Monday 2 July 2012

Jemputan Minggu Pendidikan Khas 2012

          Sukacita dimaklumkan PPKI SMK Seri Tasik akan mengadakan Minggu Pendidikan Khas (MPK) 2012. Program MPK ini merupakan program tahunan dan pelbagai aktiviti telah dirancang sebagai pengisian yang diharap dapat mencapai matlamat dan objektif Menjana Kecemerlangan Modal Insan Istimewa. Semua warga pendidikan khas dijemput untuk hadir dan mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan  yang diadakan.

         PPKI SMK Seri Tasik juga amat berbesar hati dengan sokongan penuh semua pihak guru dan pentadbir khususnya Puan Pengetua SMK Seri Tasik yang bersetuju menjemput Dato' Pengarah Pelajaran sendiri untuk merasmikan Minggu Pendidikan Khas 2012 ini. Butiran tentatif adalah seperti berikut:
TENTATIF PROGRAM

 
TARIKH/HARI
AKTIVITI/PROGRAM
MASA
SASARAN
9 JULAI 2012
ISNIN
 
- Majlis Pelancaran
  Minggu Pendidikan Khas.
7.20 pagi – 8.30 pagi
Semua pelajar
guru, PPM
Ibu bapa
- Pertandingan mewarna/
  mengecop batik
- Gotong - royong PPKI
9.00 pagi – 12.30 tgh
10 JULAI 2012
SELASA
- Pelancaran Senamrobik
  1M1S Se Malaysia 
7.20 pagi – 9.30 pagi
Semua pelajar
- Pertandingan Futsal terbuka
- Pertandingan Permainan
  Dalaman
- Jualan Amal
10.00 pagi – 12.30 tgh
11 JULAI 2012
RABU
- Majlis Perasmian MPK
- Pemeriksaan Perbarisan
- Persembahan Pelajar PPKI &
  Gamelan sekolah.
- Pameran –PDK, Cheshire,
   NGO-NGO lain
- Lawatan ke Program Transisi
- Jualan Amal
 
8.00 pagi – 9.30 pagi
Semua pelajar
guru, PPM
Ibu bapa
- Final Futsal
- Pertandingan Memanah
   terbuka
- Laporan video
10.00 pagi – 12.30 tgh
12 JULAI 2012
KHAMIS
- Sukaneka tradisional
- Jualan Amal
8.00 pagi – 9.30 pagi
Semua pelajar
guru, PPM
Ibu bapa
- Pertandingan dekorasi kek
  Terbuka untuk Guru/PPM/Ibu
  dan pelajar
9.00 pagi – 12.30 tgh
13 JULAI 2012
JUMAAT
 
- Majlis Penutup
- Penyampaian Hadiah
7.20 pagi – 8.30 pagi
Semua pelajar
- Persembahan Boneka DBP
- Tayangan Video
10.00 pagi – 12.30 tgh
                                            

Selamat datang kepada semua warga pendidikan khas dan harapan kami program ini dapat berjalan dengan lancar dan cemerlang.



2 comments:

  1. tahniah kepada semua warga PPKI SMKST dan pentadbir yang berjaya merancang seterusnya diharapkan dapat melaksanakan MPK tahun ini dengan gemilangnya. seronok mendengar perkhabaran tentang kesudian Dato' Pengarah untuk hadir merasmikan majlis pada hari tersebut. seronok juga bila terkenangkan kerjasama semua warga PPKI SMKST dalam merealisasikan program khususnya MPK ini. saya doakan semuanya berjalan dengan lancar dan gemilang. satu lagi tanda aras untuk PPKI SMKST. tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada semua warga PPKI serta pentadbir sekolah yang bertungkus lumus untuk menjayakan MPK 2012 pada kali ini. saya doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. seronok mendengar perkhabaran tentang kerjasama semua dalam merealisasikan MPK dengan penuh gemilang tambahan pula menerima kunjungan Pengarah sebagai perasmi. terkenang pulok maso kerja samo2 dulu... kalu ada program gapo2 semua pakat2 turun buat kerja.. Tahniah kepada cikgu Rosli sebagai PK, Penyelaras program serta guru.. PPM.. dan pelajar semua.. SATU LAGI PENANDA ARAS PPKISMKST di peringkat JPNWPKL

    ReplyDelete