Tuesday, 28 February 2012

JUARA KEJOHANAN FUTSAL OKU MALAYSIA, THAILAND & SINGAPORE

         Pada 25.02.2012 (sabtu) yang lalu beberapa orang pelajar PPKI telah terpilih untuk mewakili Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU (PESRON) Kuala Lumpur untuk menyertai Kejohanan Futsal OKU Malaysia/Thailand/ Singapura Edisi 2012  yang dianjurkan oleh IMC PAN DISABILITY FOOTBALL dengan kerjasama Sports Unite  dan Persekutuan Bola Sepak Asian (AFC).

      Terdapat 7 orang pelajar PPKI, di mana 2 orang mewakili pasukan CP atau lebih dikenali sebagai spastic PESRON Kuala Lumpur dan  5 orang  mewakili pasukan ID atau akal PESRON Kuala Lumpur.

        Bagi pasukan CP PESRON KL telah berjaya merangkul tempat ke-3. Manakala Pasukan PESRON ID Kuala Lumpur berjaya menjadi JUARA dengan mengalahkan Pasukan Singapura yang merupakan Juara bertahan pada tahun 2011.

Thursday, 23 February 2012

PRA PERKHEMAHAN PENGAKAP 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia......
    Takwim Aktiviti PPKI SMK Seri Tasik diteruskan lagi dengan mengadakan Program Pra Perkhemahan Pengakap 1/2012 pada 22 dan 23 Februari 2012 yang lalu. Program Pra Perkhemahan ini telah diadakan di Dataran Gemilang di SMK Seri Tasik  selama 2 hari 1 malam. Puan Pengetua Pn. Hjh Siti Khalijah Binti Hj. Isa telah sudi menyempurnakan upacara penyerahan bendera pengakap dan peralatan khemah kepada para peserta pengakap yang terlibat.
      Program Pra Perkhemahan ini diadakan untuk memberi pendedahan dan persediaan awal kepada para peserta pengakap yang akan menyertai Perkhemahan di Pulau Redang pada bulan April nanti. Oleh itu pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan seperti  Ikrar Pengakap, mendirikan Khemah, Kursus Asas Manik Kayu, Ice- Breaking, Explorace, Aktiviti berbasikal, Kursus Lencana Pengakap, Kemahiran Ikhtiar diri, Senamrobik, BBQ dan diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup Pra Perkhemahan Pengakap. 
       Secara keseluruhannya Program Pra perkhemahan Pengakap PPKI 2012 ini telah berjaya mencapai objektifnya. Ini jelas terbukti melalui penglibatan pelajar secara aktif secara hands-on dan minds- on. Program ini ternyata telah memberi input yang berguna dan pengalaman yang menarik dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Aktiviti-aktiviti semasa perkhemahan ini juga dapat melatih cara hidup berdikari serta mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. 
        Syabas dan tahniah kepada para peserta perkhemahan, dan  Jawatankuasa Pelaksana , para guru, pembantu pengurusan murid kerana telah bertungkus-lumus menjayakan Program Pra Perkhemahan Pengakap 2012. Tidak lupa ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa yang turut hadir memberi sokongan dan membantu memberi pelbagai bentuk sumbangan dan penajaan  bagi menjayakan Program Pra Perkhemahan ini. Harapan kami ialah untuk Merealisasikan Kecemerlangan Insan Istimewa.

Monday, 20 February 2012

SELAMAT DATANG GURU-GURU PRAKTIKUM

      Sukacita dimaklumkan PPKI SMK Seri Tasik baru  menerima 2 orang Guru Praktikum yang akan menjalani latihan mengajar  selama 2 bulan lebih di sekolah ini. PPKI juga berasa amat beruntung kerana guru-guru tersebut adalah guru-guru KPLI yang pernah melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Mereka ialah Cik Dayang Nur Hadziah Binti Abang Saufi. dan Puan Siti Wan Aminah Binti Wan Norudin.
       Guru-guru praktikum akan menjalani latihan bermula 20 Februari hingga 4 Mei 2012 . Kami amat berharap guru-guru tersebut dapat mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman mereka untuk warga PPKI. Selamat datang dan menjadi keluarga PPKI , selamat menjalani latihan mengajar semoga mendapat kecemerlangan.

                                             
                        Cik Dayang Nur Hadziah Binti Abang Saufi

                                               
                            Puan Siti Wan Aminah Binti Wan Norudin

Sunday, 19 February 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA

Kejohanan Merentas Desa SMK Seri Tasik telah diadakan pada 18 Februari 2012 (Sabtu) bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Cheras. PPKI juga turut serta menyertai  aktiviti tersebut. Alhamdulillah. aktiviti berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakannya.

TERAPI BERKUDA (HIPPOTHERAPPY)

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SMK Seri Tasik mengadakan program Terapi Berkuda atau “Hippotherapy”. Hippotherapy merupakan terapi dalam bentuk fizikal, bahasa dan aktiviti tatakerja (occupational) yang dijalankan  menerusi pergerakan kuda sebagai input sensori. Secara umumnya, terapi menunggang kuda Ini dirancang untuk memberi peluang kepada murid-murid pendidikan khas  menikmati satu aktiviti luar di samping itu dapat membantu kecergasan diri mereka..
OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan daya keyakinan pelajar PPKI SMK Seri Tasik
2.2 Merangsang elemen keberanian pada murid
2.3 Merupakan aktiviti psikomotor yang sangat baik kerana ia melibatkan pergerakan 
      keseluruhan tubuh badan.
2.4 Membaiki fungsi neurologi dan sistem sensori
2.5 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar PPKI untuk bersosialisasi serta berinteraksi   
      dengan persekitaran luar 

