Tuesday 18 June 2013

KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS 2013

Pada 19 hingga 21 Mei 2013 telah berlangsung Karnival  Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Kebangsaan yang berlangsung di Melaka. Konsep pertandingan adalah 1 Malaysia yang melambangkan kepelbagaian kaum hidup harmoni yang digambarkan melalui gerak tari. Kumpulan-kumpulan tarian juga dianggotai oleh pelajar dari pelbagai kaum. Seramai 600 orang pelajar dari seluruh negeri terlibat dalam karnival ini. Acara yang dipertandingkan ialah acara anyaman bakul rotan untuk kategori akaldan  pendengaran, tarian 1 Malaysia untuk kategori akal dan pendengaran, nyanyian solo untuk kategori penglihatan dan melukis untuk kategori akal dan pendengaran. Seramai 5 orang pelajar PPKI SMK Seri Tasik terpilih dalam kumpulan tarian 1 Malaysia
        Kontijen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasukan Kuala Lumpur telah menggunakan muzik yang digabungkan daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia iaitu muzik etnik orang asli, Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Pelajar-pelajar SMK Seri Tasik yang terlibat ialah Nurul Nabila Bt Jamil, Nur Alia Najiha Bt Ahamed Sabli, Nurul Faidatul Amirah Bt Iezam, Abd Latiff Bin Abdullah dan Iman Assraf Bin Mohd Rafi. Pelajar-pelajar ini telah terlibat mewakili Kuala Lumpur untuk kali kedua. Pasukan Kuala Lumpur telah menjalani latihan selama 5 minggu di bawah bimbingan Pn. Julaidah Bt Ahmad dan 2 orang juru tarian yang didatangkan khas dari Akademi Seni dan Kebudayaan Kebangsaan (ASWARA).

No comments:

Post a Comment