lambuk

Pada 2 Ogos 2012 yang lalu telah diadakan Program Gotong royong memasak bubur lambuk anjuran Masjid Al Najihin bersama SMK Seri Tasik. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Pelajar PPKI SMK Seri Tasik telah terlibat sama membersihkan bahagian dalam masjid dan memasak bubur lambuk bersama-sama pelajar arus perdana , guru-guru , ibubapa dan ajk masjid. Pihak sekolah juga telah menyumbangkan beras untuk program tersebut hasil sumbangan warga SMK Seri Tasik.

Program gotong royong memasak bubur lambuk telah dihadiri oleh Penaung
Masjid Al Najihin Yg Bhg Datuk Syed Abdul Rahman Al Habshi . Beliau sempat
beramah mesra bersama semua pelajar yang terlibat dan berharap program ini
dapat diteruskan pada setiap bulan Ramadhan. Di akhir program Yg Bhg Datuk sudi menyampaikan bungkusan bubur lambuk kepada semua pelajar yang terlibat. Terima kasih kepada Yg Bhg Datuk dan Ustaz Aziz Mohamed Ketua Imam Masjid Al Najihin yang telah memberikan kerjasama sehingga program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

















5 comments:

  1. tahniah kepada semua warga smkst khususnya guru2, PPM dan pelajar PPKI yang terlibat. disamping menimba pengalaman dapat menambah keberkatan di bulan Ramadhan ini dengan pahala yang berlipat kali ganda. seronok dan ceria semua dalam gambar tu... kirim salam semua..

    ReplyDelete
  2. tahniah juga kepada penyelaras program kerana sekali lagi dapat menonjolkan kebolehan dan kemampuan pelajar PPKI untuk pengetahuan umum khususnya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih , ini semua berkat kerjasama semua warga PPKI bak kata pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

    ReplyDelete
  4. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga PPKI SMK Seri Tasik...kerana telah melonjakkan lagi kecemerlangan PPKI melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat kepada insan-insan istimewa khasnya..saya percaya guru-guru PPKI sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya. Teruskan usaha positif ini demi masa depan pelajar PPKI. Rindu PPKI SMK Seri Tasik! Sentiasa tersemat di dalam hati... - Siti Fatimah Ahmad

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada semua warga PPKI SMK Seri Tasik yang telah membantu menjayakan program Ihya Ramadhan 2012. Hari ini berakhirlah sudah majlis penyampaian sumbangan, semua orang gembira, itu yang diharapkan. AMPUN MAAF DIPINTA KALAU ADA TERKASAR BAHASA SEPANJANG MENYELARAS PROGRAM INI. Tahniah semua.....

    ReplyDelete