Wednesday 4 January 2012

MINGGU ORIENTASI PELAJAR PPKI SMK SERI TASIK SESI 2012



    SELAMAT DATANG KE MINGGU ORIENTASI PPKI SMK SERI TASIK SESI 2012

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seri Tasik telah mengadakan Minggu Orientasi pada minggu pertama persekolahan bermula pada 4 Januari hingga 6 Januari 2012. Walaubagaimanapun Sesi Pendaftaran dan Ujian Diagnostik untuk pelajar baru  telah pun bermula dari 3 Januari 2012 dan dipanjangkan sehingga ke Minggu Orientasi PPKI 2012.  Seramai 19 orang pelajar baru telah mendaftar dan ini menjadikan jumlah pelajar PPKI  SMK  Seri Tasik Sesi 2012 adalah sebanyak 82 orang. Minggu Orientasi ini melibatkan pelajar baru dan pelajar PPKI  yang sedia ada pada sesi 2012. Justeru pelbagai aktiviti telah dirancang oleh guru bagi memastikan pelaksanaan Minggu Orientasi PPKI SMK Seri Tasik  berjalan dengan jayanya. Antara pengisian yang telah berjaya dilaksanakan pada 4 dan 5 Januari 2012 ialah:

1. Sesi Pendaftaran dan dan Suaikenal


 2. Taklimat dari Guru Penolong Kanan PPKI SMK Seri Tasik


3. Ujian Diagnostik Bahasa Melayu dan Matematik



3. Aktiviti membersihkan dan menceriakan kelas


4. Aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan sekitar kelas PPKI


5. Aktiviti menjelajah 1 Sekolah


6. Aktiviti Senam Seni dan Senamrobik


7.Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


8. Latihan Nyanyian Lagu Sekolah dan Lagu Wilayah


Para pelajar begitu teruja semasa melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. Terima Kasih kepada semua guru dan ppm yang melaksanakan program ini.Ikuti aktiviti  seterusnya pada hari terakhir Minggu Orientasi PPKI  pada 6  Januari 2012.

 

6 comments:

  1. Salam semua, tahniah nampaknya PPKI Seri Tasik semakin meriah le , diharap semua warga pendidikan khas kena lebih komited ye demi anak-anak pendidikan khas.

    ReplyDelete
  2. Harap ibu bapa juga dapat memberi comment ataupun cadangan di blogspot ini untuk meningkatkan kemajuan kita~

    ReplyDelete
  3. tahun nie kita pakat2 bekerja dengan lebih kuat.. banyok projek yang hendak dijalankan tahun 2012 nie.. semuanya bereh coz guru2,ppm dan pelajar PPKI SMKST hebat2 belaka...

    ReplyDelete
  4. mizihan@yahoo.com.my5/1/12 7:46 am

    esok pakat2 turun belako kito ado program majlis penutup minggu orientasi PPKI.

    ReplyDelete
  5. zofredy83@gmail.com7/1/12 7:29 am

    habis majlis penutup..akan dtg tiba projek cili fetergasi..

    ReplyDelete
  6. MOHD YUSAINI8/1/12 7:23 am

    Salam,
    Terima kasih di atas segala bantuan sepanjang program Orientasi pelajar baru bagi tahun 2012. Semoga kerjasama ini akan terus berkekalan.
    PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
    PROJEK LAIN BERSAMA LAGI.....

    ReplyDelete