Monday, 10 June 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Pada 14 dan 15 Mei 2013, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Lawatan ini disertai oleh 6 orang guru, 3 orang PPM dan 26 orang pelajar PPKI. Selama 2 hari ini pelbagai aktiviti dijalankan. Perjalanan aktiviti dimulakan dengan lawatan penanda aras ke PPKI SMK Simpang Bekoh Jasin, Melaka. Kedatangan kami disambut mesra oleh warga SMK Simpang Bekoh. Guru-guru serta pelajar-pelajar dapat melihat hasil kerja dan perjalanan program PPKI SMK Simpang Bekoh di samping dapat bertukar-tukar pendapat untuk meningkatkan kecemerlangan program PPKI masing-masing.
          Selain itu, perlawanan persahabatan petanque juga diadakan untuk mengeratkan hubungan kemesraan antara 2 buah sekolah ini. Kemudian lawatan diteruskan dengan melawat Muzium Samudera, Muzium Maritim dan Menara Taming Sari di Bandar Hilir. Pada sebelah malam pula, pelajar-pelajar dibawa menaiki River Cruise. Pada 15 Mei pula, lawatan diteruskan dengan melawat Planetarium Melaka dan Taman Mini Malaysia di Ayer Keroh. Akhir sekali pelajar-pelajar dibawa menikmati makan tengahari di KFC Restoran Jejantas Ayer Keroh.

1 comment:

  1. Hello, I еnjoу readіng аll οf your аrticle.
    I wantеd to write a little commеnt to
    suρρort you.

    Taκe а look аt my wеb sіte .

    .. criar um site

    ReplyDelete