Friday, 6 February 2015

Program Orientasi PPKI 2015


Musim baru persekolahan sudah menjelma. Selamat kembali ke sekolah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru. Sepanjang minggu pertama persekolahan telah dijalankan Program Orientasi PPKI yang bertujuan untuk memberi pendedahan serta penyesuaian kepada pelajar-pelajar baru. Mereka juga dapat bersuai kenal dalam kalangan pelajar baru dan lama bagi mengeratkan lagi silaturahim. Banyak aktiviti yang dirangka telah dijayakan dalam Program Orientasi PPKI tahun ini. Diharap para pelajar akan terus bersemangat ke sekolah dan bersama-sama merealisasikan visi dan misi pendidikan khas.


Sunday, 11 January 2015

PERKHEMAHAN PENGAKAP 2014

Pada 30 September sehingga 2 Oktober 2014, Unit Berunifrom Pengakap telah mengikuti perkhemahan di Teratak Riverview, Tanjung Malim.


Friday, 24 October 2014

PROGRAM TRANSISI KERJAYA JUN - SEPTEMBER

Program Transisi Kerjaya telah disambung lagi dari bulan Mei sehingga September. Aktiviti ini dijalankan dengan jayanya pada hari Khamis bermula jam 10 pagi sehingga 12.30 tengah hari, Aktiviti ini sangat menunjukkan kerjasama antara pelajar dan guru. Program ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat masing-masing dalam aktviti yang dijalankan. Semoga Program Transisi Kerjaya ini akan tetap dijalankan pada tahun-tahun akan datang.

14 OGOS 2014

21 OGOS 2014


11 SEPTEMBER 2014



Wednesday, 1 October 2014

MAJLIS MERAIKAN CIKGU YUS (MOHD YUSAINI BIN YAACOB)

Pada 25 September telah diadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan pertukaran seorang guru yang sangat berdedikasi dan disanjungi oleh pelajar-pelajar dan guru SMK Seri Tasik iaitu En. Mohd Yusaini bin Yaacob atau lebih dikenali sebagai Cikgu Yus. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelaras di SMK Segambut. Perpindahan beliau amat dirasai oleh semua warga PPKI sekolah. Tahniah di atas kenaikan pangkat ke sana bagi menyambung tugas sebagai pendidik dan menggalas tanggungjawab baru. Semoga Cikgu Yus diberi kesihatan yang baik dan terus berjaya menjadi pendidik yang disegani.



Tuesday, 30 September 2014

PROGRAM TERAPI BERKUDA

Pada 24 September 2014, PPKI berpeluang mengikuti terapi berkuda yang dijalankan di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pelajar berpeluang menaiki kuda dengan diiringi oleh jurulatih berkuda yang berada di situ. Selain itu, pelajar dan guru juga turut berpeluang menaiki kereta kuda yang disediakan di situ.


PROGRAM TERAPI RENANG

Pada 22 September 2014, PPKI berpeluang mengikuti terapi renang yang dijalankan di Kolam Renang DBKL (Bandar Tun Razak). Pelajar-pelajar yang mengikuti terapi ini dapat mempelajari sedikit ilmu berenang yang diajar oleh pengajar renang di situ.


Tuesday, 2 September 2014

PROGRAM FISIOTERAPI

Pada 28 Ogos 2014, PPKI SMK Seri Tasik telah menjalankan aktiviti fisioterapi. Program ini diadakan di Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Aktiviti dimulakan dengan menjalankan aktiviti memanaskan badan iaitu senamrobik yang dikendalikan oleh Pn. Nur Ain bersama Cik Siti Mariam. Kemudian pelajar berjalan di atas batu refleksologi. Aktiviti berjalan kaki di atas batuan refleksologi sangat bagus untuk pelajar-pelajar pendidikan khas. Aktiviti seterusnya ialah berjogging di sekitar kawasan taman. Aktiviti terakhir ialah sukaneka. Setelah selesai, semua guru dan pelajar ke Tesco Taman Midah untuk mobiliti dan menjamu selera.