Friday 2 March 2012

LAWATAN DAN PROGRAM KECERGASAN DI PUSAT KOKURIKULUM KUALA LUMPUR

       Aktiviti pada minggu ini diteruskan lagi dengan Program Kecergasan di  Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur pada 1 Mac 2012.Aktiviti yang pertama dimulakan dengan aktiviti Senamrobik yang dikendalikan oleh Cikgu Julaidah bt Ahmad. Aktiviti diteruskan dengan Corporate Games iaitu untuk membina kerjasama kumpulan(team building).
    Setiap guru kumpulan harus sentiasa menekankan kerjasama dan kerja berpasukan (motivasi) kepada pelajar-pelajarnya.Setiap kumpulan perlu melaksanakan empat aktiviti  di 4 Stesen yang telah disediakan dan dibantu oleh Jurulatih terpilih.Secara keseluruhannya semua aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan baik. Ternyata program ini telah memberi kesan yang positif terhadap semua pelajar dan guru. Para pelajar dan guru begitu teruja dan seronok ketika melaksanakan semua aktiviti tersebut.
     Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar, guru dan pembantu pengurusan murid kerana telah memberi kerjasama dan begitu bermotivasi bagi menjayakan Program Kecergasan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih  kepada Jurulatih-jurulatih Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur kerana sudi menerima dan meluangkan masa bersama-sama PPKI SMK Seri Tasik.Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Azmi  kerana telah menaja  KFC kepada para pelajar yang terlibat.

4 comments:

  1. Memang best game yg deoraang sediakan untuk kite..lps ni bleh la kita praktikkan kat sekolah yer..btol x kwn2..hehe

    ReplyDelete
  2. zofredy83@gmail.com3/3/12 9:08 am

    Semua pelajar bergembira dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Ucapan ribuan terima kasih kepada pegawai pusat kokurikulum kuala lumpur dan tidak lupa juga kepada guru & ppm yang membantu menjayakan program ini.Diharapkan aktiviti ini akan diteruskan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi memberi sumbangan KFC kepada pelajar kita.Tahniah semua..

    ReplyDelete
  3. Dgn harapan agar pihak kokurikulum K.L sudi menjemput kita lagi untuk aktiviti-aktiviti seterusnya..hehe

    ReplyDelete
  4. Program ni memang "best" ! Aktiviti yang disediakan oleh Pusat kokurikulum memang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar kita dan masa untuk aktiviti tidaklah terlalu panjang atau memenatkan pelajar kita~
    Kalau ada peluang, harap lebih ramai pelajar boleh menyertai!

    ReplyDelete