Wednesday 1 October 2014

MAJLIS MERAIKAN CIKGU YUS (MOHD YUSAINI BIN YAACOB)

Pada 25 September telah diadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan pertukaran seorang guru yang sangat berdedikasi dan disanjungi oleh pelajar-pelajar dan guru SMK Seri Tasik iaitu En. Mohd Yusaini bin Yaacob atau lebih dikenali sebagai Cikgu Yus. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelaras di SMK Segambut. Perpindahan beliau amat dirasai oleh semua warga PPKI sekolah. Tahniah di atas kenaikan pangkat ke sana bagi menyambung tugas sebagai pendidik dan menggalas tanggungjawab baru. Semoga Cikgu Yus diberi kesihatan yang baik dan terus berjaya menjadi pendidik yang disegani.



3 comments:

  1. Sudah hampir setengah tahun meninggalkan PPKI SMK SERI TASIK.....tetap dalam ingatan...

    ReplyDelete