Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan pada hari terakhir (6 Januari 2012) Minggu Orientasi PPKI SMK Seri Tasik seperti aktiviti menyediakan sandwiah, membuat cekodok dan membuat Bread-Omelette, Jamuan Ringan dan Majlis Penutup Minggu Orientasi PPKI.
Guru sedang membuat penerangan kepada pelajar mengenai bahan-bahan
yang diperlukan untuk membuat cekodok
Para pelajar dibimbing menyediakan bahan untuk membuat cekodok
Pelajar membantu guru menggoreng cekodok
Pelajar bersama guru membuat bread-omelette
Guru membimbing pelajar baru menyediakan bread-omelette
Guru-guru sedang menunjukkan cara-cara menyediakan
sandwish kepada pelajar
Murid dibimbing menyediakan sandwich
Jawatankuasa kerja guru sedang menyediakan makanan kepada pelajar
Para pelajar beratur untuk mengambil makanan
Para pelajar begitu selera menikmati makanan yang dihasilkan
oleh mereka
Pengetua turut bersama menikmati Jamuan Ringan yang disediakan
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru, pelajar dan pembantu pengurusan murid yang telah bertungkus lumus melaksanakan Minggu Orientasi PPKI SMK Seri Tasik untuk sesi 2012 ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Pengetua SMK Seri Tasik kerana sudi meluangkan masa bersama- sama warga PPKI.Adalah diharapkan semoga Minggu Orientasi PPKI SMK Seri Tasik bagi sesi 2012 ini membuka suatu lembaran baru kepada satu proses anjakan yang lebih cemerlang dan berdaya saing. Jelas sekali, program ini secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi PPKI di Malaysia.
"Cemerlangnya PPKI SMK Seri Tasik Adalah Kerana Keunggulan Para Pendidiknya".
Tahniah dan syabas kepada semua guru dan ppm PPKI SMK Seri Tasik ..... terima kasih daun keladi.....banyak lagi program menanti ye...
ReplyDeletesama-sama daun ubi keladi...tahun depan ade lagi...
ReplyDeletebesok dah masuk bulan februari... mari kita pakat2 laju ckit. banyak program yang perlu dijalankan untuk anak didik kita di smk seri tasik..
ReplyDelete