Program aktiviti terapi berenang ini telah dimulakan pada 22 Mac 2012 di Kompleks Sukan Desa Tasik. Mengikut perancangan yang
dibuat oleh pengurusan PPKI, program berenang akan diadakan sebanyak 6 kali
dalam tahun 2012. Program ini merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah
untuk pelajar-pelajar PPKI. Terdapat seramai 23 orang pelajar telah berjaya menyertai aktiviti terapi berenang yang pertama ini. Berharap program berenang ini dapat memberi peluang kepada pelajar –
pelajar berkeperluan khas untuk merasai pengalaman berada di kolam renang.
OBJEKTIF
- Membantu pemulihan asas pelajar yang memerlukan bantuan pemulihan secara terapi air
- Meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar PPKI SMK Seri Tasik dalam penerokaan serta interaksi dengan persekitaran luar.
- Memberi peluang kepada pelajar-pelajar PPKI untuk bersosialisasi dan berkomunikasi dengan masyarakat luar
- Memperkembangan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat majmuk
- Menanam elemen keyakinan diri untuk persediaan hidup berdikari dalam menempuh kehidupan seharian.
TENTATIF PROGRAM AKTIVITI TERAPI BERENANG
MASA AKTIVITI
8.00 - 8.30 pagi Menaiki
bas dan bertolak
8.30 – 11.00 pagi Sampai
di Kolam renang
-
Taklimat guru
- Memanaskan badan
- Berenang/ Aktiviti Air
- Urus diri/ Mandi
11.00 – 11.45 pagi -
Makan tengah hari
11.45 - 12.30 tengah
hari - Bertolak pulang
ke sekolah
No comments:
Post a Comment