Friday, 6 January 2012

Pengisian Hari Terakhir Minggu Orientasi PPKI SMK Seri Tasik 2012

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan pada hari terakhir (6 Januari 2012) Minggu Orientasi PPKI SMK Seri Tasik seperti aktiviti menyediakan sandwiah, membuat cekodok dan membuat Bread-Omelette, Jamuan Ringan dan Majlis Penutup Minggu Orientasi PPKI.

Guru sedang membuat penerangan kepada pelajar mengenai bahan-bahan 
yang diperlukan untuk membuat cekodok

Para pelajar dibimbing menyediakan bahan untuk membuat cekodok

 Pelajar membantu guru menggoreng cekodok
 
Pelajar bersama guru membuat bread-omelette 
 
Guru membimbing pelajar baru menyediakan bread-omelette

Guru-guru sedang menunjukkan cara-cara menyediakan
sandwish kepada pelajar
 
Murid dibimbing menyediakan sandwich

Majlis Perasmian Penutup Minggu Orientasi PPKI bersama Pengetua 

Jawatankuasa kerja guru sedang menyediakan makanan kepada pelajar

Para pelajar beratur untuk mengambil makanan

Para pelajar begitu selera menikmati makanan yang dihasilkan 
oleh mereka

Pengetua turut bersama menikmati Jamuan Ringan yang disediakan

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru, pelajar dan pembantu pengurusan murid yang telah bertungkus lumus melaksanakan Minggu Orientasi PPKI SMK Seri Tasik untuk sesi 2012 ini. Setinggi-tinggi  penghargaan juga diucapkan kepada Pengetua SMK Seri Tasik kerana sudi meluangkan masa bersama- sama warga PPKI.Adalah diharapkan semoga Minggu Orientasi PPKI SMK Seri Tasik bagi sesi 2012 ini membuka suatu lembaran baru kepada satu proses anjakan yang lebih cemerlang dan berdaya saing. Jelas sekali, program ini secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi PPKI di Malaysia.

                   "Cemerlangnya PPKI SMK Seri Tasik Adalah Kerana Keunggulan Para Pendidiknya".

Wednesday, 4 January 2012

MINGGU ORIENTASI PELAJAR PPKI SMK SERI TASIK SESI 2012



    SELAMAT DATANG KE MINGGU ORIENTASI PPKI SMK SERI TASIK SESI 2012

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seri Tasik telah mengadakan Minggu Orientasi pada minggu pertama persekolahan bermula pada 4 Januari hingga 6 Januari 2012. Walaubagaimanapun Sesi Pendaftaran dan Ujian Diagnostik untuk pelajar baru  telah pun bermula dari 3 Januari 2012 dan dipanjangkan sehingga ke Minggu Orientasi PPKI 2012.  Seramai 19 orang pelajar baru telah mendaftar dan ini menjadikan jumlah pelajar PPKI  SMK  Seri Tasik Sesi 2012 adalah sebanyak 82 orang. Minggu Orientasi ini melibatkan pelajar baru dan pelajar PPKI  yang sedia ada pada sesi 2012. Justeru pelbagai aktiviti telah dirancang oleh guru bagi memastikan pelaksanaan Minggu Orientasi PPKI SMK Seri Tasik  berjalan dengan jayanya. Antara pengisian yang telah berjaya dilaksanakan pada 4 dan 5 Januari 2012 ialah:

1. Sesi Pendaftaran dan dan Suaikenal


 2. Taklimat dari Guru Penolong Kanan PPKI SMK Seri Tasik


3. Ujian Diagnostik Bahasa Melayu dan Matematik



3. Aktiviti membersihkan dan menceriakan kelas


4. Aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan sekitar kelas PPKI


5. Aktiviti menjelajah 1 Sekolah


6. Aktiviti Senam Seni dan Senamrobik


7.Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


8. Latihan Nyanyian Lagu Sekolah dan Lagu Wilayah


Para pelajar begitu teruja semasa melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. Terima Kasih kepada semua guru dan ppm yang melaksanakan program ini.Ikuti aktiviti  seterusnya pada hari terakhir Minggu Orientasi PPKI  pada 6  Januari 2012.

 

Ceramah Tentang Strategi Komunikasi 

Ceramah ini merupakan salah satu ceramah yang sangat penting terutamanya terhadap kanak-kanak yang mengalami autisma kerana terdapat 70% antara mereka tidak boleh bertutur. Bagi sesiapa yang berminat (termasuk ibubapa, guru-guru dan lain-lain) boleh mengambil kesempatan ini untuk mengetahui lebih mendalam tentang strategi komunikasi dengan kanak-kanak autisma dengan lebih berkesan.

Tarikh                 : 7hb Jan 2012 (Sabtu)
Masa                   : 9.00pagi -12.30 tgh
Tempat                : Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, UKM Bangi
Penceramah        : Pn. Nor Shahrina Zawawi,
                              Senior Speech Language Pathologis,HUKM
Yuran                  : RM20.00 seorang, RM30.00 utk pasangan.
                              Bagi yang kurang kemampuan, boleh runding bayaran
Kaedah Bayaran : Di pintu hadapan Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan,
                                UKM Bangi

*Perkhidmatan baby sitting: RM10.00 per anak. Bagi yang kurang berkemampuan, boleh runding bayaran. SILA BOOKING SEBELUM HADIR KE KELAS sebab perlu mencari pengasuh yang cukup.

Posted by limchinyin88