Thursday 23 February 2012

PRA PERKHEMAHAN PENGAKAP 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia......
    Takwim Aktiviti PPKI SMK Seri Tasik diteruskan lagi dengan mengadakan Program Pra Perkhemahan Pengakap 1/2012 pada 22 dan 23 Februari 2012 yang lalu. Program Pra Perkhemahan ini telah diadakan di Dataran Gemilang di SMK Seri Tasik  selama 2 hari 1 malam. Puan Pengetua Pn. Hjh Siti Khalijah Binti Hj. Isa telah sudi menyempurnakan upacara penyerahan bendera pengakap dan peralatan khemah kepada para peserta pengakap yang terlibat.
      Program Pra Perkhemahan ini diadakan untuk memberi pendedahan dan persediaan awal kepada para peserta pengakap yang akan menyertai Perkhemahan di Pulau Redang pada bulan April nanti. Oleh itu pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan seperti  Ikrar Pengakap, mendirikan Khemah, Kursus Asas Manik Kayu, Ice- Breaking, Explorace, Aktiviti berbasikal, Kursus Lencana Pengakap, Kemahiran Ikhtiar diri, Senamrobik, BBQ dan diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup Pra Perkhemahan Pengakap. 
       Secara keseluruhannya Program Pra perkhemahan Pengakap PPKI 2012 ini telah berjaya mencapai objektifnya. Ini jelas terbukti melalui penglibatan pelajar secara aktif secara hands-on dan minds- on. Program ini ternyata telah memberi input yang berguna dan pengalaman yang menarik dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Aktiviti-aktiviti semasa perkhemahan ini juga dapat melatih cara hidup berdikari serta mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. 
        Syabas dan tahniah kepada para peserta perkhemahan, dan  Jawatankuasa Pelaksana , para guru, pembantu pengurusan murid kerana telah bertungkus-lumus menjayakan Program Pra Perkhemahan Pengakap 2012. Tidak lupa ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa yang turut hadir memberi sokongan dan membantu memberi pelbagai bentuk sumbangan dan penajaan  bagi menjayakan Program Pra Perkhemahan ini. Harapan kami ialah untuk Merealisasikan Kecemerlangan Insan Istimewa.

1 comment:

  1. Kem Komandan27/2/12 10:39 pm

    Ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua dan ucapan tahniah kepada GPK Khas, guru-guru SMK Seri Tasik dan PPM yang sudi membantu menjayakan program tersebut.

    ReplyDelete