Sunday 24 March 2013

PROGRAM KECEMERLANGAN JATI DIRI DI KEM WIRAJAYA, SG. CONGKAK

         Pada 12 hingga 14 Mac yang lepas PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Program Kecemerlangan Jati Diri di Kem Wirajaya, Sg Congkak, Hulu Langat. Seramai 38 orang murid, 4 guru pengiring dan seorang pembantu pengurusan murid telah menyertai program ini. Murid-murid yang terpilih untuk menyertainya adalah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan. Program yang julung-julung kali diadakan ini  dirancang khusus untuk pelajar PPKI bertujuan untuk memotivasikan murid agar menjadi murid yang rajin, cekap, berdisiplin dan mempunyai sifat kepimpinan. Selain itu dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan. 
            Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam di sana, antaranya  LDK, 'Night Walk', memasak dan solat di dalam hutan serta pertandingan melibatkan antara kumpulan. Alhamdulillah program  ini juga mendapat perhatian pihak Unit Pendidikan Khas JPNWP , yang mana pada  Majlis Penutup Program , Ketua Unit Pendidikan Khas Tuan Hj. Sauki @ Saufi bin Yusoff telah sudi meluangkan masa untuk hadir bersama Puan Pengetua, Pn. Hjh. Siti Liah Che Muda dan PK HEM Tuan Hj. Khiruddin Abdullah bagi memeriahkan majlis. Beliau amat berharap program seperti ini dapat diteruskan dan dapat melibatkan bilangan pelajar serta program PPKI yang lain. Tahniah dan syabas kepada Setiausaha HEM En. Mohd Yusaini Yaakub bersama Ajk Pelaksana program juga ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada  jurulatih Kem Wirajaya kerana telah berjaya mengadakan program ini.

7 comments:

  1. Alhamdulillah satu program yang berjaya dan diharap dapat melahirkan modal insan yang cemerlang bak kata orang "Kalau tak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya" Tahniah kepada semua yang menjayakannya.

    ReplyDelete
  2. Wоаh! I'm really enjoying the template/theme of this website. It's ѕimplе, yеt effectіѵe.
    A lot of times it's very difficult to get that "perfect balance" between usability and appearance. I must say that you've done a eхcellent job
    with thіs. Adԁitiοnally, the blog loаds extremеly quick foг me on Chrοme.
    Superb Blog!

    Μy web-ѕite: CREARE UN SITO WEB CREARE UN SITO fare un sito

    ReplyDelete
  3. Wonԁeгful beat ! Ι ωish to apprentісe while you amеnd yοur wеbsite,
    how could і ѕubscrіbe foг a
    blog wеb ѕite? Thе account hеlped me а ассeptаble
    deal. I haԁ been tiny bit aсquaintеd of this your brоаdcast offered brіght clear idea

    My web-ѕіte; FAZER SITE

    ReplyDelete
  4. naturally like уour web ѕite but you need to take a
    looκ at the spelling on ѕeveral of your ρosts.
    A number of them arе rіfe with spelling problems anԁ I to find it very bothersome to infοrm the rеality on thе other hand Ι will ԁеfіnitеly come again again.


    My webpage - plantillas web

    ReplyDelete
  5. siti fatimah5/4/13 8:18 am

    Seronok bila tengok anak-anak istimewa ppki seri tasik yang semakin aktif sekarang..aktiviti pulak menarik..ini semua hasil usaha keras semua guru dan pelajar sendiri kan..kalau tak mana lah nak boleh laksanakan aktiviti yang mcm ni..syabas dan tahniah diucapkan.

    ReplyDelete
  6. I have гead sο many postѕ аbout the blogger lovers except this article is genuіnely
    a fastidious post, keep it up.

    Also visit my weblog ... website laten maken

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, semua hasil kerjasama warga PPKI SMK Seri Tasik.. Tahniah. 2014 lebih mencabar lagi.

    ReplyDelete