Pada 25 September telah diadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan pertukaran seorang guru yang sangat berdedikasi dan disanjungi oleh pelajar-pelajar dan guru SMK Seri Tasik iaitu En. Mohd Yusaini bin Yaacob atau lebih dikenali sebagai Cikgu Yus. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelaras di SMK Segambut. Perpindahan beliau amat dirasai oleh semua warga PPKI sekolah. Tahniah di atas kenaikan pangkat ke sana bagi menyambung tugas sebagai pendidik dan menggalas tanggungjawab baru. Semoga Cikgu Yus diberi kesihatan yang baik dan terus berjaya menjadi pendidik yang disegani.
Wednesday, 1 October 2014
Tuesday, 30 September 2014
PROGRAM TERAPI BERKUDA
Pada 24 September 2014, PPKI berpeluang mengikuti terapi berkuda yang dijalankan di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pelajar berpeluang menaiki kuda dengan diiringi oleh jurulatih berkuda yang berada di situ. Selain itu, pelajar dan guru juga turut berpeluang menaiki kereta kuda yang disediakan di situ.
PROGRAM TERAPI RENANG
Pada 22 September 2014, PPKI berpeluang mengikuti terapi renang yang dijalankan di Kolam Renang DBKL (Bandar Tun Razak). Pelajar-pelajar yang mengikuti terapi ini dapat mempelajari sedikit ilmu berenang yang diajar oleh pengajar renang di situ.
Tuesday, 2 September 2014
PROGRAM FISIOTERAPI
Pada 28 Ogos 2014, PPKI SMK Seri
Tasik telah menjalankan aktiviti fisioterapi. Program ini diadakan di Taman
Tasik Permaisuri, Cheras. Aktiviti dimulakan dengan menjalankan aktiviti
memanaskan badan iaitu senamrobik yang dikendalikan oleh Pn. Nur Ain bersama
Cik Siti Mariam. Kemudian pelajar berjalan di atas batu refleksologi. Aktiviti
berjalan kaki di atas batuan refleksologi sangat bagus untuk pelajar-pelajar
pendidikan khas. Aktiviti seterusnya ialah berjogging di sekitar kawasan taman.
Aktiviti terakhir ialah sukaneka. Setelah selesai, semua guru dan pelajar ke
Tesco Taman Midah untuk mobiliti dan menjamu selera.
Friday, 15 August 2014
LAWATAN KE ZOO NEGARA
Pada 12 Ogos yang lepas, PPKI telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara yang terletak di Kuala Lumpur. Perjalanan ke Zoo Negara adalah dengan menaiki bas. Kami bertolak dari sekolah pada jam 8.00 pagi dan lawatan berakhir pada jam 1.00 petang.
Selain dapat melihat haiwan-haiwan yang ada di situ, kami juga berpeluang melihat sendiri panda yang telah didatangkan dari Negara China. Ianya sungguh menarik dan menambah ilmu pengetahuan pelajar dan guru yang menyertai lawatan tersebut.
Selain dapat melihat haiwan-haiwan yang ada di situ, kami juga berpeluang melihat sendiri panda yang telah didatangkan dari Negara China. Ianya sungguh menarik dan menambah ilmu pengetahuan pelajar dan guru yang menyertai lawatan tersebut.
Friday, 8 August 2014
Program Ihya Ramadhan dan Program Bubur Lambuk
Sepanjang bulan Ramadhan bermula 7 Julai hingga 24 Julai 2014, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Program Ihya Ramadhan. Pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan antaranya pertandingan tulisan khat, pertandingan melukis gambar masjid dan pertandingan nasyid. Sepanjang bulan Ramadhan juga guru-guru PPKI menyampaikan tazkirah kepada pelajar-pelajar Islam di surau SMK Seri Tasik semasa waktu rehat. Selain itu, projek membuat kuih raya iaitu Biskut Popia Nestum juga dijalankan untuk diberi kepada setiap pelajar. Selain projek membuat kuih raya, projek memasak juadah berbuka juga dijalankan. Antara menu yang dimasak ialah kuih popia goreng dan kek coklat. Pada tahun ini, satu lagi aktiviti tambahan yang telah dijalankan iaitu jualan amal. Jualan amal ini dijalankan dengan menjual baju, kasut, dan juga tudung terpakai dari guru-guru dan ibu bapa.
Selain itu, pelajar dan guru berkerjasama menyiapkan sampul duit raya yang juga akan dijual kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah.Program memasak bubur lambuk juga dijalankan dengan kerjasama Masjid Al-Najihin. Aktiviti terakhir dalam Program Ihya Ramadhan merupakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya yang disempurnakan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh Siti Liah Binti Che Muda.
Selain itu, pelajar dan guru berkerjasama menyiapkan sampul duit raya yang juga akan dijual kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah.Program memasak bubur lambuk juga dijalankan dengan kerjasama Masjid Al-Najihin. Aktiviti terakhir dalam Program Ihya Ramadhan merupakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya yang disempurnakan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh Siti Liah Binti Che Muda.
Tuesday, 1 July 2014
MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR 2014
Pada 27 Jun 2014 warga PPKI SMK Seri Tasik telah diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Lahir. Majlis ini diadakan di Bilik Hujrah Tasik 2 SMK Seri Tasik. Pelajar-pelajar, guru-guru dan PPM yang lahir pada bulan Januari hingga Disember diraikan dengan acara memotong kek dan penyampaian hadiah. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh. Siti Liah Binti Che Muda.
Subscribe to:
Posts (Atom)