Saturday 3 March 2012

MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN (BAKEB) PPKI SESI 2012/2013


         Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, Mesyuarat Agung Badan Kebajikan (BAKEB) PPKI Sesi 2012/2013  dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Tahniah kepada Jawatankuasa pelaksana, kepada ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir jutaan terima kasih diucapkan. Kehadiran ibubapa dan penjaga ternyata membuktikan sokongan dan keperihatinan mereka terhadap PPKI SMK Seri Tasik.
Setingi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Pengetua Pn. Hjh Siti Khalijah bt Hj. Isa kerana sudi merasmikan dan bersama-sama melibatkan diri dalam mesyuarat BAKEB PPKI hingga selesai.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi BAKEB Pn. Rosnah Bte Awang kerana telah dilantik semula untuk menerajui BAKEB. Ini menunjukkan kepercayaan para ibubapa dan penjaga atas kecemerlangan kepimpinan beliau pada sesi yang lalu juga kepada ahli Jawatatankuasa BAKEB yang baru dilantik. Semoga dengan pelantikan kalian  dapat memperkasakan lagi BAKEB ke arah yang lebih cemerlang demi membantu “Merealisasikan Kecemerlangan Insan Istimewa “ anak-anak istimewa PPKI SMK Seri Tasik.

2 comments:

  1. Teruskan memberi sokongan kpd PPKI SMK Seri Tasik.

    ReplyDelete
  2. So happy to know that this year parents attendance are better than last year! Hope in future our parents can give some comments or suggestions in our PPKI blog!

    If we don't stand up for children, then we don't stand for much. -Marian Wright Edelman-

    ReplyDelete