JADUAL AKTIVITI BERKUDA:                   
BULAN
TARIKH
HARI
MASA
FEBRUARI
17.02.2012
JUMAAT
8.00 pagi – 12:00 tengahari
MAC
09.03.2012
JUMAAT
8.00 pagi – 12:00 tengahari
APRIL
06.04.2012
JUMAAT
8.00 pagi – 12:00 tengahari
MEI
18.05.2012
JUMAAT
8.00 pagi – 12:00 tengahari
JUN
22.06.2012
JUMAAT
8.00 pagi – 12:00 tengahari
JULAI
20.07.2012
JUMAAT
8.00 pagi – 12:00 tengahari
SEPTEMBER
28.09.2012
JUMAAT
8.00 pagi – 12:00 tengahari
OKTOBER
12.10.2012
JUMAAT
8.00 pagi – 12:00 tengahari


TEMPAT                                 :           Royal Polo Club 
                                                              Pertubuhan Menunggang Kuda bagi 
                                                             Orang Kurang Upaya (OKU),
                                                             Ampang Polo Club
                                                             Lot 1314, Off Jalan Ampang Hilir
                                                             55000 Kuala Lumpur
 
SASARAN
Pelajar                                    :           85 pelajar
Instructor                                 :           En Muthusamy and Mrs Tracy
Penyelaras program             :           Pn Kumudthaa a/p Muniandy
Guru Terlibat                          :           18 orang
PPM                                       :           6 orang










SUMBANGAN KEPADA MOHD FAZLI BIN SUBRAN

Pada 16 Februari 2012, guru-guru PPKI telah mengadakan lawatan ke Flat Sri Sarawak bagi tujuan menziarahi keluarga Mohd. Fazli bin Subran yang telah kehilangan ibunya pada 12 Februari 2012 yang lalu. Sehubungan dengan itu, pihak PPKI telah mengadakan kutipan derma untuk diberikan kepada pelajar ini. Hasil daripada kutipan yang diperolehi daripada para pelajar, guru dan ibu bapa, akhirnya sumbangan ini berjaya diserahkan kepada Mohd Fazli bin Subran.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penderma. Semoga Allah memberkati kalian.







AKTIVITI KELAB KEBUDAYAAN DAN MUZIK


Pada 15 Februari 2012 yang lalu, Kelab Kebudayaan PPKI telah menjalankan latihan Tarian Endang. Tarian ini dipimpin oleh Encik Yunus iaitu dari Akademi Seni Warisan (ASWARA).






Wednesday, 15 February 2012

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PPKI 1/2012

       Dalam usaha kearah peningkatan prestasi dan menambah pengetahuan guru-guru PPKI dalam bidang pendidikan khas, satu slot Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah dijalankan. LDP ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang pengenalan dan penjagaan penyakit HIV dan Aids seperti butiran berikut:

                          Tarikh        :   14 Februari 2012 (Selasa)
                          Masa         :   12.30 tengahari - 2.30 petang
                          Tempat      :   Bilik Hujrah Tasik 2
                          Penyertaan :   Guru-guru PPKI , Kaunselor dan
                                                Pembantu Pengurusan Murid

       2 orang tetamu yang mempunyai pengalaman luas telah dijemput untuk sesi ceramah iaitu : Pn. Wan Hawa binti Wan Hussaien (Yang DiPertua PORSHE) dan Dr. Kamarul bin Razali (Institut Pediatrik HKL). Guru-guru PPKI yang mengikuti LDP kali ini berpendapat LDP ini berjaya memberi maklumat-maklumat baru kepada mereka.

   

Pelancaran Program Mentor mentee PPKI 2012

      Bagi  meningkatkan kecemerlangan pelajar dari masa ke semasa pihak PPKI telah melancarkan program mentor mentee kepada semua murid PPKI SMK Seri Tasik.
      Dalam program ini murid-murid PPKI akan mendapat guru-guru PPKI sebagai ibu dan bapa angkat mereka yang diharap akan dapat membantu meningkatkan sahsiah diri dan keyakinan mereka.


Tuesday, 14 February 2012

Kejayaan Program Gotong Royong Perdana

        Pada hari Sabtu (11 Februari 2012) yang lalu telah dijalankan Program Gotong Royong Perdana      SMK Seri Tasik dengan jayanya. Semua aktiviti yang dirancang telah dapat diselesaikan dengan sempurna. Semua pelajar , guru-guru , pentadbir , ibubapa PPKI, ajk PIBG juga pihak DBKL bertungkus lumus untuk mempastikan kawasan sekolah SMK Seri Tasik bersih dan ceria, tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.
        Pn. Pengetua SMK Seri Tasik Pn. Hjh Siti Khalijah binti Hj. Isa merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut dan berharap kebersihan dan keceriaan hasil program ini dapat dikekalkan.


Wednesday, 8 February 2012

Program Gotong Royong Perdana 2012


Adalah dimaklumkan bahawa SMK Seri Tasik akan mengadakan satu Program Gotong Royong Perdana 2012 seperti ketetapan berikut:

Tarikh           :    11 Februari 2012 ( Sabtu )
Masa              :    8.30 pagi  -  12.30 tengahari 
Tempat         :    Persekitaran Kawasan Sekolah
Penglibatan :    Semua pelajar sekolah , guru , ajk PIBG , ibubapa 
                              pelajar PPKI dan DBKL.

Aktiviti          :    1. Membersihkan bilik-bilik setor
                             2. Membuang perabot rosak
                             3. Mengecat dataran
                             4. Mencantas dahan pokok
                             5. Menebang pokok yang mati
                             6. Membersihkan surau
                             7. Semburan nyamuk 

Sehubungan itu, semua pihak yang terlibat diminta hadir untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. 

Sekian, untuk perhatian dan tindakan semua pihak.