Monday 16 July 2012

LAPORAN MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2012

HARI PERTAMA

Program bermula dengan pelancaran Minggu Pendidikan Khas 2012 oleh Pn. Hjh Siti Khalijah binti Hj. Isa, Pengetua SMK Seri Tasik semasa perhimpunan pagi di Dataran Gemilang.  Pengisian program pertama ialah aktiviti  abseiling bersama pasukan bomba , cuba lihat pelajar-pelajar PPKI melakukan aktiviti tersebut , ucapan syabas untuk mereka.


HARI KEDUA

       Program MPK diteruskan dengan Acara 1Murid 1Sukan iaitu senamrobik 
se Malaysia yang diadakan di Dataran sekolah yang turut dihadiri oleh murid-murid dari sekolah lain. Selepas itu bermula pula pertandingan Futsal jemputan yang dimulakan dengan sepakan penalti oleh Pn. Hjh Khalijah Binti Hj. Isa sebagai simbolik perasmian.

Sebanyak 8 pasukan futsal telah menyertai pertandingan tersebut iaitu SMK Danau Kota, SMK Bandar Baru Sentul, SMK Yaacob Latif, SMK Bangsar, SMK Alam Damai, SMK Taman Yarl, SMK Seksyen 5 WM dan tuan rumah SMK Seri Tasik. Terima kasih kepada semua sekolah yang sudi menyertai jemputan kami. 



HARI KETIGA

      Hari kemuncak MPK 2012 ialah  Majlis Perasmian oleh Yg Bhg Dato' Hj. Khairil bin Awang Pengarah Pelajaran JPNWP yang sudi hadir di saat-saat akhir perkhidmatan beliau di JPNWP kerana dilantik menjawat Pengarah di Institut Aminuddin Baki.
       Ini juga satu sejarah kepada warga SMK Seri Tasik juga warga pendidikan khas julung-julung kalinya Program Minggu Pendidikan Khas dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Kehadiran Pengarah Pelajaran merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada semua Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
       Pengisian program MPK diteruskan dengan pertandingan akhir Futsal , klinik dan pertandingan memanah, riding basikal , pameran dari beberapa agensi dan  jualan amal
Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh pengetua SMK Seri Tasik. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua sekolah yang sudi hadirdan memberi sokongan pada hari ini.



HARI KEEMPAT

    Pengisian program hari ini ialah acara sukaneka tradisional, permainan dalaman, pertandingan mewarna  dan menghias/dekorasi kek yang terbuka pernyertaannya
kepada para pelajar , ibubapa dan guru.



HARI KELIMA

     Minggu Pendidikan Khas 2012 telah sampai ke penghujung. Majlis penutup disempurnakan oleh Pn. Hjh Khalijah binti Hj. Isa , pengetua SMK Seri Tasik , turut diadakan penyampaian hadiah untuk acara-acara yang telah dijalankan.
     Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan dan  kerjasama kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Minggu Pendidikan Khas 2012.

1 comment:

  1. kemah gu... segak tengok cikgu rosli pakai baju uniform pengakap.. tahniah2... anak2 buah ado belako dah ke??
    meriah nampak minggu pendidikan khas.. tahniah kepada semua.. tapi sayang nama saya x dapat nak diabadikan bersama program yang penuh gilang gemilang ini.. pengalaman itu sangat penting.kalau saya ada boleh saya timba pengalaman untuk buat program yang besar macam nie... rugi rasanye.. takpe... saya boleh rujuk kat kwn2 SMKST..

    ReplyDelete